Friday, September 19, 2008

Seorang AJK Bahagian dan 2 Ketua Cawangan UMNO Parit di tangkap tak pose kome!!!

Seorang AJK Bahagian dan 2 Ketua Cawangan UMNO Parit antara 16 yang ditangkap dalam Operasi Judi dan Tak Puasa di Manjung.
Manjung 17 Sept. - Pejabat Agama Daerah Manjung telah membuat operasi menyeluruh ke semua kawasan termasuk Lumut dan Air Tawar dalam satu operasi Tak Puasa. Diantara yang ditahan ialah seorang AJK UMNO Bahagian Parit dan 2 orang Ketua Cawangan UMNO Bahagian Parit. Mereka ditahan semasa sedang bermain judi didalam sebuah kedai di Ayer Tawar.

Mengikut maklumat yang diperolehi, kedai tersebut dipunyai oleh seorang TAIKO Cina di Ayer Tawar dan merupakan pusat baru bagi kegiatan-kegiatan orang-orang yang tidak bermoral ini. Sebelum ini, pusat kegiatan judi dan tak puasa ini ialah di Kampong Jering, sebuah perkampungan orang-orang Cina.

Dengan serbuan ini adalah dipercayai kegiatan judi disepanjang bulan Puasa ditempat itu menjadi lumpuh. Kawasan ini juga adalah merupakan tumpuan bagi orang-orang Melayu yang ingin berjudi dan makan minum dalam bulan puasa.

Sementara itu di Kampong Pasir Panjang, 6 orang yang sedang makan dan minum dan menghisap rokok telah disaman oleh Pejabat Agama Daerah Manjung kerana tidak menghurmati bulan Ramadhan. Mereka diserbu di dalam sebuah kedai kepunyaan seorang bangsa Cina.

Di Lumut, seorang India Muslim tuanpunya sebuah restoren juga disaman oleh PAID Manjung kerana menjual dan menghidang makanan kepada pelanggan Islam.

3 comments:

Modern Talking said...

hmm jangan harap ler dpt kuar tv.. klu pembangkang bunuh lipas pun kuar tv kata pembangkang kejam...

Shape said...

jangan pandang sebelah mata je yop.
Kat kampung kite tu ada juga tempat org x pose beli makanan. KOme tau ke kat mana? Siap yang menjualnye????

nagabersembor said...

memalukan!!!! apa nak jadila diaorg ni...inilah padah jika org umno tak peka terhadap nilai2 agama, terlampau lebihkan bangsa je, agama kurang, mcmana lah nak jadi contoh pd masyarakat jika perangai buruk camtu berlaku

Linkwithin