Friday, November 6, 2009

JAIS, jangan berfikir sempit: Dr Asri




Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengkritik lagi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menasihatkannya agar tidak berfikiran sempit berhubung isu tindakan terhadap sebuah masjid yang mengundang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bukan Islam berucap di dalamnya.

Menggesa jabatan agama itu membebaskan dirinya daripada pemikiran sempit, bekas mufti Perlis itu berkata, hujah yang diguna pakai JAIS yang menyamakan orang bukan Islam dengan wanita berhaid sebagai "pandangan segelintir sarjana Islam yang tidak mantap".

"Kenapakan pihak JAIS tidak memilih pandangan yang lebih mantap dan lebih luas? Orang kafir, orang bukan Islam pun masuk berjumpa dengan Nabi Muhammad dalam masjid.

"Masjid merupakan pejabat nabi pada zaman awal Islam. Perwakilan (kumpulan) yang Yahudi, Kristian, musyrikin, mereka masuk ke dalam masjid untuk berjumpa dengan nabi," katanya, yang masih bertegang dengan JAIS susulan penangkapannya hujung minggu lalu.

"Dengan itu, ulama Islam berpendapat, mereka boleh masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang baik."

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika umat Islam masih menggunakan pendekatan sempit dan tidak memberikan ruang kepada bukan Islam mendekati agama ini, dakwah Islam akan tersekat.

"Masalahnya JAIS ini, (apabila) diberikan pandangan berbeza, nanti dituduh pula Wahabi. Dalam konteks masyakarat pelbagai kaum, kita harus menghormati pandangan yang boleh memberikan kebaikan kepada negara dan masa depan Islam.

"Pandangan JAIS seperti inilah yang sempit. Dan pandangan seperti ini menyebabkan ketegangan kaum dalam negara ini.

"Saya harap, bukalah minda sedikit. Jangan letakkan pandangan sempit ini menguasai mereka," katanya.

Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi hari ini dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Beliau juga dipetik ingin mengambil tindakan kepada jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang kerana membenarkan Exco Kesihatan Negeri Dr Xavier Jayakumar, juga ADUN Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu Ogos lalu.

"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.

"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Mohamed Khusrin mengulas desakan wakil Pemuda Umno Kota Raja, Misnan Ahmad, supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada 31 Ogos lalu.

Misnan mengetuai 20 anggota Pemuda UMNo bahagian itu menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Mohamed Khusrin di Shah Alam semalam.

'Presiden boneka', Hadi cemburukan Anwar?




Berikut petikan wawancara eksklusif Malaysiakini dengan pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari di pejabatnya di kampus Universiti Islam Antarbangsa pagi ini:

Tentang presiden PAS menggantikan Abdul Hadi

Apa yang saya lihat, ini telahan (saya) saja, (menteri besar Kedah) Datuk Seri Azizan Razak boleh diketengahkan. Dan saya fikir, perkara yang kita tidak harus lupa, PAS ini tidak macam parti lain. Ia ada kekuatkannya sendiri. Yang perlu, pemimpin yang faham dan jelas, tidak semestinya karismatik seperti dalam kategori (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

Yang masalahnya, dia (Abdul Hadi) tidak jelas. Dia tidak dapat membaca dan bermain (politik) sepatutnya. Jadi dalam konteks Azizan ini, saya lihat pentadbirannya, caranya menjawab soalan wartawan jauh lebih baik daripada Abdul Hadi. Dia antara tokoh yang boleh diketengahkan walaupun tua sedikit daripada presiden yang ada sekarang.

Tentang Abdul Hadi tidak mempertahankan 'amanatnya'

Kita boleh katakan media tidak memberikan (dia) peluang. Tetapi kita boleh katakan, dia memang tidak mampu mempertahankannya. Kalau dibandingkan dengan (kepintaran) Nik Aziz pun berbeza walaupun media memutarbelitkan (kenyataannya).

