Sunday, October 26, 2008

Penubuhan PKR Telok Bakong

Ketua Penaja En. Zainal Mat Ganti

Satu cawangan Keadilan Telok Bakong telah ditubuhkan atas inisiatif Ketua Penajanya Encik Zainal Mat Ganti.Sambutan dari penduduk tempatan amat memberangsangkan.Hampir 60 ahli telah berjaya di daftarkan dan masih ramai lagi yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas ini.

Kita berharap dalam pilihanraya ke 13 kelak dapat menawan kembali kerusi Adun dan Parlimen dari tangan Umno di kawasan Parlimen Parit ini ,ujar Ketua Penaja En.Zainal ketika ucapan aluan-aluan kepada hadirin yang hadir dan di sambut tepukan gemuruh.Ini memberi gambaran semangat yang tinggi di kalangan penduduk yang sudah muak dengan propanganda murahan Umno dan BN.

Turut hadir Ketua Kg .Telok Bakong Tengah En.Bakar dan Ketua Kampung Paloh En.Li Lop.Tetamu kehormat yang merasmikan penubuhan PKR Telok Bakong adalah Ketua Bahagian Parit PKR Tuan Hj.Usaili Alias yang juga mantan Adun Bota.Dalam ucapannya Saudara Usaili ada memberi info terkini mengenai pengambilalihan Kerajaan Persekutuan oleh Pakatan Rakyat.Segalanya masih mengikuti perancangan dan dijangka dalam tempoh sebulan ini akan berlaku kejutan.

Ikutilah suasana dan ucapan ucapan sekitar majlis berlangsung di TVTB.(akan di upload bila balik ke ipoh esok,kg ni gprs jer kome)

2 comments:

manjasayang78 said...

salam...
saya(zainal aznam)mengucapkan kesyukuran di atas penubuhan PKR caw.Telok Bakong & berterima kasih atas kerjasama & sokongan padu warga Telok Bakong.
Wassalam....

kulopbesar said...

syabas sdra Zainal
moga Telok Bakong terus maju
Hidup telok Bakong
Hidup pakatan Rakyat

Linkwithin