Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ibrahim Di Tahan Polis Bertopeng!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya


Terkini:Jalan ke IPK Kl di tutup,depan Penjara Pudu ramai polis dan fru mengadakan kawalan.Harap penyokong DSAI bertenang dan elakan provokasi pihak tertentu.


Polis menahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya dan dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

No comments:

Linkwithin