IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN
MAJLIS HI-TEA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK
Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Shah Alam, Selangor (PKPS)
Masa : 3.00 p.m. hingga 5.00 p.m
Kehadiran VIP
Dato Seri Ir Haji Mohd Nizar Jamaluddin{MB Perak Yang Asli}
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Ustaz Haji Ahmad Awang
Ustaz Misbahul Munir Masduki
Tiket berharga RM20.00
Sila hubungi :
019-6570438 (Subang/Subang Jaya)
012-2871614 (Cheras/Bandar Tun Razak)
017-6727584 (Kajang/Bandar Baru Bangi)
019-3837785 (Shah Alam/Klang)
012-2141858 (Gombak/Ampang/Hulu Klang)
013-3657491 (Shah Alam)
019-2316539 (Puchong/Putrajaya)
Saturday, February 21, 2009
Friday, February 20, 2009
TAKLIMAT ISU SEMASA PERKEMBANGAN DI PERAK

BERSAMA
1. Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang
2. Dato Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin
3. Y.B Lim Bon Chye
4. Y.B Yunus
Tarikh : 22 Februari 2009 / Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markas PAS Titi Gantong, Bota Kanan Perak.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI
Majlis Taklimat ini adalah semperna kunjungan Menteri Besar Perak yang sah ke kawasan Parlimen Parit.Acara ini sepatutnya diadakan di Dewan Orang Ramai Bota Kanan terpaksa diubah disaat akhir kepada Markas Pas Titi Gantong kerana masalah permit dari pihak berkuasa.Seruan kepada penduduk sekitar,agar dapat beramai ramai hadir untuk mendengar sendiri isu isu terkini di Perak.
Siri Terakhir Ceramah Kembalikan Kerajaan Rakyat di Kg Baru Bota Kanan Perak.
Ceramah penjelasan ini terus dijalankan di Kg Baru Bota pada 19hb Feb 2009, pada pukul 9.30 malam.Ini merupakan road tour yang terakhir yang akan diadakan.Seperti biasa Y.B Hj. Usaili Alias ialah penceramah utama dalam siri ini dan Encik Anas bertindak sebagai pengerusi majlis.Manakala Ketua Kampung Baru iaitu Encik Zakaria selaku tuan rumah.
Beliau telah membuat penjelasan tentang isu terkini iaitu pergantungan Zamri Kadir kerana setuju dilantik menjadi MB dan Exco secara tidak sah.Pergantungan dan larangan memasuki dewan kepada Zambri selama 18 bulan dan enam Adun BN selama 12 bulan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri adalah sah kerana Speaker sememangnya mempunyai kuasa yang sah di bawah Undang undang Tubuh Negeri untuk menjatuhkan hukuman kepada Adun –Adun yang telah melanggar peraturan dan memalukan Dewan Undangan Negeri.
Beliau juga turut membidas tindakan Zambri yang melantik 4 orang penasihat bertaraf exco yang dianggapnya telah melanggar peraturan dan pembaziran wang rakyat.Dianggarkan belanja yang bakal dikeluarkan untuk ketiga tiga orang penasihat adalah sebanyak RM 1 juta setahun.Penyalahguna kuasa ini telah dilaporkan oleh Adun Pantai Remis iaitu Y.B Nga Khor Meng.
Haji Usaili menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan sekali kali menderhaka kepada DYMM Duli Sultan sambil menyatakan dalam banyak kes terbukti Umno lah yang banyak menderhaka kepada Sultan.Ini boleh dibuktikan dari kes perlantikan Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak yang tidak dipersetujui oleh Al Marhum Sultan Idris.Beliau juga menyatakan bahawa semua Ahli Majlis,Pengerusi JKKK , JKKK dan Ketua Kampung boleh menjalankan tugas mereka seperti biasa kerana perlantikan mereka masih sah dari segi undang undang.
Beliau juga mengesa para pendokong Pakatan Rakyat terus bekerja gigih dalam membantu untuk Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.Beliau meminta agar rakyat bersabar dan terus berdoa dan bermunajat kapada Allah agar Pakatan Rakyat akan terus memerintah Negeri Perak demi kesejahteraan rakyat.

BN Vs PR :Menang jadi abu kalah jadi arang , Rakyat rentung !
kelulut@telokbakong.com
20.02.09
Seramai 80,000 pekerja di negara ini menghadapi pemberhentian kerja sementara sehingga hari ini, suatu peningkatan yang mendadak berbanding 45,000 yang dicatat pada akhir bulan lalu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000 kepada 19,000 untuk tempoh sama.
Beliau berkata, jumlah yang tinggi bagi pemberhentian sementara itu adalah kerana ia terdiri daripada pelbagai kategori, lapor Bernama.
Rakyat semakin tertekan disaat harga barang keperluan masih tinggi. Bencana kehilangan pekerjaan menambahkan derita.
Media massa lebih minat untuk membuat liputan kisah bogel , kisah derhaka , kisah speaker perak . Liputan berita begini yang menjadi pilihan mereka.
Rakyat sudah dikaburkan daripada kisah yang sepatutnya mereka tahu.Lebih utama media massa wajib memberi peringatan secara konsisten tentang ancaman krisis ekonomi yang melibatkan periuk nasi secara langsung.
Rakyat sewajarnya di ingat tentang tabungan , berjimat, pelaburan , perbelanjaan perubatan dan pelbagai cara menambah serta menstabilkan ekonomi keluarga.
Kini Pemuda Umno sibuk menghimpunkan pemuda kononnya untuk mempertahankan Intitusi Raja Melayu hingga ketitisan darah yang terakhir .Aduhai ! hebatnya siap dengan tayangan visual tentang kehebatan kesultanan Perak .
Kita mahu ingatkan bahawa yang memekik ' daulat tuanku ' didalam PWTC itu akan ramai dibuang kerja jika ekonomi terus meruncing .
Buat penyokong PR juga ,kita saling mengingati jangan terlalu tumpu kepada politik yang semakin hilang arah .
Kita berharap disamping berpolitik para pemimpin kedua - dua pihak wajib memikirkan secara serius dan bersama agar rakyat terpimpin kearah realiti semasa .
Umno janganlah terlalu bongkak jika diajak berbincang .ketika ini persiapan negara untuk menghadapi kemelesetan masih banyak yang dipertikaikan .
PR dan BN wajib duduk semeja demi kesejahteraan rakyat .Janganlah berpolitik sehingga rakyat yang hancur lebur .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
http://kamarulbiz.blogspot.com
Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir
CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah bermotifkan politik.
“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.
Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.
“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.
Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.
Ceramah di Kg Manjoi anjuran AMK Tambun
Tak Nampak cari kat Google Earths :)
Ceramah di Kg Manjoi anjuran AMK Tambun
Tajuk Ceramah : Isu-isu Semasa
Tarikh : 22hb Febuari 2009
Tempat : Markas Keadilan Jalan Pemimpin,Kg Manjoi
Waktu : 9.00mlm
Penceramah: Af Utz Norazli Musa - Ketua DP Pas Negeri Perak
Y.B Amiruddin Shaari - Adun Batu Caves
Sdr Faizal Affendy - Pemangku Ketua AMK Negeri
Sila hadir beramai-ramai. Maklumkan pada kawan-kawan yang lain.

Thursday, February 19, 2009
Kerajaan Haram UMNO - BN Perak adalah boneka Najib
kelulut@telokbakong.com
19.02.09
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini. ( 18.02.09 )
Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.( mkini)
Inilah akibatnya jika terlalu kemaruk mahu mendapatkan kuasa .Tidak mampu bertarung dimedan pilihanraya mereka ( BN ) memperalatkan pihak - pihak yang tertentu.Kemudian mereka melaungkan bahawa rakyat telah kembali sedar dan menyokong BN .
Dengan episod terkini barulah Umno sedar bahawa mereka sudah tersilap langkah.Ura -ura bahawa ' drama ' akan berlanjutan apabila kes DUN perak akan dibawa kemahkamah.
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.
Padah bertimpa , ada jalan mudah mahu dipersulitkan .Sudah terhantuk baru terngadah.
UMNO berjaya mengheret Istana kedalam kancah kotor politik mereka .Rancangan mereka hanya mahu melagakan pihak Pakatan Rakyat dan Istana .Harapan mereka agar rakyat mengubah pendirian .Buktinya media massa tidak henti - henti menyiarkan berita " sembah derhaka " Ir Nizar .
Sebenarnya UMNO lah bapa segala perderhaka dalam isu ini. Bayangkanlah jika keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat .Sudah pasti maruah Istana Kinta juga akan terpalit .
