Monday, September 7, 2009

Isu Kepala Lembu...Senjata Yang Bakal Makan Tuannya.u Arak ..


http://perfectwater75.blogspot.com/


Salam Bloggers!

Kekadang macam tak faham kenapa isu Pemindahan Kuil Hindu ini tetiba sahaja menjadi isu yang besar berkait rapat dengan sensitiviti Islam kata mereka yang berarak pada hari tersebut. Saya cukup cam dengan satu wajah kerana saya pernah bertemu secara peribadi dalam satu perjumpaan yang diatur oleh pimpinan tertinggi pemuda UMNO Malaysia di sebuah hotel di Seberang Jaya Pulau Pinang sebelum hari penamaan calon DUN Permatang Pasir baru-baru ini iaitu Datuk Sohaimi Shahadan yang beralamat di No. 15, Jln DM3, Jln Desa Moccis Desa Moccis, Sungai Buloh, Selangor ternyata bukan orang atau penduduk di Seksyen 23 Shah Alam Ketua Pemuda Selayang merangkap Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia yang turut sama hadir dengan megahnya mengangkat tangan bertakbir dengan pendemonstrasi Seskyen 23 Shah Alam pada hari itu.

Saya sengaja bicarakan tentang artikel ini kerana hendak menekankan kepada ahli-ahli UMNO parti yang semakin tenat hari ini tentang betapa 'cerdiknya' pelakon-pelakon yang sudah kenyang dengan kautan khazanah rakyat selama mereka menjadi pelakon utama UMNO melaraskan senjata untuk ditembak kepada pakatan pembangkang. Mana tidaknya, masing-masing sudah punya kekayaan dan kemewahan hasil kerapatan mereka dengan pak-pak menteri yang banyak memberikan kontrak, tender dan projek besar dan kecil kepada pelakon-pelakon utama ini. Sesungguhnya senjata yang dicipta ini akan memakan tuannya sendiri dalam masa terdekat kerana banyak faktor. Antaranya ialah :-

1. Isu ini sudah 26 tahun berlarutan di Selangor dan sudah empat MB Selangor dalam kalangan pemimpin UMNO yang menduduki kerusi hangat MB itu. Kalau Khalid Ibrahim yang dikatakan gagap itu gagal menyelesaikan dalam tempoh tak sampai dua tahun, saya rasa itu tidak menjadi maslah yang besar khususnya kepada kerajaan PR di Selangor.

2. Isu perkauman yang cuba dinyalakan apinya akan memakan diri dalam jangkamasa dua tahun sahaja lagi iaitu menjelang PRU-13 apabila BN/UMNO menagih undi kaum bukan Melayu untuk memenangkan mereka di kawasan-kawasan pilihanraya yang telah dipersempadankan semula oleh SPR sehingga memberikan satu kuasa khas untuk kaum bukan Melayu menentukan siapa yang layak menjadi wakil mereka.

3. Pelakon-pelakon ketika majlis dialog Kerajaan Negeri Selangor dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang bertukar manjadi huru-hara dengan terpaculnya pelbagai ugutan manis dan masam adalah terdiri dari pelaku ahli UMNO sendiri yang cukup dikenali sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.

4. Campurtangan Menteri Polis Malaysia yang baru ternyata amat mengecewakan kaum bukan Melayu yang masih ada kekal menyokong BN dan mungkinkah mereka akan terus kekal mengubah haluan bila tiba saatnya nanti? Drama yang dipertontonkan Hishamuddin dalam menyelesaikan kes ini ternyata dilihat sebagai 'bias' kerana sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan diambil kepada muka-muka Melayu yang jelas dirakamkan oleh kamera video kerana menimbulkan provokasi perkauman dan keagamaan yang berlebihan.

5. Saya secara peribadi selalu menegaskan UMNO banyak sangat menggunakan 'senjata' yang pada akhirnya memakan diri dalam artikel saya sebelum ini. Mengapa begitu lekeh UMNO parti tua yang sentiasa keliru dengan umurnya sendiri ini? Mengapa perlu keterlibatan secara terang-terangan ahli UMNO yang berpangkat besar dalam tragedi ini? Tidakkah mereka tak sedar langsung akan implikasi buruk yang akan terpalit kepada UMNO? Benarkah mereka ini pejuang yang sayangkan UMNO atau pengkhianat yang akan membawa UMNO jatuh lebih pantas dari yang disangkakan? Asyik-asyik nak pertahankan Melayu dan mempergunakan Islam sebagai perisai untuk menutup 'kemaluan' mereka. entah Melayu mana yang hendak dipertahankan UMNO sedangkan status kemelayuan sesetengah pemimpin tertinggi dalam UMNO boleh dipertikaikan?

Terpulanglah kepada anda sama ada ntuk menerima teguran dari insan kerdil dalam blog yang dipinjamkan oleh Google ini dengan cara apa sekalipun. Biarlah UMNO berdiri atas kekuatan yang TULEN dan PADU dan bukannya berdiri atas kelemahan sendiri yang dicipta atas nama kelemahan orang lain. UMNO hari ini sudah rosak dan hancur kekuatannya kerana mainan politik yang keterlaluan oleh ahli dalam UMNO sendiri. Ini hakikat yang perlu ditelan dan pantas tidak boleh dinafikan hatta oleh Presiden UMNO sendiri.

Secara tuntasnya, UMNO perlu menginsafi diri, menghayati kembali makna perjuangan asal yang sebenarnya UMNO perjuangkan sejak dari penubuhannya. Saya tak terkejut jika lambang UMNO akan diludah dan dipijak oleh generasi akan datang kerana 'kecerdikan' pimpinan atau pelakon yang ada pada hari ini.

Linkwithin