Saturday, February 7, 2009

KUASA RAKYAT BERSEMARAK DI PERAK

by mr. boldlend and msinc


Semalam 6hb Februari 2009, Pemberita Telok Bakong Online,Boldlend teleh berkesempatan untuk hadir di Perhimpunan Rakyat di Perkarangan Rumah Menteri Besar Perak yang sah Y.A.B Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin untuk mendapatkan berita berita dan penjelasan terkini dari beliau.Kediaman MB terus dikawal oleh unit Amal.Rakyat jelata juga digalakan untuk berkumpul dan terus berkubu dini.Oleh itu kepada semua rakyat,dating lah beramai ramai berkumpul di kediaman MB untuk menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Timbalan Ketua AMK meminta semua penyokong,agar tidak berundur dari rumah menteri besar walaupun terpaksa bertempur dgn anggota keselamatan. Dia juga menyatakan polis terkejut dengan tindakan rakyat di Kuala Kangsar yang berani melanggar sekatan polis. Kuasa rakyat sudah bermula. Dia juga minta semua mengalu-alukan kedatangan Najib ke Ipoh esok dengan gambar Altantuya. Dia juga memaklumkan pada 8hb, 9pm akan diadakan rapat umum besar-besaran disuatu tempat yg sedang dibincangkan. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda Pas pula menyatakan PR tidak menderhaka sebaliknya umnolah yang menderhaka termasuk kes di Kelantan dan. Ketua pemuda Pas Nor Azli berkata, 10 orang peguam datang untuk membebaskan 9 orang reformis di Kuala Kangsar.

Ceramah penerangan dan penjelasan isu terkini kemudiannya telah disampaikan oleh Y.A.B Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin sendiri.Antara lain isu-isu yang disampaikan ialah tentang hubungan Pakatan Rakyat dengan pihak Istana,Tindakan SUK yang bertindak kurang ajar dengan pemberita,Kedudukan semasa Kerajaan Negeri dan lain-lain isu hangat termasuk isu Nasarudin Hashim.Audio dan visual penerangan tersebut akan dipaparkan dalam Telok Bakong Online secepat yang mungkin.

Umno dengan begitu takbur,riak dan ujub telah menurunkan semua bendera Keadilan dan PAS di Pekan Bota Kanan dan menaikkan bendera BN.Ini adalah suatu perbuatan yang tidak berakhlak dan bermoral.Diingatkan kepada pihak Umno supaya jangan sesekali menurunkan bendera Pakatan Rakyat di Telok Bakong.Sekiranya mereka bebuat demikian,Pakatan Rakyat Telok Bakong akan bertindak.Jangan ingat kamu boleh bertindak sewenang wenangnya tanpa batasan.Sudah lah kepimpinanan anda tidak bermoral,kamu juga nak tumpang sekaki.Kami tidak akan bertolak ansur jika anda berbuat demikian.Fikir sebelum berbuat sesuatu.

Friday, February 6, 2009

Gambor Terkini Di Kediaman Rasmi MB Yang Sah





Seramai 30 Ribu Penyokong Pakatan Rakyat memberi sokongan tidak berbelah bagi memberi sokongan kepada MB Perak yang sah!!!Terdapat usaha sabotaj yang ingin memutuskan bekalan elektrik di kediaman rasmi MB namun berjaya di patahkan oleh penyokong PR.

Wednesday, February 4, 2009

Pengumunan Buat Rakyat Perak!!

Program Munajat dan Perhimpunan Rakyat!!!
Menyokong kepimpinan MB Perak,Dato Seri Nizar pada esok hari..
5 februari
Jam 7 malam
Bertempat dikediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.
Turut hadir Dato Seri Anwar Ibrahim dan Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat....
Semua RAKYAT dijemput hadir...

Bersabar semua

Situasi politik yang meruncing ini harus diatasi segera.Walaupun kerajaan BN telah memiliki 31 kerusi itu bukan kerajaan yang kukuh sepertimana yang dialami oleh Pakatan Rakyat Perak.Jalan Terbaik adalah membubarkan DUN agar rakyat Perak dapat memilih kerjaaan yang benar-benar kukuh.Agar kejadian ini tidak berulang lagi.

Mengikut maklumat yang baru saya perolehi pihak istana akan mendapatkan nasihat dari Penasihat Undang-undang bagi menimbang permohonan Nizar itu.

Dalam keadaan sekarang berarti ada dua keadaan yang harus di terima oleh rakyat perak.