Umno hanya mementingkan ' temolok ' politik tanpa memikirkan kesan jangka panjang .Hanya kerana mahu membuktikan kepada ahli Umno bahawa mereka masih relevan . Kini rakyat Perak yang menjadi mangsa .
Barisan ADUN ( UMNO - BN ) termasuk ' jaguh lompat ' benar - benar sudah dijadikan boneka Najib .
Bakal Perdana Menteri yang tidak pasti .Beliau mahu membuktikan bahawa beliau mampu mengembalikan kuasa " ajaib " UMNO .
Benarlah kata - kata ini ; " sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna " .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Wednesday, February 18, 2009
Gempor Kome!!!Tak Sahih Lagi tau!!
update 8.30 pm
1 - Belum sahih - Dato' Nasa (ADUN Bota) dikhabarkan bakal meletak
jawatan malam ini..!
2 - Belum sahih - ADUN Jelapang pun nak ikut letak jawatan jugak sebab
tak dapat beli sayur dekat pasar..!
3 - Berita SAHIH.! - Setelah mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan
etang ini, Speaker Perak memutuskan supaya MB Halam Dato' Zambry Kadir
digantung 18 bulan manakala 6 ADUN BN yang dilantik sebagi EXCO
digantung 12 bulan & dilarang dari memasuki sidang DUN.
4 - Berita tak sahih - DUN Perak bakal dibubarkan sedikit masa lagi...
Oi..! get ready..!
Zamri dan Exconya di 'gantung' DUN
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.
Keputusan itu dibuat selepas Zambry dan Exco beliau tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada jam 2.30 petang tadi.
Mereka sebelum ini diberi notis oleh Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya membela diri berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10,YAB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Tuesday, February 17, 2009
Program Lawatan MB Pakatan Rakyat Dato Seri Ir Mohammad Nizar Ke Parlimen Parit
Ketika Perhimpunan Rakyat Di Jelapang
Pada 16hb Feb 2009 telah berlangsung mesyuarat di Dewan Mubarak Bota Kanan untuk merangka dan mengkoodinasikan program lawatan Menteri Besar ke kawasan Parlimen Parit.Mesyuarat tersebut dihadiri oleh YDP Pas Parit Ustaz Hasan Johar,Ketua Keadilan Parit, Y.B Usaili Alias,Ustaz Ismi,Saudara Faizal Affendi Ketua Angkatan Muda KeAdilan Parit ,Dr Najihah Ketua Muslimah ,Cikgu Razak serta berapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Razak dan Cikgu Rapai Kasimi.
Menteri Besar Perak yang sah dijangkakan akan membuat lawatan disekitar Perak Tengah pada 22hb Feb 2009 (Ahad) Aturcara program ini akan bermula pada pukul 3.00 petang dengan Majlis Minum Petang Bersama Rakyat di Dewan MDPT Parit. Majlis berkenaan adalah anjuran bersama Penyelia DUN Belanja,MTD Belanja dan DMP. Ianya akan diikuti dangan solat asar bersama rakyat di Masjid Besar Parit. Dato Seri dijadualkan akan bertemu rakyat untuk beramah tamah di Pekan Sehari Titi Gantong pada pukul 5.15 petang. Sekali lagi MB akan diraikan dengan Jamuan Minum petang dan dialog bersama rakyat yang akan diadakan bertempat di Taman Indera Barat. Majlis ini adalah diatas anjuran penduduk Taman Indera Barat.
Seterusnya Dato Seri akan menunaikan solat maghrib bersama penduduk Lambor Kanan di Masjid Lambor.Beliau juga dijangkaan akan menyampaikan tazkirah selepas solat.Program di Lambor Kanan ini adalah dibawah kelolaan Cikgu Alang Shaari.Penduduk dikawasan sekitar diseru agar dapat datang beramai ramai untuk bersolat bersama MB di Masjid berkenaan. Sesunguhnya kehadiran MB ke Kg Lambor Kanan ini sememangnya dinanti nantikan oleh rakyat yang begitu menyanjungi kepimpinan beliau.Rangka lawatan berterusan dengan solat maghrib di Masjid Jamek Bota Kanan dibawah kelolaan JKK Kg Selat.Sepanjang Program lawatan MB ini, ianya akan akan mendapat khidmat dari Angkatan Muda Pakatan Rakyat yang terdiri dari skuad Unit Amal dan AMK dalam menjaga hal ehwal keselamatan dan lalulintas.Pasukan elit dari Pakatan Rakyat ini akan bersiap sedia dan berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi memastikan program lawatan ini berjalan dengan lancar dan teratur mengikut jadual. Kepada penduduk tempatan dan luar,gunakanlah kesempatan yang baik ini untuk mengenali dengan lebih dekat lagi pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Perak ini.
