Thursday, July 31, 2008
Permatang Pauh Vs Laporan Liwat Siap
Sesuatu yang tak di sangka seringkali mendatangi kita,inikah suratan atau kebetulan?Pengumunan DS Wan Azizah mengosongkan secara rasmi kerusi parlimen Permatang Pauh mengundang pelbagai reaksi.Saat di tunggu sudah tiba untuk menobatkan DSAI ke Dewan Rakyat.Pengumunan DSAI akan bertanding di Bandar Tun Razak,Gombak dan juga Kulim terpaksa di lakukan untuk memperlihatkan tindakkan pihak BN menggunakkan jentera kerajaan khususnya badan kehakiman yang sengaja melewatkan proses bicara di parlimen Kulim.
Komen Noh Omar bahawasanya DSAI bukan anak jantan adalah tindakkan kehabisan modal pemimpin Umno.Siapakah yang bakal Umno korbankan di Permatang Pauh.Juak-juak Umno pasti tidak mahu terkorban sebelum pemilihan Umno itu sendiri.Adakah si Ezam akan dikorbankan,kami penyokong Pakatan Rakyat memang sedia mentalkinkan Ezam bersama dengan Umno di Permatang Pauh.Ini satu pilihanraya kecil yang besar,PR Vs BN!!
Secara tiba-tiba lewat pengumunan DS Wan Azizah,Syed Hamid mengumumkan laporan liwat pula siap.Wow pantasnya menyiapkan laporan,walaupun tertuduh hingga kini masih belum di tunjukkan laporan tersebut.Kita pasti akan melihat aksi yang serba pantas selepas ini demi menyekat DSAI terlibat dalam pilihanraya kecil itu nanti.Setakat ini peperangan strategi menyebelahi PR,moga ia terus berkekalan.Hospital Pusrawi,HKL dan PDRM pasti di kerahkan kini untuk lebih bekerja keras mewujudkan 'bukti kukuh' terhadap DSAI.Kelakarnya laporan tersebut di hantar ke Pejabat Peguam Negara untuk di nilai samaada layak atau tidak untuk di bawa ke makhamah,ketika umum tahu DSAI ada laporan terhadap Ghani Patail sendiri,tidakkah ini menimbulkan pelbagai prasangka,aje yang bangang dulu kini selamanya...Bee End.
Penulis:
KTB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment