Saturday, May 23, 2009

Zambry menang dimahkamah tetapi tidak dihati rakyat .

kelulut@telokbakong.com

22.05.09

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Buat ketika ini kita akur dengan perjalanan perbicaraan .Pihak yang berkuasa sudah tentu akan mempertahankan dengan segala kekuatan. Mereka mahu menjaga maruah golongan tertentu .

Tetapi bagi PR maruah rakyat itu yang paling utama.Biarlah Zambry mengiringi Sultan untuk tugas rasmi . Ir Nizar juga ada tugasannya sendiri.

Nizar lebih disenangi rakyat. Mereka mengetahui siapa yang jujur ketika berkhidmat.Anda saksikan kemana- mana Nizar pergi beliau akan dIkerumuni oleh rakyat jelata.Walaupun sudah dinafikan oleh Mahkamah Rayuan .

Aura Nizar tidak boleh dibatasi oleh undang - undang yang buatan manusia .Percayalah YB Nizar akan sentiasa menjadi ikon rakyat Perak .

Yop Nizar ! you are never walk alone .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Friday, May 22, 2009

Beranikah Umno bertanding di DUN Manek Urai?

Posted on May 22nd, 2009 in Artikel, Sang Kelulut by admin

kelulut@telokbakong.com

jalan
UMNO mesti lalui jalan ini .

Belum pun sempat PRK Dun Penanti tiba pula kekosongan Dun Manek Urai .

Penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail binYaacob, 60 meninggal dunia .

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Inil adalah PRK ke 6 pasca PRU 12 .Senario ini akan memeningkan lagi kepala UBN .Keperitan menanggung kekalahan demi kekalahan akan terus mencalar prestasi PM yang baru .

Slogan ‘tranformasi’ yang dilaungkan ketika perhimpunan Agung UMNO kini bertukar ‘igauanngeri’ .Umno kini sentiasa berhelah mahu mengelak bertempur didalam PRK .

Setelah tewas di Permatang Pauh , Kuala Trengganu , Bukit Selambau , Bukit Gantang manakala BN hanya mendapat simpati Dun Batang Ai .

Di Dun Penanti UBN mengelak dan mengatakan bahawa ini adalah permainan PR . Maka mereka memboikot kononnya tidak mahu membazir wang rakyat .

Kita mahu melihat apakah Umno akan terus bermain ’silap mata’ . Dan mereka akan ditertawakan akibat tindakan mereka yang tidak konsisten.

Hakikat sebenarnya UMNO - BN sudah hilang keyakinan diri . Dan mereka sedar bahawa rakyat sudah menolak kepimpinan UBN .

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Bila Isteri Dah Tak Cantik (luahan hati seseorang isteri )



Ambil iktibar dari cerita ini, it is really important

Bila Isteri Dah Tak Cantik

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri… Buat Iktibar kita
semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.



Pembaca Semua,


Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2
tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka
tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka
mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya
seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah
melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan
suami saya berkerja biasa saja.


Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.


Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,
putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi
kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri
ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang
menyediakan segala keperluan rumahtangga.


Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa
tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk
atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila
dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah
sampai ke tahap hubungan seks.


Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia
menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia
mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya

saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang
dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada
rangsanngan lagi bila melihat saya.


Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan
cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman

wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,
fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita
yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana
memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung
sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya
bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,
bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik
menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,
mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang

baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang
berjaya bila bersama wanita tersebut.


Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di
lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,
ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga
dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin
bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit
separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan
sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam
untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan
tempat kita untuk

berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan
perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita
di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp
besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi
jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda
memperbaikinya. …InsyaAllah. …… bagi wanita yang suka menggangu atau
menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang
bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara
yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta
sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zaman
sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dada
tanyalah selera.......

Thursday, May 21, 2009

Kes saman Anwar terhadap Dr M didengar 30 Julai



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.

Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok.



Mahkamah Persekutuan pada 6 Jun membenarkan permohonan Anwar untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Pada 23 Disember 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said mewakili Dr Mahathir. - Bernama

Bimbang ikan keli Perak makan tahi babi? Telok Bakong ada penyelesaiannya



kelulut@telokbakong.com

20.05.09



Sehari - dua ini heboh tentang ikan keli ternak yang di pelihara secara tidak wajar menurut sebahagian rakyat Malaysia .

Orang Melayu pandai beli , makan ,cakap .( bukan semua ) . Orang melayu heboh kerana dibekalkan ikan keli yang diternak didalam kolam tahi babi .

Tetapi tidakkah pernah terfikir dimana usahawan melayu Islam yang boleh membekalkan ikan keli ?

Apakah cukup dengan membuat hingar - hingar tentang haramnya babi . Hingga ikan keli pun terpalit dapat gelaran ikan keli zat babi .

Cuba anda fikir sejenak salah siapa ? Apakah orang bukan Islam diberi tanggungjawab agar membekal segala keperluan ? Apakah mungkin mereka akan menuruti segala hukum hakam agama Islam ?

Dimana tanggungjawab umat Islam , dimana agensi kerajaan yang berkuasa ? Masyarakat teramai dan sebagainya.

TBO mengajak kepada sesiapa yang mahu mendapatkan bekalan ikan keli yang bersih .Ikannya lazat tidak hanyir serta struktur daging yang amat baik.

Setakat 3 ekor tu ..We Dasan , KTB , Msinc , Nagebesembor , Nangnang sekali "PONGAP" aje ..heee..hee

Dipelihara menggunakan air Sungai Perak ( bukan kumbahan babi ) dan dijaga dengan rapi .Anda boleh datang sendiri.

Dimana ? Telok Bakong laaa...

Hubungi: En Mat Nor Mansor & Superfriends
018- 6642347
Batu 15 1/2 kampung Telok Bakong
32900 Lambor Kanan
Parit , Perak .


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2009

Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar


KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. BERNAMA

Linkwithin