Msinc- begitu teruja menerima kunjungan MB…
KTB - Sebarang kemungkinan akan terjadi,moga kunjungan MB ke Parit dan Bota Kanan menjadi realiti.
Pakatan Rakyat menuju puncak 3 Bukit ( Lanjan , Gantang ,Selambau )
kelulut@telokbakong.com
17.02.09
Nampaknya senario politik Malaysia terus mendapat perhatian .Belum pun reda ribut PRU 12 menyusul Permatang pauh , Kuala Trengganu , paling gempar kejatuhan Kerajaan PR Perak .
Sedang perhatian tertumpu ke Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang ( Pas ) meninggal dunia .Disusuli perletakan jawatan Bukit Selambau ( PKR ) sebagai ADUN .Terkini ADUN Bukit Lanjan ( PKR ) juga dijangkan akan meletakkan jawatan akibat pengedaran foto separuh bogel beliau .
Keputusan tarikh PRK Bukit Gantang , Selambau telah ditetapkan 7 April depan . Saya menjangkakan Bukit Lanjan juga akan berlansung pada tarikh yang sama .
PRK kali ini dijadikan sebagai penanda aras apakah parti bertanding diterima pengundi .Setelah berlaku kemelut politik yang melibatkan pihak Istana yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengundian .
BN khususnya UMNO mahu membuktikan bahawa mereka masih relevan. Tambahan pula mereka dikatakan telah mendapat suntikan semangat setelah menjatuh kerajaan PR perak secara Kudeta . Pihak Istana pula dinilai oleh rakyat seakan menyebelahi mereka .
PR pula bergelut dengan label derhaka yang ditampalkan oleh UMNO .Krisis demi krisis dalaman dilihat sebagai kurap yang perlu kepada rawatan segera .
Walaupun mood rakyat terhadap PR masih menebal dan mahukan kepada perubahan .Pemimpin penyokong Pakatan diingatkan jangan terlalu yakin .
Saya meramalkan bahawa 3 calon PRK kali ini terdiri daripada kalangan tiga kaum utama . Calon Cina di DUN Bukit Lanjan , Melayu di Bukit Gantang , dan India di Bukit Selambau .
Secara moralnya jika PR berjaya mempertahan kerusi terbabit maka ia adalah manifestasi bahawa 3 kaum utama telah diterima oleh rakyat . Jika berlaku sebaliknya pula , itu
sebagai amaran kepada PR .
Pemilihan calon yang tepat adalah penentu utama kejayaan .Kegelojohan dalam mencari calon akan menempatkan PR kedalam kebinasaan .
Pilihlah calon yang terbaik jangan hampakan harapan rakyat.Kami sudah rimas dengan politiking tanpa kawalan.
www.telokbakong.com
www.telobakong.blogspot.com
Monday, February 16, 2009
Dalil sahih bahawa UMNO adalah bapa penderhaka Sultan ( Ahli umno wajib baca )
sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Yang lain pun mahu memberi pendapat termasuk MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO), DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida), IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa). Semua keyataan mereka boleh dirujuk disini.
Aku cuma ingin bertanya, Siapa ? atau kumpulan mana ? atau kelompok mana ? yang membuat kan supaya Sultan atau raja boleh disaman dan dibicarakan. Tidak kira lah mahkamah khas atau bukan. Tentera pun ada mahkamah sendiri.
Pawang atau tok bomoh mana kah yang menawarkan (neutralkan) ilmu kebal yang ada pada Sultan atau raja. Kemudian ilmu kebal itu dimasukkan kebadan pawang dan ahli kumpulan pawang tersebut.
Siapa kah pahlawan yang gagah berani menanggalkan baju besi yang dipakai oleh sultan dan kemudian memakai nya?. Dari kumpulan dan kelompok mana kah pahlawan itu ?
Untuk mendapat jawapan, sila baca hujah yang dikupas oleh Mohamed Hanipa Maidin (Peguam)
Dibawah ini disertakan Teks ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat semasa PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993 pada 8/3/1993 yang dirasakan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan.
Nota:
a. Cuba perhatikan, item no.4. Bukan kah ianya lebih kepada ugutan dan paksaan. YDP Agong setuju atau tidak, undang-undang tersebut tetap jadi sah selepas 30 hari.
b. Item no.14 menyatakan Raja-Raja bijak kerana bersetuju dengan pindaan Perlembagaan dengan pengubahsuaian ini. Rujuk semula item no.4.
Teks ucapan:
Tuan Yang di-Pertua, Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immunity Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang- undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Raja atau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya. Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua- kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang- undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan. Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan oleh Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang. Sebaliknya jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang- undang biasa.
2. Setelah dibahas, Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut prosedur, Rang Undang-undang ini telah dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:
* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau
* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.
4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari.
5. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap Rang Undang-Undang berkenaan adalah hasil daripada beberapa perbincangan di antara pihak Kerajaan dengan pihak Raja-Raja. Pengubahsuaian ini disyorkan demi memperkemaskan undang- undang berkenaan dan menjaga kehormatan Raja-Raja.
6. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) l993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan Raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara. Perbezaannya ialah Raja-Raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja. Peruntukan asal dalam Perlembagaan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.
7. Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baru ditambah kepada Rang Undang-Undang berkenaan. Perkara yang pertama ialah mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau kedudukan Raja sekiranya Baginda atau Raja menghadapi tindakan undang-undang. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang. Begitu juga dengan Raja- Raja Negeri. Sekiranya Raja menghadapi tindakan undang- undang, Raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi Baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika Baginda diampun. Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan fungsi-fungsi Raja, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi Raja negeri berkenaan. Bagi membolehkan fungsi-fungsi Raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Penyesuaian ini, saya percaya, disyorkan oleh Raja-Raja kerana tentulah aneh dan tidak dapat diterima oleh masyarakat dan juga oleh Raja- Raja jika seorang Raja yang dihadapkan ke Mahkamah Khas ini terus menjalankan tugasnya sebagai Raja atau ianya masih terus menjadi Raja setelah dihukum oleh mahkamah dan menjalani hukuman.
8. Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Maka selaras dengan pindaan-pindaan yang diperbuat kepada Jadual Kelapan itu Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing supaya Perlembagaan Negeri juga selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
9. Adalah diharapkan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menghormati keputusan Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan dengan membuat pindaan tersebut.
10. Sekiranya Perlembagaan Negeri tidak juga dipinda supaya peruntukan Perlembagaan Negeri sejajar dengan pindaan yang dibuat kepada Jadual Kelapan itu, maka mengikut kuasa yang diberi di bawah Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, satu undang-undang boleh dibuat di peringkat Persekutuan untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan itu dapat juga dikuatkuasakan di dalam negeri-negeri. Dengan demikian kita berharap pindaan-pindaan yang dimaksudkan itu akan dilaksanakan oleh semua Kerajaan Negeri.
11. Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-Raja tidak boleh diambil tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini adalah bagi menjamin Raja-Raja tidak diheret ke mahkamah oleh pihak-pihak yang hendak memalukan Raja-Raja atas sebab-sebab yang tidak berasas.
Tuan Yang di-Pertua,
12. Kerajaan menyokong Rang Undang-Undang pindaan yang disyorkan dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja ini kerana ianya selaras dengan pindaan asal. Pindaan ini adalah untuk kebaikan rakyat, Raja-Raja dan Kerajaan. Ianya memberi keadilan kepada semua pihak dan sesuai dengan pentadbiran negara masakini serta selaras dengan pemikiran di zaman ini berkenaan dengan Sistem Beraja.
13. Persetujuan Raja-Raja kepada pindaan Rang Undang-Undang ini adalah baik untuk masa depan Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen negara ini.
14. Kerajaan menyanjung tinggi kebijaksanaan Raja-Raja kerana bersetuju dengan pindaan Perlembagaan dengan pengubahsuaian ini.
15. Dengan lulusnya pindaan kepada Rang Undang-Undang ini kelak oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita yakin semua pihak akan dapat menumpukan perhatian dan usaha-usaha ke arah pembangunan dan kemajuan negara tanpa gangguan lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
16. Perbincangan berkenaan pindaan kepada Perlembagaan untuk memberi perlindungan undang-undang kepada rakyat daripada sebarang tekanan atau penganiayaan oleh Raja telah mengambil masa yang agak panjang. Kadang-kadang kita dengar kritikan bahawa serangan terhadap Raja, tingkah-laku dan cara hidup mereka adalah keterlaluan.
