Thursday, April 30, 2009

PAS Permatang Pauh nie pon boleh di kira 2×5 ja dengan UMNO

by admin

30 APRIL 2009
oleh anak Kedah

awat jadi lagu nie… PAS nie rasa dah kuat sangat dah kaa sampai dah lupa macamana depa boleh naik sampai ketahap tertinggi macamnie… dah laa Pemuda PAS PENANTI tengah dok ‘BONGKAK NAK PULAU’ pastu pada malam penamaan calon PKR sekoq pon PIMPINAN PAS TAK NAMPAK… pie mana habih hangpa nie… awat dah MERAK KEMBANG EKOQ SEMUA KAA… dah pijak tak rapat bumi dah kot sampai dok rasa hangpa nie semuanya HEBAT dah sampai KAWAN SENDIRI pon hangpa dah nak tendang kaih pie ketepi…

mai nak habaq kat hangpa kerana perangai PELAQ macam nie laa KEDAH masa PRU 1999 menang sampai tak mau2 tapi mai PRU 2004 habis lincin hangpa kena ratah… sampai tinggai terkulat-kulat sekoq PARLIMEN PENDANG yg dimenangai yg lain BUNGKUIH MAK ENON…

bukan apa puncanya sebab sembang dah tak pijak bumi la puncanya… kerja tak buat tapi syok dgn slogan PAS TAWAN KEDAH..tapi last pakat jadi tak ketahuan semua… tak caya cuba hangpa tanya sapa yg ada kat rumah ust Azizan di markaz Sg Limau pada malam keputusan 2004 tuuu… habih semua kelu tak terkata…tuhan kalih on the spot… habih punggah perancangan yg telah dilakukan… pastu sampai berbulan2 kena ‘kebah’ sehinggakan ceramah pon dah tak mampu nak buat sebab orang tak dak….

Kini bila menang dan dapat kebenaran memerintah dengan kuasa rakyat hangpa dah buat perangai balik… sembang sampai lupa kiri kanan… tengok kawan pon dah jadi lawan… awat hangpa jadi kelaku macam nie tak kira la yg kat kawasan ataupon kat pimpinan atas sana… awat susah sangat ka hangpa bagi kata sepakat dan nak hantaq pie sorang untuk dok dalam majlis tu…tak kira la sapa pon tapi biaq la yg ada nama… PRESIDEN ka TIMB. PRESIDEN ka NAIB PRESIDEN ka atau pon AHLI JAWATAN KUASA kat bawah tuuu… pakatan apa macam nie, rakyat hangpa suruh berpakat tapi PIMPINAN buat kelaku bagi lubang suruh lawan tembak…

masa ceramah bukan main hangpa cakap yg MUSUH KITA ADALAH BN/UMNO… tapi hangpa semua buat kelaku bagi peluang LAWAN tembak… jika macam nie punya kelaku hangpa nie semua macam sial jaa…. baik joint tablig lagi baguih…

rakyat bukan main nak kalahkan BN last PIMPINAN dok kalut kutip temucut kat kaki seluaq….apa punya turrrr la hangpa nie…

last PAS nie pon boleh di kira 2×5 ja dengan UMNO gila jawatan…..

-Dari Blog Kedah lanie

Wednesday, April 29, 2009

Mari Mencari Maree : Cara minta kahwin satu lagi....


Nukilan Manjung Mari(Bukan TBO)

Salam...
Buat pembaca yang ada kemampuan dan keinginan nak tambah cawangan boleh baca tengok... kut-kut boleh pakai jadi panduan...cara ini lebih baik dari cara yang kawan aku nak buat.. main senyap-senyap.. bini no 1 tak tau.. tak berapa sesuai macam tu...


17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Baca Cetak Anto

Tuesday, April 28, 2009

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK PERMOHONAN ZAMBRY PERCEPATKAN KES



by admin

Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini menolak permohonan Menteri Besar kudeta, Datuk Zamry Abdul Kadir untuk mempercepatkan kes dan keputusan untuk mendapat pengistiharan siapa Menteri Besar Perak sebelum sidang Dun 7 Mei ini.

Sebaliknya Mahkamah Persekutuan mengarahkan agar kes itu dirujuk dan dibicarakan kembali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keputusan ini terus menyaksikan status Menteri Besar Perak akan terus menjadi pertikaian dan perdebatan pada sidang Dun akan datang.

Bior dirasenye MB Kudeta hangat pijor...

Monday, April 27, 2009

Nik Abduh, Jangan buat kenyataan bodoh !


A.M NURUDEEN @TELOKBAKONG.COM

27.04.09


Membaca artikel Ustaz Nik Abduh bertajuk ' kerja - kerja bodoh didalam Pas ' amat memualkan .
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/

Tulisan yang penuh sangkaan buruk dan penuh dendam . Setelah keberangkatan TGNA melakukan umrah puteranya meluah amarah . Kononnya ayahanda TGNA mangsa ' penasihat - penasihat yang sesat pekerjaan disisi Tuhan .

Nik Abduh berkata ;

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!


Nik Abduh berkata lagi ;

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

OOHH..rupa - rupanya Nik Abduh menyalahkan penasihat TGNA kerana berbohong tentang maksud unity goverment .Beliau mendakwa kenyataan TGHH telah dimanipulasi oleh pihak tertentu .

Kita bertanya kepada putera TGNA ini, apakah begitu lemah MB Kelantan hingga mudah diperbodohkan oleh 'penasihat ' beliau. Apakah putera TGNA mahu menjelaskan secara berselindung bahawa ayahandanya sudah dibonekakan ?

Nik Abduh menyerang lagi ;

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.


wahh..bukan main lagi hebatnya putera TGNA ini sudah berani memberikan peluru kepada musuh . Dulu kisah erdogan,Prolib dan pelbagai lagi .Apakah niat beliau mahu melihat Pas benar - benar berpecah belah ?.

Kini muncul pula gelaran ' mi celup ' , ulama mini , kita katakan baguslah jika keturunan putera TGNA adalah agamawan semuanya .

Tetapi janganlah sampai merendahkan sumbangan orang lain ! .Buangkanlah hasad dengki .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Rentap Habis




Oleh:Wartawan TBO Msinc

Kelab veteran Kampong Telok Bakong akan mengadakan suatu temasya bolasepak pada 3 hb Mei ini.Ianya bertujuan untuk mengeratkan talian silaturahim dikalangan penduduk serta untuk menggalakan penduduk menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.Ianya juga adalah untuk menyuburkan sifat kooperatif dan keativiti.Penganjuran Temasya “Rentap Habis “ ini telah mendapat kerjasama dari ketiga tiga kampong di dalam Kg Telok Bakong.Diharapkan anak tempatan di rantauan dapat meluangkan sedikit masa untuk menyertai atau menyaksikan program yang ulung ulung kali diadakan ini.Sekiranya temasya kali ini mendapat sambutan,ianya akan diadakan lagi pada tahun tahun akan datang. Sumbangan dari anda semua amat diharapkan bagi menjayakan aktiviti ini.



Perlawanan Bolasepak 11 sebelah 3 kampong.

Tarikh : 3hb Mei 2009 Masa : 3.30ptg

Tempat : Padang Koba (Belakang Masjid Shukuriah)

Pengurus Pasukan

1. Kampong Paloh : Pendek Salak h/p 0125629591

2. Kg Telok Bakong Tengah : Lan Karim h/p 0194967014

3. Padang Marhum : Am Hassan h/p 019 4966927


Syarat syarat pertandingan.

1.Pemain mestilah penduduk didalam kawasan kampong.Tiada permain import.
2.Pemain mestilah berumur 30 tahun keatas.
3.Satu pasukan tidak lebih dari 15 orang.
4.Wang peryertaan sebanyak RM 60.00 mesti dijelaskan sehari sebelum perlawanan,bersama dengan senarai nama pemain.(jika ada pemain yang tidak dapat hadir boleh diganti dan dimaklumkan kepada urusetia).
5.Setiap pemain dimestikan membawa kain pelekat atau kain batik.(ini ganti jersi ler nak bezakan pasukan nanti salah nganto bola pulak hehehe)

Peraturan Permainan

1.Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut
2.Setiap permain diwajib memakai kain dibawah paras lutut,penjaga gol hendaklah sampai paras kain.Jika pemain menarik kain hingga keatas lutut akan dikira foul/batal.(kalau aku buang daerah hehe)
3.Setiap pemain dibenar membuat pertukaran tanpa had.Yang sudah keluar boleh masuk semula.(deme cepat pancit kome)
4.Pertandingan berlangsung 40 minit,separuh masa 20 minit
5.Undian perlawanan dan permakaian kain akan diundi pada hari perlawanan.
6.Perlawanan akan dijalanan secara liga ( satu pasukan ada dua perlawanan).
7.Kemenangan dikira dari kiraan mata : menang 2 mata, seri 1 mata.
8.Undian akan dijalankan pada 3.30 petang 3 hb Mei 2009.
Hadiah

Hadiah bergantung kepada pendapatan penyertaan dan sumbangan orang ramai.

Semua Bini - Bini pemain jangan marah kalau kain kotor atau koyak,kira halal jer kain tu..wakaka..


Msinc-TBO akan membuat liputan esklusif pada hari tersebut…tunggu…

Linkwithin