Sempena hari raya yang mulia ini kami di www.telokbakong.com memohon maaf sekiranya sepanjang kendalian website terdapat tulisan atau chatt yang menguris perasaan.
Dengan usia web ini yang masih 'remaja' kami mengharapkan sokongan dan dorongan agar usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua.Khususnya kepada warga Telok Bakong dan umumnya untuk seluruh dunia.
Tujuan utama website ini dibangunkan adalah demi memenuhi tuntutan semasa dizaman hubungan tanpa batasan kami menyahut cabaran moden ini.
Saudara / saudari sekalian ,besarlah harapan kami jika setelah anda mengetahui kewujudan www.telokbakong.com ini moleklah kiranya dapat dilayari sebagai medium yang dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan disamping berita terkini .
Chat Box disini memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti siber untuk berinteraksi malah jika ada kematian atau hal hal penting yang berlaku dikampung kita akan lebih cepat sampai kepengetahuan anda.
Sidang pembaca sekalian mungkin ada yang berkata " Ahh...ini website politik " !..kami jawab ; Ya !...tetapi kami disini bukanlah menjadikan ia batasan hanya kerana berbeza pandangan politik maka kita harus berpecah dan berbalah.
Apa yang penting adalah hubungan ' sekampung' itu terpelihara .Terbukti kami disini berjaya mengumpul pelbagai generasi orang kampung kita. Walaupun sebelum ini hanya berselisih bahu tetapi tidak mesra. Kini berubah setelah berkenalan kali kedua dialam maya kami bertambah mesra dan saling berhubungan .
Akhir kalam, kami berharap Eidul Fitri 1429 tahun ini akan menjadi ibadah yang sempurna bagi kita semua .Setelah berakhir ramadhan pastinya akan meninggalkan bekas didalam diri setipa insan.Cuma yang belum pasti hasil yang akan terlahir samada putih ataupun hitam.
Ya ALLAH ! Berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami dalam mengharung kehidupan dialam yang penuh pancaroba ini.Eratkanlah , pautkanlah hati - hati kami agar mendapat keredhaan mu YA Rabb...amin..
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
No comments:
Post a Comment