Oleh kerana dia ada perwatakan macam magnet dan cakapnya pandai macam orang politik, (hasilnya) lain, dapat juga mesejnya disampaikan. Tetapi Abdul Hadi tidak dapat, itu satu lagi (ciri) dapat dilihat dalam menilai kepimpinan dia.

Tentang peranan Abdul Hadi sebelum reformasi 1998

Sebelum (era) reformasi, dia tidak ada peranan yang penting, naib presiden saja atau timbalan presiden. Jadi, saya rasa isunya sekarang ini, dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan (pengamat politik) dan (kenyataan) itu saya setuju.

Kalau dia (sebagai) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh.

Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat. Itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi apabila serangan itu sudah bersifat politik, dia sudah tidak dapat main lagi.

Tentang pengaruh pemimpin PAS Terengganu lain terhadapnya

Itulah watak (kepemimpinan PAS) Terengganu berbanding Kelantan – dengan terbukanya, adventure-nya, dengan keberaniannya, dengan kelainannya, dengan keunikannya. Seolah-olah orang Kelantan ini “Cina Melayu”. Maknanya, watak Cina dalam masyarakat Melayu.

Bukan saya hendak kata, (tetapi pendapat) semua orang, kalau kita bandingkan dengan Nik Aziz, (Abdul Hadi) berbeza. Beliau dapat mempertahankan Kelantan dari tahun 1990. Dan musuhnya bukan kecil-kecil - musuhnya (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad), musuhnya (waktu itu, timbalan perdana menteri) Anwar pada satu ketika.

Dan pada satu ketika (selepas 2004), dia hanya (bertahan) dengan satu majoriti sahaja (kerusi dalam DUN), tetapi dapat bertahan berbanding dengan Terengganu dan Perak barangkali.

(Keadaan) ini melambangkan kejituan kepimpinan itu. Mengapa? Berbalik kepada (manifesto) parti, setahun lebih kita belum nampak lagi apa itu negara kebajikan yang PAS bawa ini. Apakah (slogan) 'PAS untuk Semua' itu. (Manifesto) itu memerlukan seorang pemimpin yang berwatak ideolog untuk menonjolkan apakah wawasan sebenarnya. (Manifesto) ini tidak dijelaskan.

Jadi isunya, bukan (kemerosotan di) Bagan Pinang (sahaja), isu yang lebih besar lagi, soal kelesuan parti dalam menterjemahkan gimik, slogan dalam wawasan yang ia sendiri bawa.

Tentang kemenangan tipis PAS di Manek Urai

Satu, Manek Urai memang sebelum pilihan raya (itu), ada sedikit kekecohan, (seperti) poster dia tidak dinaikkan atas alasan, di Kelantan ada strategi lokalisai. Tetapi akhirnya naik juga (poster Abdul Hadi). Dan mungkin kita tidak dapat menafikan, (PAS) hampir kalah itu isu jambatan (yang dijanjikan BN).

Rakyat di situ melihat, kalau (PAS) kalah pun tidak mengapa, (sebab) kerajaan (PAS) tidak ada kesan, yang penting dapat jambatan.

Di Bagan Pinang pun banyak lagi. Saya lihat, kalau tidak kena gaya, boleh jadi (pilihan raya kecil) Ijok juga (yang dirampas semula Pakatan), menyebabkan mereka (BN) berfikir, mereka telah menang.

Kalau daripada plihanraya umum sampai sekarang, ahli 100 (orang), tentu ada masalahnya. Seratus ahli (PAS) saja hendak lawan 3,000 (orang). Soalnya sekarang, kenapa (ahli) tidak bertambah selepas pilihan raya umum? Apakah itu tidak ada kaitan dengan imej lembab, imej monyok itu tadi?

Mungkin ada orang kata, di Bagan Pinang ini banyak undi pos. Memang betul, tetapi masalah dengan imej yang seperti ini boleh menarik orang masuk PAS? Dalam keadaan Kelab Penyokong PAS (KPP) masih tidak tahu di mana (nasibnya), itu pun tidak dijelaskan lagi di mana peranan mereka.

