Friday, August 29, 2008

Masuk PKR,PAS atau Reformis Bebas ,Mana Jalan Perjuangan Terbaik?

Dari tajuk diatas sudah pasti ada pendapat yang pro dan kontra yang akan mempertahankan pendapat masing-masing.Walaupun matlamat asal tetap sama namun berbeza kaedah dan cara.Politik kepartian dari suatu sudut adalah baik untuk kearah sistem yang lebih cekap sesuatu organisasi.Maka berpusu-pusulah pemimpin parti menlancarkan kempen baru menambah keahlian partinya.Impian mengunung kerana adatnya semakin ramai ahli bertambahlah kuat parti anutannya.Kemuncak kegemilangan sesebuah parti adalah apabila ia menguasai tahta negara.

KUASA berada di genggaman.Inilah episod yang jikalau tiada ditangani secara berilmu akan menghancurkan parti tersebut.Di awal penubuhan semua ikhlas berjuang demi membela rakyat kerana rata-rata dimasa itu adalah 'rakyat'.Bila rakyat sudah menjadi 'pemimpin' maka jikalau kurang imannya maka ia akan melebihkan 'pemimpim' dari perjuangan asalnya 'rakyat'.Ini adalah fakta dari jutaan sejarah yang kita baca,bagaimana runtuhnya tamadun yang gagah akibat kebobrokkan KUASA oleh 'pemimpin' yang merasakan diri mereka layak memimpin.Mungkin diawal ia seorang pemimpin yang bagus tapi penghujungnya sudah penuh dengan najis.

Senario ini jelas di lihat dalam UMNO,namun tidak mustahil ia meresap masuk ke dalam Pakatan Rakyat.Budaya berebut berebut jawatan di dalam parti tidak harus dibudayakan di dalam Pakatan Rakyat.Jangan kita ulangi kesilapan yang sama.Adakah kerana jawatan kita dalam parti itu untuk satu dimegahkan,memberi makna kitalah yang lebih berjuang dari yang lain.Wajar di hormati sehingga menimbulkan riak dihati sendiri.Penulis bukan anti kepartian tetapi jikalau ingin masuk parti pastikan niat ikhlas dan berjuang tanpa memikirkan jawatan apa aku boleh dapat,projek mana leh aku sebat.

Ada golongan yang suka berparti ada yang suka bebas.Bagi golongan yang suka bebas dia jenis tidak suka kongkongan sistem parti politik.Apa dia nak buat dia buat,tak perlu mesyuarat,program sana sini dan kemungkinan juga disebabkan terikat dengan jadual kerja yang padat membataskan ia memasuki mana-mana parti.Kebanyakkan golongan ini mempunyai latarbelakang kerja yang profesional dan sederhana.Mereka suka berjuang tanpa memikirkan masalah politik di dalam parti seperti budaya cantas mencantas untuk naik keatas.Jangan terkejut kerana kadang-kadang golongan ini lebih memberi kesan dalam perjuangan parti dari pada kepimpinan utama parti itu sendiri.

Ini adalah gambaran untuk kita kongsi bersama bahawasanya 2 golongan diatas seharusnya berkerjasama demi perjuangan yang masih panjang dan saling menghormati antara satu sama lain.Masing-masing mempunyai peranan dan lebihan tertentu.PKR ,PAS dan DAP hanya parti politik.Undian kuasa rakyat bukan tertakluk hanya kepada keahlian parti politik sahaja.Jadi di sini buat semua pemimpin Pakatan Rakyat terutama yang muda-muda yang baru nak merangkak janganlah berasa takbur,riak bongkak kerana anda sedang di perhatikan oleh rakyat.Jangan sesekali mencanangkan diri sendiri untuk jawatan tertentu.Budaya ini sudah mula timbul terutama di dalam PKR.

Akhirkata ini sekadar renungan kita bersama.Penulis dan Geng TBO suka bergerak dengan cara kami kerana bebas lepas,tak payah nak bertanding jawatan,lu free lu pergi reformasi,lu mau calon pilihanraya lu punya pasal.Takat ahli parlimen kami tak heran apatah lagi peringkat bahagian.Bukan tahap kami nak berebut jawatan sebegitu....yang Telok Bakong Online gilakan sangat adalah jawatan Perdana Menteri Untuk DSAI!!.Inilah perjuangan orang codek-codek jer pasal perjuangan mencari kepuasan diri untuk kepentingan ramai bukan diri sendiri.Hail yeah!!!Semua bloggers kebanyakkannya adalah dr kalangan bukan partisan.Kalau ada pun tak banyakkan sangat,pemikiran dan luahan pendapat tidak terikat.FTG - Freedom That Gone.