17. Sayugia diingatkan bahawa sehingga tahun 1990 tidak ada sesiapa yang mengkritik atau menegur Raja secara terbuka.Ini mungkin kerana adat resam orang Melayu atau kerana takut melanggar Akta Hasutan.
18. Tetapi selepas Pilihanraya Umum 1990 perasaan marah kepada Raja Kelantan telah meluap kerana Baginda telah secara aktif dan terbuka berkempen bagi pihak parti bapa saudaranya. Rakyat tidak dapat menerima bukan sahaja perbuatan membelakangkan larangan berpolitik oleh Raja, tetapi juga percubaan untuk menaikkan keluarga sendiri ke jawatan tinggi -- satu jenis nepotisma yang amat berbau feudal dan anti demokrasi.
19. Semenjak itu rakyat mula mengkritik Raja secara terbuka. Mereka tidak berasa segan-silu lagi. Apa yang telah dilakukan oleh Raja Kelantan ialah membuka, dengan izin Tuan Yang di-Pertua `a can of worms`. Malangnya bau busuk yang keluar terlekat juga kepada Raja-Raja lain. Bak kata pepatah Melayu kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit juga.
20. Kerana Raja Kelantan, adat resam dan ketakutan rakyat kepada undang-undang telah hilang. Maka apabila berlaku peristiwa Gomez, rakyat membuat teguran dan kritikan terhadap Raja-Raja dengan begitu lantang. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang percaya kepada kedaulatan undang- undang tidak dapat berdiam diri. Untuk memberi perlindungan kepada rakyat maka pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan seperti dalam Akta yang dibahaskan oleh Dewan ini pada 18 dan 19 Januari 1993.
Tuan Yang di-Pertua,
21. Sepatutnya Raja Kelantan sedar dan insaf akan hasil dan kesan penglibatannya dalam politik parti keluarganya.Tetapi nampaknya Raja Kelantan tidak sedar dan tidak insaf.
22. Dalam usahanya untuk menolak pindaan yang telah dipersetujui oleh Raja-Raja, Raja Kelantan telah antara lain mendakwa bahawa persidangan Dewan yang mulia ini semasa membahaskan Pindaan Perlembagaan pada 18 Januari 1993 adalah tidak sah. Raja Kelantan mendakwa pula bahawa persidangan ini pun tidak sah.
Tuan Yang di-Pertua,
23. Saya khuatir Raja Kelantan mungkin telah sekali lagi membuka, dengan izin, satu lagi `can of worms`. Apabila dakwaan dibuat oleh satu pihak terhadap pihak yang lain, pihak yang lain juga boleh melempar dakwaan yang sama.
24. Jika Dewan Yang Mulia ini didakwa tidak sah oleh Raja Kelantan, Dewan ini juga boleh mendakwa, dengan sebab-sebab yang berasas, bahawa mungkin perlantikan dan penabalan Raja Kelantan sekarang sebagai Sultan Negeri Kelantan tidak sah. Mungkin ada orang lain yang lebih berhak.
25. Jika dakwaan-dakwaan seperti ini mula dibuat, mungkin ia akan merebak dan berpanjangan dan lumpur akan terpalit pula kepada tubuh badan orang lain.
26. Kita tidak ada niat jahat terhadap Raja Kelantan.Tetapi gerak-geri Raja Kelantan dalam isu pindaan Perlembagaan ini amatlah tidak menyenangkan. Bukan sahaja Kerajaan Pusat tidak dihormati, tetapi Raja-Raja lain juga tidak dihormati.
27. Jika setelah bermesyuarat secara teratur, Majlis Raja- Raja tidak memegang kepada keputusan yang dibuat, siapakah yang akan menghormati mesyuarat Majlis Raja-Raja, atau Majlis itu atau Raja-Raja? Saya tidak ingin meramalkan kesan yang akan menyusuli kehilangan kepercayaan dan kehormatan kepada Majlis Raja-Raja dan institusi Raja kerana perbuatan Raja Kelantan.
Tuan Yang Di-Pertua,
28. Saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa Raja tidak pernah mengatasi undang-undang. Negara kita dibentuk mengikut satu Perlembagaan yang bertulis. Kita semua memegang jawatan masing-masing mengikut peruntukan ini, termasuklah Raja-Raja. Perlembagaan atau undang-undang tubuh atau undang-undang asas negara adalah undang-undang yang menentukan adanya Raja, adanya Yang di-Pertuan Agong, adanya Majlis Raja-Raja, adanya Jemaah Menteri dan sebagainya. Institusi-institusi ini dari awal lagi tidak wujud dengan sendirinya tetapi adalah hasil perjanjian di antara rakyat dengan pihak yang dipertuankan, hasil daripada satu kontrak sosial yang contohnya ialah perjanjian di antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba Trimurti Tribuana.