(Isu-isu) itu yang cuba hendak ditepis orang (pengikut) Hadi ini. Abdul Hadi tidak memimpin sebenarnya. Dia mengikut kata orang (di sekelilingnya).

Tentang Abdul Hadi sebagai presiden 'boneka'

Susah hendak menafikan begitu. Susah hendak menafikan bahawa beliau adalah boneka.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat maraton itu (malam 28 Oktober lalu), seolah-olah dia tidak jelas apa yang dicakapkannya. Dan ada (pihak dalam PAS) yang mengatakan, dia bercakap lain daripada (keputusan) mesyuarat. (Keputusan) yang didakwa 75 peratus yang hadir mahukan tindakan diambil kepada Dr Hasan Ali (bukan seluruh PAS negeri).

Ini satu lagi (alasan) yang menunjukkan kepimpinannya tidak jitu.

Dan apa yang nampak di Selangor itu cukup penting dari segi imej. Memang BN hendak menggambarkan Pakatan tidak boleh bekerja, sentiasa hendak bergaduh. Itu tema yang mereka hendak bawa.

Dan Abdul Hadi membenarkan (tema) ini terus berlaku dengan tidak mengambil tindakan kepada Dr Hasan. Dan selepas itu, disebut dalam mesyuarat itu, dia masih mempertahankan (Dr Hasan). Dia masih menyebut (siasat PAS) Selangor, Selangor, Selangor, tanpa menyebut Dr Hasan. Kenapa?

Tentang penguasaan kumpulan Abdul Hadi dalam pemilihan PAS

Kalau dilihat daripada (segi) undi, mereka (penentang Nasharudin Mat Isa) menang sebenarnya. Tetapi saya tidak pasti kalau pemilihan sekali lagi, Nasharudin boleh menang. Sebelum ini pun ditimbulkan bahawa YB (Nasharuddin) tewas kalau digabungkan dua pilihan lain (Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa) yang sebenarnya sama (kuat) itu.

Tentang kerajaan perpaduan sebagai 'umpan' Umno

Kerajaan perpaduan ini umpan Umno kepada PAS yang dimakan Abdul Hadi, Nasharudin dan kawan-kawannya, yang tidak dimakan orang yang cerdik seperti Nik Aziz. Ahli tidak sokong. Tetapi mereka berterusan (ke arahnya).

Walaupun tidak lagi bercakap soal perpaduan, tetapi masih lagi (bercakap) soal Melayu Islam – isu yang sebenarnya tidak relevan sekarang. Umno tidak melakukan apa-apa pun untuk Islam dan Melayu, sebenarnya.

Kemudian, barangkali ini bukan soal umpan daripada Umno, tetapi soal ketidakmampuan Abdul Hadi dan kumpulanya bermain dalam politik baru yang mengetengahkan idea, (seperti) yang cuba dibawa "kumpulan Erdogan".

Mereka tidak dapat main. Jadi mereka lanyak kumpulan ini sebagai macai Anwar Ibrahim, sebagai golongan liberal, sekular dan sebagainya yang menguntungkan Umno.

Tentang Abdul Hadi 'cemburu' pada Anwar

Persepsi kecemburuan itu memang tidak dapat ditolak. Memang sukar hendak dinafikan, terutamanya kalau kita lihat semula muktamar di Ipoh tahun lalu di mana Abdul Hadi menyebut betapa PAS mempunyai banyak kerusi DUN, betapa PAS (lebih) besar dan sebagainya (berbanding PKR atau DAP).

Sepatunya sentimen itu (dimainkan), tetapi dalam menentukan perdana menteri dan sebagainya, itu bukan soal utama. Soalnya siapa yang boleh menjadi gam (yang mengikut Pakatan), ikon. Dan Abdul Hadi tidak begitu. Dalam parti pun tidak.

Dan apabila ketua Dewan Ulama mencadangkan nama Abdul Hadi, saya ingat semua orang ketawa tentang kelogikan cadangan itu.

Tetapi kita juga tidak harus lupa bahawasanya sekarang, orang Cina berkata, kalau mereka boleh mengundi, mereka akan undi Nik Aziz sebagai perdana menteri.

Pandangan Prof. Dr. Aziz Bari


Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.



Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas.

"Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," katanya.

[Photo]"Dan memang, kalau tengok kenyataan dia (Abdul Hadi), sama ada yang terbaru ini atau beberapa bulan ini, sudah jelas. Maksudnya, kenyataan tentang UG (kerajaan perpaduan) itu, bukan macam orang politik."

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam “politik baru” Pakatan Rakyat.

"Kita tidak peduli sama ada kumpulan dia (Abdul Hadi) masih bercinta dengan Umno. Itu kita tidak peduli. Tetapi bagi saya, dalam politik, tidak ada peluang kedua.

"Kamu sudah buat, (kemudian) gagal, keluar (berundur). Hendak bertengkar tentang dia jumpa lagi (dengan Umno atau) tidak, imej itu sudah terpalit kepada dia dan kumpulan dia, terutamanya (timbalan presiden) Nasharuddin (Mat Isa)," tambahnya.

'Sudah hilang stim'

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

"Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan," katanya.

"Tengok, atau kita banding dengan apa yang dibuat sekitar tahun 1980-an dengan amanatnya (petikan ucapan yang dilabel 'Amanat Hadi'). Ini secara efektifnya mengkafirkan Umno. Sekarang kenapa hendak bekerjasama dengan Umno?"

[Photo]Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan itu mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti Nasharuddin dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.

Diminta mengulas sejak bila tokoh PAS itu "hilang stim", Dr Abdul Aziz berkata: "Sebelum (era) reformasi (1998) dia tidak ada peranan yang penting, (sebagai) naib presiden saja atau timbalan presiden.

"Jadi, saya rasa, masalah atau isunya sekarang ini dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan. Dan itu saya setuju.

"Kalau dia (pada jawatan) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh. Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat.

"(Keadaan) itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi, serangan itu sudah bersifat politik dan dia sudah tidak dapat main lagi."

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

'Ciuman maut'

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

[Photo]Ditemui di pejabatnya di kampus Gombak pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

"Semua orang tahu (kelemahan ini), tetapi siapa berani cakap dalam parti yang tema wala'-nya (kesetiaannya) cukup kuat," katanya.

Mengulas isu kerajaan perpaduan, Dr Abdul Aziz menyifatkan ia sebagai "ciuman maut" dan perangkap musuh politiknya Umno untuk terus mengkucar-kacirkan parti Islam itu.

"Kalau yang berunding itu (penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (mursyidul am, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) atau (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang, tidak ada masalah.

"Tetapi kalau dia dengan Nasharuddin ataupun yang lain-lain, (mereka ini) akan dilipat, diduduk oleh Umno (kerana kelemahannya)," katanya.

Thursday, November 5, 2009

PAS perlukan ‘korban’ untuk pulih




Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban.sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco kerajaan negeri. – profesor Dr Abdul Aziz Bari.


PAS memerlukan “korban” dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik.
“Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban,” kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.

Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, ‘Pengajaran Dari Bagan Pinang’ di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.

Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Aziz berkata sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco kerajaan negeri.

Dalam seminar 7 November ini, Dr Abdul Aziz diberikan masa 30 minit bagi menyampaikan pandangan kontroversinya itu kepada kira-kira 1,000 peserta – terdiri daripada semua barisan pemimpin kanan di semua peringkat termasuk tiga dewan utama dan kawasan.

Beliau, yang telah mengulas panjang selepas artikel di Sinar Harian itu, bagaimanapun tidak akan membentangkan sebarang kertas kerja, sebaliknya hanya berucap spontan.
Seminar yang dijadual dibuka dengan rasmi oleh Abdul Hadi dijangka disertai oleh seorang lagi ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaya.

Walaupun agak keberatan pada mulanya untuk turut serta dalam seminar itu, Dr Abdul Aziz telah mengesahkan kehadirannya kepada pengelola seminar, Salahuddin Ayub yang juga naib presiden PAS.