PERTAMA; Adakah Sultan akan memperkenankan permohonan Ketua kerajaan Perak yang masih sah sekarang untuk diadakan PR sekali lagi, atau :-

KEDUA : Adakah Sultan memperkenakan apa yang akan dipersembahkan oleh Najib dalam masa terdekat bagi menubuhkan kerajaan yang baru.

Kini terserah kepada Sultan Perak membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat jelatanya.Semoga rakyat Perak bertenang...

Pakatan Rakyat Dalam Bahaya

dari maklumat terkini kedudukan genting....kedudukan kerusi PR=27 BN=27 Bebas=5

ada maklumat namun biarlah di simpan dahulu...harap penyokong pakatan rakyat bertenang...kalau bagi tahu skang takut lain jadinya...biarlah MB Perak mengumumkannya

Politik " high profile" kini perlukan fakta dan angka



kelulut@telokbakong.com

04.02.09




Penulis pernah menghadiri suatu kursus yang dikendalikan seorang ' mat saleh ' yang telah lama menetap di Malaysia .Didalam perbualan kami beliau tersebut tentang kehebatan politik Malaysia . Menurut beliau sepanjang kerjayanya dan tinggal dipelbagai negara Malaysia mempunyai keunikan senario berpolitik yang tersendiri .


Kenyataan itu memang ada benarnya bayangkanlah hampir setahun PRU 12 telah berlalu bahang kehangatannya masih terasa. Malah teka - teki politik semasa terus menjadi igauan para parti politik dan rakyat berdebar - debar menanti realiti yang entah bila menjadi pasti .

Tambah hangat apabila timbul dakwaan lompat melompat dan diselang - seli pilihanraya kecil yang menarik minat setiap lapisan masyarakat.

Terdapat baik dan buruk yang akan menjejaskan kelancaran pentadbiran negeri / negara didalam isu ini .Persoalan besarnya sekarang apakah relevan politik ' spekulasi' ini ?

Jelasnya ,pasca pru 12 parti politik malaysia tidak tidur lena malah UMNO - BN paling kerap mengingau .

Sejurus kemenangan PR menguasai 5 buah negeri Anwar Ibrahim mendakwa akan berlaku ' lompatan besar -besaran ' YB BN namun hingga kini parlimen masih belum banyak berubah kecuali Pas berjaya menambah 1 kerusi .

Hadiah mengubat rindu PR dihadiahkan oleh YB Nasarudin ,ADUN BOTA menguatkan kembali harapan rakyat terhadap PR .

Selang beberapa hari 2 ADUN merangkap exco kerajaan perak pula ' sakit ' tanpa berita lantas Tuan speaker Dewan menghantar surat ' cuti ' tanda letak jawatan .

Ura - ura mereka akan melompat kedalam UMNO .PM gembira tak terkata dia kata " biar lah 2 ke 3, 10 biar mereka berjuang bersama parti yang besar "kata pak lah .

Sebelum itu MB Nizar pun pernah mendakwa akan ada lagi ADUN yang akan" berhijrah" kedalam PR .

Pelbagai dakwaan yang dibuat .Apakah ini wajah politik malaysia ? Apakah ini strategi ? atau strategi yang akan memakan tuan?

Jika dakwaan tersebut tiada asas lebih baik jangan dihebahkan , jika ianya fakta biarkan masa membuktikan.

Rakyat begitu mengharap faktor ekonomi akan terjejas juga wajib diambil kira . Rakyat mungkin akan bosan dengan adegan politik ini .

Jika dikira faktor semasa BN mendapat kredit kerana mereka mempunyai media dan kewangan yang boleh dipergunakan habis - habisan untuk memancing YB PR .


Akhir kalam... rakyat mahu menilai berdasarkan fakta dan angka tambahan pula politik kini dianggap berprofile tinggi kata hamirdin .

BIAR KITA KELIHATAN PANDAI BUKAN PANDIR !

RAKYAT TIDAK MEMERLUKAN PEMIMPIN PINTAR TETAPI YANG PALING PINTAR !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

http://kamarulbiz.blogspot.com

Tuesday, February 3, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih stabil - ANUAR HASHIM S/U SULIT MB



kelulut@telokbakong.com

3.02.09

PETANG TADI SAYA SEMPAT MENGHUBUNGI SETIAUSAHA SULIT MB PERAK SAUDARA ANUAR HASHIM.

SAYA BERTANYA TENTANG KEADAAN POLITIK NEGERI PERAK KINI. BELIAU MENEGASKAN BAHAWA SPR TELAH BERTINDAK KURANG DILUAR BIDANG KUASA MEREKA (SPR) . BERIKUTAN KES PERLETAKAN JAWATAN ADUN TERBABIT YANG DISAHKAN OLEH TUAN SPEAKER DEWAN NEGERI .