29. Apabila kita menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Raja-Raja telah secara rasmi menandatangani perjanjian Federation of Malaya dan menerima undang-undang asas, iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menentukan kedudukan, tempat dan peranan masing-masing.Penerimaan undang-undang ini bermakna semua pihak meletakkan diri mereka di bawah undang-undang. Soal Raja-Raja mengatasi undang-undang tidak wujud dan tidak pernah ada.
30. Hanya yang ada ialah Raja-Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah-mahkamah yang pada ketika itu diwujudkan oleh Perlembagaan. Tidak boleh dihadapkan ke mahkamah tidak bermakna dikecualikan daripada peruntukan undang-undang negara ini. Bahkan tidak boleh dihadapkan ke mahkamah juga merupakan satu undang-undang, dan di bawah undang-undang inilah maka Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah. Jika ini dianggap satu keistimewaan Raja-Raja, maka keistimewaan ini masih kekal dengan pindaan yang disyorkan oleh Majlis Raja-Raja.
31. Sekarang ini diperuntukkan satu badan khas untuk membicarakan Raja-Raja yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara. Mahkamah Khas yang ditubuhkan ini bukan untuk rakyat tetapi untuk Raja. Ini tidak melucutkan keistimewaan Raja daripada segi tidak boleh didakwa di mahkamah biasa, tetapi menambah keistimewaan itu dengan mewujudkan satu mahkamah yang khas bagi Raja.
32. Bagi rakyat, yang penting ialah mereka mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan yang dilakukan oleh Raja. Bagi Raja, keistimewaan mereka dikekalkan. Bagi negara, konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mendapat makna yang lebih tepat dan jelas.
Tuan Yang di-Pertua
33. Ada pihak yang cuba menggambarkan persetujuan Raja-Raja ini sebagai hasil daripada tekanan ala-Mac Michael. Pihak ini berasa kecewa kerana segala usaha dan nasihat mereka yang tidak baik tidak berhasil. Mereka ingin menggunakan isu ini sebagai isu politik. Mereka tidak sama sekali memikirkan tentang kepentingan rakyat yang perlu dilindungi daripada tindakan-tindakan yang salah oleh Raja. Saya yakin mereka akan menyebarkan dakwaan mereka kononnya Kerajaan ini bertindak seperti Mac Michael dengan membuat tekanan ke atas Raja sehingga mereka bersetuju. Kita berpendapat bahawa persetujuan ini adalah suatu kebaikan. Sama ada ia diperlukan oleh undang-undang ataupun tidak, terpulanglah kepada mahkamah untuk menentukannya.
34. Saya harap mereka ini yang kecewa dalam politik, yang tidak ada tempat dalam politik negara akan berhenti daripada usaha yang tidak berfaedah ini dan sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan untuk membangunkan negara ini. Kalau sudah tidak laku, saya rasa tidak usahlah kita menjual lagi diri kita. Mereka ini takut hendak berhadapan dengan Parlimen apabila melihat mereka akan kalah. Sebab itu mereka tidak hadir pada kali ini. Dulu mereka hadir, tetapi kemudian telah keluar daripada Dewan. Tindakan mereka adalah cara orang pengecut, yang tahu akan kalah. Kita sepatutnya berani menghadapi lawan, dan kalau kalah, menerimanya. Dalam politik, kita tidak selalu boleh menang. Kalau semua orang selalu menang, tentulah susah. Dalam politik, bagaimana kita hendak membentuk Kerajaan jika kalau yang kalah pun menang, dan yang menang, menang?
35. Jadi saya harap mereka yang ingin terus dalam politik menerima hakikat bahawa kadangkala kita menang dan kadangkala kita kalah. Ini, bila menang, terima keputusan tetapi bila kalah enggan terima keputusan. Inilah yang menjadi masalah kepada kita.
36. Oleh kerana sebab-sebab ini saya menyokong pindaan yang disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja kepada Akta meminda Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 19 Januari 1993.
Sumber Teks: http://www.pmo.gov.my/ucapan
http://ahmadtarmizi.blogspot.com/

Tuanku Mizan: Jangan wujudkan undang-undang canggah Perlembagaan

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
[DIKEMAS KINI, 11.50 PAGI] KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan. Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.
"Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara.
"Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.
Tuanku Mizan turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.
"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan," titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.
Baginda mengingatkan anggota Dewan supaya menunjukkan perilaku terpuji di Parlimen.
Justeru, baginda mengingatkan rasa sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan wakil rakyat pada sesi lalu yang memberi imej negatif kepada ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
KTB:Sape yang merentah 51 Tahun tu Kome???

Sunday, February 15, 2009
Sivaji The Boss
Undang2 tubuh Negeri Perak tiada peruntukan menukar/memecat SPEAKER DEWAN NEGERI dan BN terbelenggu dengan V.Sivakumar dari DAP.
Dlm sidang media di Ipoh,Sivakumar mengesahkan dia kekal sebagai SPEAKER DEWAN Undangan Negeri Perak.
Menurut Speaker Selangor Teng Chang Khim,wakil rakyat Tronoh (Sivakumar)juga tidak boleh di buang melalui undi tidak percaya.Katanya lagi.kedua2 perlembagaan negara dan negeri Selangur menyatakan Speaker mesti mengosongkan jawatan SEKIRANYA bila2 masa DEWAN dibubarkan.
Teng ,seorg peguam juga mengatakan bahawa Sivakumar boleh mengosongkan jawatannya bila dia tidak lagi menjadi wakil rakyat atau dia TIDAK BERKELAYAKAN atau letak jawatan dengan kerelaan diri.
Oleh itu krisis ini akan berpanjangan,Sivakumar berhak menghalang 3 katak dari memasuki Dewan lantas mengurangkan majoriti BN dalam dewan.
Sekiranya 3 katak ini membawa kes kemahkamah dan menang,yakni mereka masih sah ADUN, TETAPI SIVAKUMAR masih tetap SPEAKER.
Mengenepikan 3 katak ini menyebab kan BN28 dan PR27+1 (speaker)Katakan jika Sivakumar meletak jawatan speaker,Dewan akan di anggap TERGANTUNG kerana PELEMBAGAAN PERAK tidak membenarkan DEWAN bersidang melainkan melantik Speaker baru. Dengan tiada majoriti jelas,MB (haram) zamri tiada pilihan lain melainkan meminta dibubarkan DEWAN dan meminta perkenan SULTAN untuk pilihanraya.(yahooo suka)
Menurut Teng, sentimen meluat pada BN sangat tinggi ,jadi BN akan seboleh2nya mengelak PILIHANRAYA dan mengekalkan SIVAKUMAR sebagai Speaker.
Speaker mempunyai kuasa sangat tinggi dan akan menyukarkan pihak BN.Keputusan Speaker dalam "STANDING ORDER" tidak boleh di cabar melainkan satu usul. Satu proses yang sangat sukar dan panjang.
Sememangnya Teng sangat arif dlm hal ini.Pada 25 April 2005 dia telah digantung dari DUN sebab bertelagah dengan speaker.Dalam keadaan mencabar Speaker Selangur Onn Ismail,Teng melempar salinan STANDING ORDER kedalam tong sampah apabila speaker menolak USUL tidak percaya pada KHIR TOYO.
Akibatnya Teng di gantung 30 bulan. http://mt.m2day.org/2008/content/view/18105/84/
Situasi Yang Semakin Menarik Untuk Kita Renungkan!
tuanku dh pesan kat ir nizar...
Allah bersama orang yg sabar...
ada makna tuuuuu...
tuanku hulur dulu ka be end...
biar rakyat nampak kebobrokan be end...
pasni direntap semuanya...
PRU 13 hancur be end seluruh msia...
bijak...
bijak...
bijak...
Sivakumar memang sasaran awal bn untuk dibeli dengan nilai puluhan juta ringgit. Setelah gagal, barulah bn beralih kepada Timbalan Speaker si tempang Hee. PR kena jaga Sivakumar.. jangan tiba-tiba hilang macam kes Balasundram. Najib memang ada skuad culik elit. Altantuya hilang, Bala hilang dan tiga adun siul pun hilang. Jika Sivakumar hilang.. kuasanya turun kepada Hee.. yang tengah mabuk dengan habuan RM50 juta.

Subscribe to:
Posts (Atom)