Wednesday, December 24, 2008
Debat Husam & Khairy :Apabila pemikiran politik memperlekehkan wahyu
23.12.2008
Penyakit bangga dengan pendapat sendiri atau pandangan kelompok yang disokong kadang - kala menampakkan lagi kejahilan diri.
Pada mereka yang mengidap " penyakit" ini segala pandangan yang datang daripada orang lain atau sumber yang berbeda akan ditolak mentah - mentah.
Mengulas tentang debat antara Dato Husam dan Khairy tempohari didalam Wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia ada sesuatu yang melukakan agama .
Apabila melibatkan persoalan hudud seolah - olah perkara ini ciptaan manusia yang boleh diperolok - olokkan.
Khairy kelihatan begitu bernafsu mendesak Husam agar menyatakan pendirian Pas jika mendapat kuasa memerintah Malaysia.
Dan apabila Husam menjawab dengan prinsip dan keimanan terhadap perintah agama " Ya ! kita akan buat ! " sebanyak dua kali .Khairy kelihatan lega dan sesekali nampak biadap ( kerana dia memang mahukan itu jawapannya ).Harapan khairy ialah biar masyarakat bukan Islam merasa takut dengan perkataan hudud .
Sebaliknya pula apabila prof Agus membuat soal balas kepada khairy apakah beliau akan mencadangkan kepada UMNO agar melaksanakan hudud jika terpilih sebagai ketua Pemuda Umno kelak ? beliau menjawab " kita akan teruskan undang - undang yang ada kini "( jelas khairy menafikan hak ALLAH ).
Inilah padah akibat mahu mencari ' political milage ' tanpa memikirkan akibat daripada ucapan yang sebegini rupa. Beliau dan penyokongnya mungkin menganggap Husam telah masuk ' perangkap ' dengan soalan itu .
Tetapi mereka lupa bahawa soalan itu berkait dengan akidah sebagai seorang muslim .Memang benar undang - undang hudud bukan semudah itu mahu dilaksanakan .
Tetapi keazaman itu perlukan niat, ucapan dan perlaksanaan ( jika cukup syarat ). Pada penulis , Husam bertindak wajar dengan jawapan beliau.Tetapi diperingkat strategi dan perlaksaannya itu soal teknikal yang boleh dibincangkan.
Ucapan Khairy nyata mengambarkan niat peribadi dan partinya
yang tidak banyak beza dengan puak - puak yang menolak hukum ALLAH SWT .
Apakah ada pilihan yang terlebih baik selain daripada perintah ALLAH SWT.?
Nasihat kami di www.telobakong.com janganlah sampai memperlekehkan agama hanya kerana mengejar tampuk politik yang sementara.
www.telokbakong.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment