Tuesday, January 20, 2009

Majoriti 2631 : UMNO menangis tidak siapa tahu !






kelulut@telokbakong.com

20.01.2009


Akhirnya runtuh keegoan UMNO - BN setelah kalah didalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu .Dengan kekuatan jentera dan kewangan yang mencurah - curah namun kecundang ditangan PAS .

PRK Kuala Trengganu adalah harapan besar bagi Umno untuk memulihkan moral akibat disampuk badi kekalahan PRU 12 .

Dengan meletakkan calon heavyweight Datuk Wan Farid dianggap calon terbaik dan berpendidikan Tinggi .Sehinggakan Najib menganggap kelulusan LLB nya lebih baik daripada calon Pas .

Sejurus kekalahan mereka pelbagai analisis yang dilakukan oleh pelbagai pihak .Ada yang mengatakan faktor calon yang tidak tepat , kelemahan jentera pilihanraya dan lain - lain lagi .

Malah ketika artikel ini ditulis, mkini melaporkan ;

Muhyiddin: Umno sudah hilang faktor 'penarik'

Jan 19, 09 3:55pm

Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.

Sebenarnya Umno bukan hilang daya penarik. Tetapi rakyat telah menolak mereka kerana menyedari pembohongan demi pembohongan dari kalangan pimpinan .

Rakyat telah muak dengan propaganda media massa yang tidak bermaruah . Hanya menurut telunjuk pemimpin BN .Akhirnya padah memakan diri .

Umno semakin lemas dengan masalah rasuah didalam parti mereka hingga tidak dapat dibendung lagi .Dakwaan yang datang dari kalangan mereka itu tetap dianggap ' suci ' dengan pelbagai alasan .

Soalnya sampai bila ia mahu dipertahankan ?

UMNO mengalami sindrom penafian .


Masalah kepimpinan umno menambahkan lagi kereputan dan kerosakan parti itu . Akibat bertelingkah tentang jawatan parti perhatian terhadap rakyat kian longgar .

Walaupun mereka sedar tentang penolakan rakyat terhadap BN mereka masih menafikan kebenarannya.

Kini wujud kelompok Abdullah , Najib , Tun Mahathir , KU LI yang seolah olah bertindak sebagai jurucakap bagi UMNO yang pelbagai versi saling salah menyalahkan .

Namun untuk mengatakan Pakatan Rakyat sudah diterima oleh majoriti rakyat malaysia jauh sekali .Umno akan lebur sedikit masa lagi, semakin kuat tekanan terhadap PR akan bertambah subur sokongan yang akan dituai oleh pihak Pakatan .

Lebih melucukan media BN terkadang untuk menyebut PAKATAN RAKYAT pun gugup hinggakan sekadar menyebut PAKATAN PEMBANGKANG .


Hakikatnya UMNO sedang menangisi noktah - noktah akhir perjuangan mereka . Tetapi sayang ini tidak disedari oleh sebahagian besar daripada mereka .

Akibat dibuai ketamakan dunia .

1 comment:

Amri Mat Saaid said...

hidup hidup hidup Islam
Hidup hidup hidup Pakatan rakyat
hancur hancur hancur barisan

Linkwithin