Ditanya sebab keberatannya untuk hadir, Dr Abdul Aziz berkata: “Saya bukan orang parti. Saya tidak ada kena-mengena dengan cerita (pergolakan dalaman) ini. Ini bukan kerja saya.”
Dr Abdul Aziz yakin seminar tersebut dapat menyelesaikan masalah dalaman PAS dalam jangka masa yang panjang walaupun terdapat pihak yang mempersoalkan keberkesanan program tersebut.
Mengulangi kritikan terhadap kepimpinan Abdul Hadi, Dr Abdul Aziz berkata presiden PAS itu hanya “sesuai menjadi (pemimpin) nombor 2, bukan sebagai kapten.”

“Masalahnya dengan isi (idea) yang dibawa. (Contohnya) kalau beliau kata dunia ini rata, kita tidak boleh terima perkara ini walaupun kita lihat ia memang rata. (Sebab idea) ini tidak betul,” katanya.

Tambahnya, cadangan kerajaan perpaduan yang cuba diperkenalkan Abdul Hadi tidak masuk akal kerana “mustahil” untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang tiada pembangkang.
“Jangan cakap perkara yang beliau tidak tahu. Di England, selepas Perang Dunia Kedua, penggabungan parti-parti membentuk kerajaan kerana tiada satu pun parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.”

“Di Malaysia, situasinya jauh berbeza,” kata Dr Abdul Aziz.

Dihubungi hari ini, Dr Abu Hassan pula berkata masalah parti itu kini masih di peringkat pergeseran antara tokoh pemimpin, khususnya antara “aliran agama” dengan “golongan liberal,” dan bukannya melibatkan masalah institusi-institusi PAS.

“Kemunculan tokoh-tokoh moderat dalam PAS terutamanya selepas (era) Reformasi 1998 meletakkan mereka di pesisir PAS, sedangkan golongan ulama masih di teras (kepemimpinan),” katanya.

“Masalah dalaman PAS ini tidak akan memungkinkan parti itu runtuh tetapi kemungkinan akan melemahkan jentera dan pengurusan parti.”

Dr Abu Hassan percaya ahli-ahli akademik termasuk beliau diundang di seminar itu kerana PAS mahu mencari sudut-sudut pandangan yang dilihat bebas.

Dalam kertas kerjanya nanti, beliau bukan sahaja menyentuh isu-isu konflik dalaman PAS, tetapi juga dasar parti itu, sama ada masih relevan di masa depan, tambahnya.

Kertas beliau akan menumpukan kepada tiga bahagian iaitu politik dalaman PAS, kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat dan juga kepercayaan nasional terhadapnya.

http://www.malaysiakini.com

AL-KISAH RAKAMAN : MENJAWAB TUDUHAN BLOG POLITIKBANJAR




Memandangkan lebel munafiq adalah sesuatu yang berat disisi Islam, menyebabkan aku telah menghubungi saudara Sayuti yang dilebelkan ”munafiq” oleh blog politikbanjar. Ketika itu, beliau berada di padang, Indonesia, mengetuai Misi kemanusian PAS di sana.

Pada peringkat awal, beliau tidak menjawab panggilanku, menyebabkan aku menghubungi beliau menerusi SMS. Beliau merespon SMSku itu, kemudian berjanji akan menjawab segala tuduhan yang tidak bermoral tersebut menerusi E-Mail

Makanya,di sini, dipaparkan e-mail Saudara Sayuti seperti berikut;

Kronologi isu rakaman I & II…


Tulisan saya ini merujuk kepada;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/siapa-munafik-haraki-di-dalam-pas.html

Satu artikel dlm ’politikbanjar’ bertajuk: Siapa Munafik Haraki di dalam PAS?

Tulisan tersebut merujuk kepada diri saya, dan saya mendapat maklum melalui pelbagai SMS dari sahabat-sahabat PAS dan juga AJK saya. Ketika itu saya masih berada di Indonesia mengetuai Delegasi Khas Bantuan Kemanusiaan PAS di Sumatera Barat. Saya tidak mampu mengakses internet ketika di sana, namun saya telah terlebih dahulu kaji kronologi berdasarkan maklumat yg ada pada saya.

