Tuesday, December 23, 2008

Datin Seri Fatimah Taat Bersama Rakyat di Kg Tengah Parit Perak



22hb 5.00petang, Pertubuhan Kebajikan Wanita Perak Tengah (PEKANITA) dengan kerjasama dengan Dewan Muslimat PAS Parit telah menghimpunkan pemimpin wanita Parit dari kalangan JK Keselamatan Kampung, AJK Dewan Muslimat PAS kawasan serta cawangan serta AJK Wanita PKR bahagian Parit dalam satu majlis sepetang bersama Datin Seri Hajjah Fatimah Taat, isteri Menteri Besar Perak. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat bagi Dun Belanja.

Lebih kurang 200 pemimpin wanita dari pelbagai peringkat telah hadir dalam majlis tersebut.Dalam ucapan Datin Seri, beliau telah mengingatkan setap pemimpin wanita perlulah mengukuhkan hubungan silaturrahim kearah mencapai kerjasama yang erat bagi memudahkan segala urusan pentadbiran terutamnya dikampung-kampung. Setiap pemimpin wanita perlulah berusaha untuk meningkat keupayaan diri masing-masing bagi menjadikan mereka pemimpin wanita yang berkebolehan dalam membantu dan membimbing masyarakat kearah yang lebih baik. Datin Seri juga sudi untuk menyampaikan sumbangan Jom Ke Sekolah kepada 71 orang anak Yatim dan 11 orang Ibu tunggal, beliau turut menyediakan sumbangan peribadi untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan ibu tungal. Anak-anak yatim menerima sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan sekolah dan wang .Majlis petang itu turut dihadiri oleh Penyelia Dun Belanja Ustaz Mohd Ismi bin Mohd Taib dan YDP PAS Kawasan Parit Ustaz Haji Hasan bin Johor

No comments:

Linkwithin