Friday, March 9, 2012

Kajian kes untuk Hassan JATI

Dicadangkan tiga isu di bawah ini menjadi kajian kes untuk beliau kerana dalam suatu ceramah nya dia mengatakan "saya yakin DSAI adalah peliwat berdasarkan dapatan melalui bukti dalam blog, twitter, facebook dan sebagainya". Dengar khabarnya teras perjuangan nya ialah islam, melayu dan Raja.








Thursday, March 8, 2012

Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Telok Bakong.

Kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim sesungguhnya telah memberi suatu impak yang besar kepada perjuangan Pakatan Rakyat di Perak Tengah. Ianya adalah pemangkin berbisa yang memberi tamparan kepada kedudukan Barisan Nasional. Kira kira 3000 orang penyokong telah berpusu- pusu memenuhi perkarangan Pekan Telok Bakong untuk mendengar sendiri pesanan dan amanat dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat tersebut.Didalam kesesakan ini, juga turut hadir ialah ahli ahli Umno yang juga turut bersimpati kepada DSAI dan muak dengan taktik Umno untuk memenangi hati rakyat. Mereka mereka ini hanya menunggu masa dan ketika untuk berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.


Dalam ucapannya yang dijalankan dengan gaya bebas, DSAI menyelar media massa yang tidak putus putus memfitnah beliau dengan pelbagai kaedah.Isu terkini yang dimainkan oleh media massa yang menuduh DSAI pro zionis adalah merupakan langkah terdesak Umno untuk memburukkan imej beliau dimata rakyat.Beliau menasihatkan Umno agar memeriksa perlakuan pemimpin nya sendiri terutama mantan Presiden nya sendiri yang berjumpa dan menulis surat kepada pemimpin Israel.Bagaimanakah hubungan dagang antara Malaysia dan Israel boleh berlaku.Diberitakan Malaysia adalah rakan dagang ke 15 terbesar Israel.Antara komoditi yang terlibat adalah minyak sawit.


Beliau menyeru kepada kaum muda supaya sedia berkorban untuk membela kebenaran demi menjamin keadilan untuk rakyat.Beliau meminta pemuda dan pemudi untuk mencontohi perjuangan yang dilakukan oleh pemuda al-kahfi yang berjuang menentang kerajaan yang zalim sehingga memaksa mereka bersembunyi didalam gua bersama seekor anjing.

Beliau juga meminta rakyat membuat pilihan yang betul semasa PRU 13 kerana ianya adalah masa yang sesuai untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan kerajaan yang korap dan kronisma.Dasar Gaji minima yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat tidak akan mengbangkapkan Negara seperti mana yang diwarwarkan oleh Dr Mahathir, tetapi sebaliknya penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan kroni yang akan memalapkan ekonomi Negara.Ini boleh dilihat dengan penglibatan anaknya dalam Kenchana Petroleum dan pembelian syarikat arak San Miguel.






Penganjuran upacara seperti ini sebenarnya memainkan peranan dalam pengukuhan Pakatan Rakyat di Telok Bakong.Para ahli dari kedua dua parti PKR dan PAS telah bersungguh sungguh mengembeleng tenaga untuk menjayakan nya.Sebenarnya untuk menganjurkan suatu majlis besar seperti ini adalah sukar untuk dilakukan terutama dari segi penyediaan tapak.Pakatan Rakyat tidak dibenar untuk mengunakan stadium,dewan dan lain lain kemudahan memaksa ianya diadakan di lokasi yang sempit.Dataran yang besebelahan Masjid tidak dapat digunakan kerana ianya telah dijual kepada UMNO cawangan Telok Bakong untuk mereka mendirikan Bilik Gerakan Umno 1Malaysia. Maka terpaksalah pihak Pakatan membersihkan kawasan Pekan lama sebagai tapak untuk ruang perniagaan.


Dari segi keselamatan,ianya amat dititikberatkan,ini adalah kerana diakhir akhir ini banyak kejadian samseng dimajlis yang dihadiri oleh DSAI. Disamping pengawal keselamatan peribadi DSAI,pihak penganjur juga mengambil langkah langkah keselamatan sendiri dengan menyediakan pasukan keselamatan khas untuk membendung sebarang  provokasi dari pihak lawan yang nampaknya sudah begitu terdesak dewasa ini. Namun sekiranya ada samseng samseng yang cuba menganggu majlis ini, penduduk Telok Bakong akan mengambil tindakan keatas samseng tersebut kerana penduduk beranggapan DSAI adalah khazanah Negara yang mesti dipertahankan sebaik baiknya.


Diharapkan pihak Pakatan Rakyat akan berterusan menganjurkan majlis majlis seperti ini dimasa akan datang dengan lebih konsisten. Aktiviti-aktiviti mestilah dipelbagaikan untuk menarik semua golongan.Sewajarnya golongan muda digerakkan semaksimum yang mungkin kerana mereka ini aktif dan berkemampuan untuk mempengaruhi golongan tua yang selama ini merupakan faktor penghalang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di sini.Kepada mereka mereka yang masih berpayong kepada UMNO,disini pihak Telok Bakong Online menyeru kepada kesemua mereka untuk melakukan penghijrahan daripada yang bathil kepada jalan kebenaran dengan menyertai Parti dibawah Pakatan Rakyat.Sedarlah bahawa hayat Umno… kin lama kin nazak..kin lama kin nazak..

Linkwithin