Rakaman I
· Kepunyaan sendiri, dah lama disimpan. Saya tidak mahu bicarakan tentangnya.

Rakaman II
· Rakaman Ustaz Reza MRK di rumah Dato’ Dr Hasan Ali, bersama Ustaz Nasharuddin, Roslan SMS, Yamin, Zainuddin, dan ramai bloggers termasuk bloggers UMNO


Saya terbaca dlm blog albanjari;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pertemuan-sulung-bloggers-dengan-dato.html,

Isu dinyatakan tentang pertemuan di rumah Hasan Ali, dimaklumkan anjuran Lajnah Penerangan BPPNS dgn tetamu khas Ustaz Nasharuddin, dan dihadiri ramai bloggers termasuk bloggers UMNO. Dalam internet ditulis pelbagai perkara yg tidak sepatutnya dimaklumkan pd umum apatah lagi pd UMNO.


28 Nov 2009 (Rabu)

Pagi

Dalam kesempatan utk berbincangn dgn TGNA berkenaan rakaman I, TGNA memberitahu melalui Pembantu beliau kebiasaannya TGNA bila sampai di KL tidak mahu diganggu, mahukan ketenangan dan tak mahu merunsingkan fikirin utk hadapi Mesyuarat Khas pada malam kelak. Apa2 hal pun akan dimaklumkan semula, jika perlu.

Tengahari

12.26 PM Call Albanjari
· Dimaklum dia sangat kenali saya, Anak Perak... Saya minta maaf tak berapa ingat!
· Ttg ucapan, Albanjari sendiri tidak hadir, MRK hadir, dia rakam. Sebahagian dah ditulis oleh bloggers. Katanya banyak menceritakan hal dalaman parti. Albanjari hairan mengapa ada yg hadir itu bloggers UMNO sedangkan menceritakan beberapa hal dalaman parti.
· Albanjari kata dah dapat rakaman itu, DVD di courier terus. Albanjari dah dengar sendiri. Rakaman itu sangat serious...! Bahaya kalau disalahgunakan oleh UMNO.
· Saya minta satu salinan. Boleh. Tlg bagi alamat segera. Satu copy akan dikirim pd YB Nizar petang itu, sebab Nizar akan ke Mesyuarat Khas malam nanti. Saya kata saya sangat setuju agar diberikan pd pimpinan PAS untuk mereka membuat keputusan di dalam Mesyuarat Khas malam nanti dengan penuh hujjah.
· Esok akan post pada saya, dalam bentuk DVD besar file, sila SMS alamat segera.

12.32 PM SMS alamat kepada Albanjari

03.02 PM Call dari Pejabat TGNA
· TGNA maklumkan; confirmed TGNA mahu dengar rakaman DHA.
· TGNA minta utk dengar sendiri rakaman bloggers, setelah baca di internet.
· Saya maklum saya tidak ada rakaman bloggers tetapi saya akan usahakan melalui Albanjari yang berada di Perak sebab beliau ada copy. Saya akan usahakan untuk dapatkan segera sebelum TGNA sampai KL.

Call Albanjari banyak kali tidak dapat. SMS tidak berjawab. Hp seolahnya dimatikan.

03.10 PM SMS pd Pembantu TGNA no hp Albanjari minta utk beliau hubungi terus
· Saya maklum dah hubungi banyak kali call dan SMS tetapi tak dapat
· Janji akan usahakan terus

03.16 PM Call PAS Perak minta usahakan bantuan.

03.18 PM SMS dari Pembantu TGNA
· TGNA nak dengar juga ucapan DHA, minta dibawa juga ke rumah Kelantan, Jalan Stonor, petang ini segera.
· Minta tolong hubungi juga Albanjari untuk cuba dapatkan rakaman bloggers, minta dibawakan sekali dengan rakaman DHA utk TGNA dengar keduanya.
· TGNA anggap kandungan ucapan bersama bloggers sangat serious.