DAN MENGESAHKAN AKAN MEMBUAT TINDAKAN UNDANG - UNDANG .

KETIKA MENJAWAB SOALAN ; " APAKAH KERAJAAN PERAK STABIL ? BELIAU MENJAWAB ; YA , KELANTAN DAHULU PUN PERNAH MENGHADAPI SITUASI YANG SAMA TETAPI AKHIRNYA BERTAHAN MALAH MENANG BESAR DIDALAM PRU 12 TEGASNYA.

DAN DIAKHIR PERBUALAN MENGINGATI AGAR TUNGGU DAN LIHAT DALAM MASA SEMINGGU INI .


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Monday, February 2, 2009

Pemuda UmNO Parit terdesak

Tindakkan Pemuda UmNo Parit menjadi hero dengan mengumpulkan penunjuk perasaan kononnya Najib akan datang bersama Nasaruddin telah menghasilkan kesan sebaliknya.Rata-rata penduduk tempatan telah ,meluahkan rasa meluat dengan kelakuan mereka yang tidak menerima ketentuan Ilahi.

Sudahlah 11 cawangan UmNo bubar di Dun Bota dan episod terbaru politik negeri Perak menambah kekusutan akal fikiran mereka dalam tindakkan yang kebudak-budakkan.Inilah tahap pemikiran mereka yang 'habis codek' membodek pimpinan Ketua Bahagian Parit Datuk Zaim yang tengah pening mekiorkan apa ler nasibnya selepas ini.Anak buah pulak asyik menimbulkan masalah.Aduh..aduh susah membela budak-budak binggung ni mungkin itulah cetus rasa hatinya...

Itu masalah UmNo...dalam PKR dalam drama lompat ni...ketika semua kata 2 Adun udah letak jawatan Pengerusi PKR Negeri menongkah arus tidak selari dengan kenyataan pimpinan PR.Ini mewujudkan kemusykilan apakah Tn Hj. Osman dan 2 eko adun ni ada misi tersembunyi.Kenapa Anwar tak kasi tahu kat Pengerusi PKR Negeri...kenapa Azmin Ali sunyi sepi sekarang...Pengerusi PKR Negeri tidak layak berada ditempatnya sekarang...terlalu banyak 'pelakon'dalam PKR..letih dah mekiornye...

Sunday, February 1, 2009

ISU POLITIK PERAK : ULASAN MENARIK TENTANG STRATEGI ANWAR MALUKAN UMNO

Satu analisis menarik yang dibuat oleh blogger Nuraflah tentang strategi licik Anwar. Betul atau salah boleh fikirkan!!!!!
DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.
Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’. Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru.
Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik. Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.
Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS. Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama.
Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar.
Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya. Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap.
Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini. Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah.
Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong. Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR.
Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan. Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.
Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah. Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.
Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO. Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi.
Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.
Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.
Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.Fikir-fikirkanlah.
Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.
Posted by SOFI WAHAB at 23:24

Keputusan PRK Behrang Dan Changkat Jering!!!

Semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat harus digerakkan seberapa pantas untuk mengekalkan kemenangan calon Pakatan Rakyat berikutan kekosongan oleh bekas Exco Perak dari PKR.

Pastikan kemenangan mutlak dan calon yang dipilih lebih berwibawa dan mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat.Pastinya DSAI akan menapis sehabis-habis tapis kali ini.Saringan yang telus amat penting bagi memastikan kelemahan sebelum ini diatasi dengan hakiki.

Selamat berjuang dan kita saksikan kekalahan seterusnya buat BN.Ayuh...rakyat Behrang dan Changkat Jering...Selamat Mengundi calon Pakatan Rakyat....Tolak Najib !!!!Kasi besar 'kemaluan' Najib bior tersandor Bik mama nengoknye...

Persoalannya!!!Kemana 2 mangkuk ayun ni kosongkan adun tak lompat..pasal lau lompat pun kene PRK juge...dah ikrar ngan Sultan Perak...ate ngape BN berani nak PRK lagi...jawapannya itu jer cara nak numbangkan kerajaan perak...

Kita jangan yakin kita menang,usaha harus di gembelengkan kalau tak malu kita dgn orang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...kita balas jasa mereka Changkat Jering dan Behrang...Hidup Kerajaan Perak!!MB Perak Rakyat Mu Tetap Akan Memastikan pemerintahanmu kekal dan aman....

Linkwithin