Ate mana yang terbaik pilihannya PKR ke PAS ke Atau Reformis Bebas ke...jawapannya tanya diri anda sendiri yang mana anda selesa..pasal ngundinya sama jer...Pakatan Rakyat hehehe...

'Reformasikanlah diri anda sebelum anda gatai2 ngajak orang reformasi'
(untuk orang PKR dan PAS yang berlagak deme yang lebih 'true' pakatan rakyatnya,ingat bukan semua hehehe)

Wednesday, August 27, 2008

Dah Ku Katakan Pakatan Rakyat Menang




Walaupun baru sampai dari Permatang Pauh semangat masih membara mengenangkan saat manis menyambut kemenangan rakayat tadi.Penulis terpaksa menaiki montosikal untuk mengelakkan kesesakan oleh penunggang profesional oleh En. Wahab dan Msinc menaiki motosikal En.Mahathir(bukan chedet).Terima kasih bersusah payah membantu kami.

Setiba disana kami terkejut kerana tiada penyokong BN kelihatan.Maka kami menelefon saudara Boldlend agar membawa keretanya dan syukur walaupun terpaksa parking agak jauh namun dapat juga menjejak kaki ke malam bersejarah buat rakyat Malaysia.Setelah FRU melihat semakin padat penyokong Pakatan Rakyat maka diatas budi bicara mereka membenarkan pemyokong PR memasuki ruang penghalang diantara penyokong PR dan BN kerana penyokong BN tiada seorang pun.Mungkin pengundi hantu jer..pasal tak nampak hehehe.

Telok Bakong Online mengucapkan jutaan tahniah kepada semua bloggers dan penyokong Pakatan Rakyat kerana tanpa mengira masa dan wang yang dikorbankan kita berjaya jua akhirnya.Kecewa kerana penyokong BN tiada untuk di boo.Penyokong BN sibuk memecahkan tingkap di Bangunan Umno menuntut bayaran upah kempen tidak dibayar.Padan muka hangpa tak codek-codek.Bayaran poster pun tak bayar,kali ni meraunglah tukang cetak poster BN lagi.

Buat rakyat Permatang Pauh anda memang codek.Rakyat Permatang Pauh memang mesra dan sebagai balasan orang tempat anda adalah Perdana Menteri ke 6,apa kome nak lagi.Mana suara sumbang yang yakin sangat UMNO menang di Permatang Pauh,keyakinan yang berasaskan liputan TV3 Suku dan Utusan Meloya.Nah..terbukti orang UMNO di tipu hidup-hidup untuk kali ke 2 setelah PRU 12.Majoriti besar,sebesar pembohongan media UMNO.Fikirkanlah takkan mahu di tenggingkan untuk kali ke 3.Mari bersama Pakatan Rakyat!! MP BN apa tunggu lagi...tak reti-reti lagi ker...rakyat dah bagi signal besar.Mari kita ke Putrajaya segera!!!!!!!!

KEMENANGAN RAKYAT...KECEWA TERAMAT UNTUK UMNO KEPARAT
KERJA DAH BUAT...UPAH TAK DAPAT ITULAH KULI HAPRAK..JADILAH DAPAT PENAT..
BANGANG DULU KINI DAN SELAMANYA BERTINGKAT-TINGKAT

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT...IKHLAS BERJUANG MEMBAWA BERKAT
DUIT TAK DAPAT...TAPI DAPAT PM TERHEBAT..PENAT NIKMAT..HEHEHE


BARU PUEH HATI AYE NENGOK UMNO KALAH,KALAH TERUK PULAK TU,LAMPANYE TU...SUNGGUH BESOR KEMALUAN ORANG UMNO HARI INI!!!INILAH UPAH KEME PENYOKONG PAKATAN RAKYAT TIADA TERNILAI DGN WANG RINGGIT.

Tuesday, August 26, 2008

Terkini Permatang Pauh



Kami TBO telah meronda sekeliling pusat pengundian Parlimen Permatang Pauh untuk melihat perkembangan terkini.Keseluruhan pusat pengundian dikuasai oleh penyokong Pakatan Rakyat.Semangat begitu ketara tanpa megira bangsa menyokong DSAI.

Najib telah di cemuh oleh penyokong PR dan telah dibaling botol akibat kemarahan penduduk tempatan akibat siri kempen beliau yang berbau perkauman.Terdapat 3 buah kereta pengundi hantu dari Johor telah berjaya ditahan oleh petugas Keadilan yang berkerja keras memastikan semua berjalan lancar.Sehingga kini peratusan yang keluar mengundi sudah mencapai 60%,cuaca agak mendung setelah hujan seketika di waktu tengahari.