03.22 PM Call dari Pembantu TGNA
· Saya janji akan usahakan mendapatkannya, bahkan jika perlu utk di hantar dengan kereta dari Perak
· TGNA dah nak ke airport
· Jumpa di Rumah Kelantan, 6.45pm
· Maklum TGNA tentang tentang kerahsiaan, amaran oleh DHA utk tidak bocorkan. TGNA minta untuk dengar sendiri, itu bukan suatu rahsia jamaah yg perlu disimpan, apatah lagi jika tidak benar dan merosakkan jamaah. Yakin ini menolong jamaah.

05.32 PM Call dari PAS Perak
· Dapat jejaki Albanjari di rumah, tidak ON hp...
· Dapat bercakap dgn Albanjari, dan terangkan tujuan panggil dan permintaan TGNA
· Albanjari sangat setuju untuk serahkan pd TGNA.
· Pengakuan; sebenarnya Albanjari sendiri belum dengar, hanya dengar melalui telefon, dan master copy sebenarnya masih berada di tangan Penolong Editor, Ustaz Reza MRK, berada di Seri Kembangan, dia rakam dan Albanjari akan minta diserahkan tanpa masalah.

05.40 PM SMS ke Pembantu TGNA
· Maklumkan dah dapat berhubung semula dgn Albanjari.
· Janji akan sampai 6.30pm di Masjid Syakirin, dengan kedua rakaman, seperti dijanjikan oleh Albanjari.

Beberapa kali call Ustaz Reza MRK tak dapat, engaged dengan Albanjari.

06.08 PM Call Ustaz Reza MRK
· Berjaya komunikasi pertama kali dengan Ustaz Reza MRK.
· Sanggup datang berjumpa, dia kenal saya apabila kenalkan diri sebagai Pengarah Pilihanraya Pemuda Selangor
· Disebabkan itu arahan TGNA, Ustaz Reza MRK kata dia pasti akan sampai juga dengan motorsikal, walau ada anak kecil di rumah, dan isteri masih belum pulang kerja. Tidak perlu naik taxi seperti cadangan saya.
· Setuju saya tunggu di Masjid Syakirin, KLCC, tidak tahu rumah Kelantan.
· Akan sampai sebelum 6.30pm, confirm ke? Ya confirm akan sampai sebelum 6.30pm.
· Minta hadir dgn kerelaan, TGNA hanya mahu dengar suara rakaman dan nak tahu apa yg berlaku. Ustaz Reza MRK maklum dia pasti hadir sbb arahan Mursyidul ’Am.
· Pertanyaan Ustaz Reza MRK; akan berjumpa sendiri TGNA tanpa orang lain? Saya kata memang boleh, dan Ustaz Reza MRK tidak keberatan untuk saya sertai sekali.
· Ini adalah komunikasi terakhir yg berjaya dengan Ustaz Reza MRK, Penolong Editor ’politikbanjar’

06.20 PM Call Ustaz Reza MRK
· Semua call dan SMS tidak berjaya. Hp dimatikan. Berlarutan sehinggalah tengah malam.
· Beberapa kali call Albanjari, dimaklum confirm Ustaz Reza MRK pasti akan hadir, dia jenis berpegang padan janji. Minta tunggu juga. Saya terus tunggu, ualang alik ke rumah Kelantan.

07.13 PM SMS ke Ustaz Reza MRK
· Sudah lama sangat saya tunggu di Masjid Syakirin KLCC, tapi masih tidak datang dan panggilan hp gagal. Minta telefon semula segera.

07.22 PM SMS kepada keduanya; Ustaz Reza MRK dan Albanjari
· TGNA masih menunggu, dah lama sangat dah.

08.15 PM SMS ke Albanjari dan Ustaz Reza MRK
· “Ustaz Ridha, TG telah beransur ke Pejabat Agung. Lama dia nantikan enta, ana hubungi hp enta tak dapat”


29 Nov 2009 (KHAMIS)

07.23 AM Call Ustaz Reza MRK
· Dapat masuki panggilan, tetapi tidak berjawab. Banyak kali panggil. Maklum pada Albanjari, Albanjari maklum dia akan hubungi Ustaz Reza MRK untuk tahu apa masalahnya. Sila tunggu hingga dihubungi semula.

09.25 AM Call Albanjari, setelah terima missed call.
· Albanjari maklum perkara yg berlaku di PAS Selangor sangat serious. PAS kena buat tindakan segera untuk singkirkan Hasan Ali dengan apa jua cara sekali pun.
· Albanjari maklum; dia akan minta pasukan 20 hingga 30 bloggers yg dikenali, yg bersama kita utk melakukan satu tindakan khusus utk menjatuhkan Hasan Ali melalui serangan internet.
· Albanjari sendiri akan pastikan mereka mendapat maklumat yg tepat tentang siapa sebenarnya Hasan Ali, dan bahaya Hasan Ali kepada Pakatan Rakyat Selangor, dan kepada PAS.
· Saya beritahu Albanjari, saya setuju agar kebenaran isu Hasan Ali dinyatakan pada ahli. Ahli akan ragu kalau tiada tindakan diambil.
· Saya maklumkan tentang rakaman yg diberikan kepada kedua TG Haji Hadi, dan TG Nik Aziz.
· Saya maklumkan TGNA sangat sedih dan menggeleng kepala tatkala mendengar rakaman I yang saya perdengarkan tersebut, dan hinggalah suatu ketika TGNA kata tidak mahu mendengarnya dah. Minta dimatikan.

09.42 AM SMS ke Albanjari (baca; kepada Albanjari sahaja, tertutup, hasil perbualan akhir)
· Kandungan;
Sekadar maklum enta; ana istikharah bbrp hari utk serah pimpinan harian pusat dan bbrp yg hadir mesy khas smlm satu rakaman yg sgt serious ttg hasutan DHA utk PAS bersikap x adil thadap PR Slgor, dan timbulkan fitnah pd MB Slgor+PR. Kedua TG amat terkejut!
Dan seterusnya TGNA minta nak dgr sendiri apa rakaman yg enta buat di rumah DHA...Sila maklum jika enta decide x jadi beri rakaman itu utk ana maklumkan pd TGNA. Sekadar mbebaskan ana dari amanah. Jzklh.

· Tiada jawapan diterima
· Saya menghubungi Pembantu TGNA menyatakan kegagalan saya, dan saya meminta maaf pada TGNA atas janji yang saya gagal laksanakan.



perkara asas untuk direnungi;

1. Tuduhan munafiq pada saya, sangat serious! Balasan munafiq masuk neraka akhie!
2. Tuduhan TGNA tidak meminta rakaman, tetapi sayalah yg mereka-reka cerita, tanpa beliau bertanya sendiri pada saya sekali pun?
3. Janji utk datang jam 6.30pm, utk diserahkan sendiri pd TGNA, menjadikan TGNA menunggu lama sehinggalah beliau beransur terus ke Mesyuarat Khas bila Ustaz Reza MRK tidak tiba, gagal dihubungi. Apa pula hukum bermungkir janji?
4. Mengapa perlu di kongsi SMS saya pada pihak yg tidak berkaitan, Albanjari kepada Ustaz Reza MRK, yg pasti tidak mengetahui apa jua rentetan komunikasi sebelum itu.
5. Mengapa semua panggilan telefon @ SMS tidak dijawab?
6. Mengapa perlu dihukum pada dunia melalui blog@internet.


Ikhwah; kebenaran perlu saya nyatakan.

Wallahi, wabillahi, Watallahi, apa yg dilaporkan benar, dan saya sudah sebaik mungkin menyelidiki semua fakta, tarikh dan masa seperti yg disebut demi untuk Islam dan pejuangannya.


Wallahu’alam.
assayuti / 3 November 2009
Dari: http://g-82.blogspot.com/2009/11/al-kisah-rakaman-menjawab-tuduhan-blog.html

Tuesday, November 3, 2009

Umno pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari






Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.

Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.

Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.
Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.

Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.

Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah.

Linkwithin