Pengiraan undi akan di adakan di Maktab Perguruan Tunku Bainun.Dari maklumat yang diterima pihak polis akan menutup jalan masuk ke Maktab Perguruan Tunku Bainun.Oleh itu perlu bertolak awal semua penyokong PR.Petugas Keadilan harus diucapkan tahniah atas kerja keras mereka

Monday, August 25, 2008

Anwar Menang Di PRK Permatang Pauh!!!

Tahniah kepada DSAI kerana telah mengubah landskap politik negara dan mengotakan janji memerdekakan Malaysia dari cengkaman BN.Kemenangan ini kita sambut dengan mengibarkan bendera Malaysia dan bendera komponen Pakatan Rakyat.Maka ahli Parlimen BN segera meneruskan Agenda Ekonomi Malaysia dalam menjayakan harapan baru.Kotakan pula janji anda pada DSAI!!!.

Penulis dengan penuh keyakinan ERA BARU MASYARAKAT MADANI bermula sudah.Rasa terhutang budi teramat sangat kepada EZAM dan NALLA KURAPAN kerana malam kempen terakhir banyak membantu di TV3 SUKU.Inilah yang rakyat Malaysia nanti-nantikan dari jentera BN.Inilah yang berlaku di PRU ke 12 dan kesannya Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri.Melayu mudah lupa,tidak pernah mengambil iktibar musibah yang telah diturunkan oleh Tuhan untuk bermuhasabah diri.

Rakyat jelata telah jelak dengan propanganda media yang keterlaluan.Di ceruk - ceruk pendalaman yang di sajikan berita ini tanpa sumber maklumat dari internet sering tertanya-tanya,mana ucapan balas Anwar,takkan kene hentam jer.Kenapa tak bagi ruang.Akhirnya ketika debat minyak mereka sedar siapa Anwar Ibrahim,berbeza betul manusia ini seperti digambarkan media pro BN.Muncul pula Lim Guan Eng dalam rancangan yang sama,inikah pemimpin Pakatan Rakyat.Wow jauh berilmiah dan sopan.Jangkaan DSAI tentang 'breakpoint' harga minyak dan kadar inflasi tepat.

Orang di luar Permatang Pauh (bukan pengundi)seluruh negara membara inginkan Pilihanraya Umum ke 13,ingin mengajar BN ke liang lahad.Seorang ahli Umno berkata kepada penulis BN banyak buat silap di Permatang Pauh.Apa perlu Najib Bersumpah ujarnya.Beliau telah pergi ke Permatang Pauh meninjau sendiri suasana untuk memastikan laporan Utusan Meloya dan TV3 Suku betul selama ini.Pulang jer dari sana(bukan kempen sekadar lalu sebentar) beliau hanya berkata'betul kata encik,BN kalah,sah!! ujarnya lagi.Itu adalah pandangan orang UMNO yang penyokong setia DSAI.Undi dia tetap untuk Keadilan dan Pas dari dulu lagi.Peringkat akar umbi pun dapat berfikiran waras,moga MP BN dapat merenung kepada nasib bangsa dan rakyat marhaen yang memerlukan pembelaan.Harta didunia kemanalah sangat.Apa benda yang paling kita suka di dunia akhirnya akan jemu jua bertamu di hati sanubari kita.Ini adalah realiti alam maya ini.

Jasad terpisah dengan nyawa,yang tinggal hanya nama dan amalan kita.Ajal memang ditangan Esa,Dia penentu segala semua kehendaknya.Renungkanlah..siapa kita,sudah bersediakah kita untuk disana kelak.Perlukah kita terus menyokong kemungkaran tajaan BN.Undian adalah ibadat,memilih pemimpin yang berakhlak adalah dituntut.Reformasikanlah diri anda ke arah yang lebih baik.Merdekakan jiwa anda.Merdekakan diri anda dari menjadi HAMBA ABDI DUIT,HARTA dan KUASA.

Sengaja di posting awal dari tarikh pengundian,bukan takbur tapi inilah keyakinan dan semangat akan kemenangan DSAI,kemenangan rakyat!!Bukan emosi tapi sejarah PRU 12 telah megajar kita kebatilan akan disanggah kebenaran.Kita sebenarnya sedang melihat lakonan semula juak-juak Umno dan mereka akan tersungkur akhirnya...Percayalah kata-kataku ini...ikhlas dari lubuk hati...Dengan ini kami di Telok Bakong Online mengucapkan tahniah kepada semua pengundi Permatang Pauh yang telah berjaya memerdekakan rakyat malaysia.Teruskan Perjuanganmu ANWAR!!BAPAK REFORMASI MASYARAKAT MADANI.

Nak tido,subuh kang nak ke Permatang Pauh...salam..

Linkwithin