Saturday, December 1, 2012

Ceramah Kelompok Untuk Semua Penyokong Pakatan Rakyat Di Tempat Anda

               Sesiapa yang berminat ingin jemput Ustaz Zulkifli Ibrahim (calon Pakatan Rakyat DUN Bota) untuk beri /adakan ceramah kelompok di rumah mereka boleh hubungi saya atau ustaz zul sendiri di http://www.facebook.com/zulkifli.ibrahim.543?ref=ts&fref=ts keutamaan diberi dalam kawasan DUN bota.Ceramah kelompok ini adalah suatu ceramah yang bersaiz kecil .Ianya dilakukan dalam kelompok yang kecil.Baru baru ini satu ceramah kelompok telah diadakan di kg Talang Lambor.Beberapa siri ceramah kelompok bakal diadakan ditempat tempat lain seperti Telok Bakong,Lambor Kanan dan lain lain tempat.Tayangan Slaid dan Sistem Audio akan diadakan sendiri oleh Ustaz Zul.Berikut adalah contoh aturcara.Sebarang perubahan untuk aturcara boleh dibincangkan.
Contoh Aturcara
               9.00 pm  -    Bacaan Doa Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim
               9.15 pm  -   Ucapan Pengerusi Majlis
               9.45 pm  -   Ceramah dan Pertunjukan Slaid Dari Utz Zul
               10.45 pm -  Sessi Beramah Mesra Dan Soal Jawab. 
               11.20 pm -  Pemeriksaan Daftar Undi
               11.45 pm -  Majlis Bersurai 
               

Friday, November 30, 2012

Satu Gambar..Pukulan Maut K.O Untuk Umno Dan Partai Partai Yang Sewaktu Dengannya....


Msinc- biarlah gambar yang bercerita..Disuatu majlis di Air Kuning Kampar Perak.YB Dato Seri Nizar Jamaludin sedang menyantuni anak anak muda yang menyertai Kelab Penyokong Pas.Kalau anak anak muda yang bukan berugama Islam ini boleh menyokong PAS sebuah parti Islam,mengapa tidak ahli ahli UMNO.

Thursday, November 29, 2012

Apa Yang Rakyat Akan Dapat Jika Undi Pakatan Rakyat..?


               Hari ini 28 November 2012,Kempen Jentera Pilihanraya Dun Bota diteruskan di Kg Talang Lambor Kanan dengan siri ceramah kelompok oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim,Siri ceramah kelompok ini bertujuan untuk menyampaikan mesej dan maklumat sehingga ke peringkat akar umbi.Ini bermakna informasi yang ingin diterapkan meliputi segenap lapisan masyarakat.Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh Tuan Haji Ramli selaku pengerusi majlis yang juga merupakan Pemangku Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Bota.Didalam ucapan nya Tuan Haji Ramli menekankan kepada keperluan kesedaran yang tinggi oleh masyarakat tentang perlunya melakukan perubahan secara besar besaran untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.



          Dalam ucapannya Ustaz Zulkifli Ibrahim yang akan bertanding untuk kerusi DUN Bota itu telah menekankan tentang dasar dasar kerajaan Pakatan Rakyat apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.Menurut beliau perkara pertama yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah menurunkan harga minyak diseluruh negara.Ianya akan dilakukan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.Setelah itu beberapa dasar Negara Berkebajikan akan dilaksanakan seperti memansuhkan tol diseluruh negara.Langkah seterusnya ialah memansuhkan pembayaran balik PTPTN serta pendidikan percuma disemua sekolah dan institusi pengajian tinggi.Elaun guru guru sekolah akan diberi sebanyak RM 500 sebulan.Elaun Orang Kurang Upaya juga akan dinaikkan dari RM300 kepada RM 550 setiap bulan.Tidak dilupakan juga kepada Warga Emas,elaun sebanyak RM 1000 akan diberi setahun sekali.Sejumlah yang sama akan diberi kepada keluarga yang berpendapatan RM 1000.


             Selain dari yang dinyatakan diatas beberapa dasar dilakukan terhadap peniaga peniaga.Pemberian projek atau kontrak yang bersifat monopoli akan dihentikan.Suatu sistem yang lebih adil akan dirangka bagi menentukan agihan pemberian kontrak atau projek.Petani pula akan dilindungi daripada kejatuhan harga komoditi seperti getah,kelapa sawit dan lain lain melalui jaringan keselamatan sosial.Subsidi juga akan diberi secara terus,bukan nya monopoli kroni (BERNAS).Bagi Sabah dan Sarawak,negeri ini akan mendapat 20% royalti minyak dan syarikat minyak milik negeri akan ditubuhkan.

 Msinc- Percaya bahawa mengagihan kekayaan nagara akan lebih telus dan adil dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Wednesday, November 28, 2012

Lagi Kajian Dari Universiti Malaya,Keyakinan Kepada Pakatan Rakyat Terus Meningkat.

 
Kajian telah dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.
Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.
Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat. Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.

Menurut kajian itu lagi, populariti Najib juga menurun dari 61% pada bulan Mac lalu kepada 58% pada September 2012 ini.

ZIONIS SUATU ANCAMAN KEPADA UMAT ISLAM,APA RAKYAT MALAYSIA BOLEH LAKUKAN-USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM PART 2

                Dalam menghadapi permasalahan ini,apa yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah untuk memboikot syarikat syarikat antarabangsa yang ada kaitan dengan regim Zionis ini.Caranyanya ialah dengan tidak membeli barangan keluaran syarikat,tidak mengadakan urusan perniagaan dengan mereka dan melakukan kempen kempen besar besaran untuk melakukan boikot.Umat Islam perlu bersatu dalam hal ini.Kepada penghisap rokok,jikalau anda tidak boleh berhenti merokok,bersedialah untuk menukar jenama rokok anda kepada rokok rokok buatan Indonesia atau Vietnam.Ini adalah kerana sebahagian besar syarikat rokok di Malaysia ini adalah dimiliki oleh peniaga peniaga berbangsa Yahudi.Sebatang rokok yang anda hisap boleh disamakan dengan menghadiahkan sebutir peluru untuk orang Islam.


                  Adalah begitu memalukan tatkala umat Islam di Malaysia berbaris dan beratur beramai ramai untuk membeli makanan segera yang mana Yahudi ada kepentingan,diluar negara orang orang barat yang berlainan agama melakukan boikot dan protest terhadap syarikat makanan segera ini.Di Malaysia adalah menjadi suatu kebanggaan untuk menampal lambang syarikat berkenaan di kenderaan kenderaan.Pada masa yang sama syarikat ini membantu puak Zionis meratah susuk tubuh orang Islam di seluruh dunia.


             Seribu kali lebih mudah untuk melakukan boikot keatas barangan syarikat berkepentingan Yahudi ini dari pada menyekat pengaruh Zionisme terhadap ekonomi,pendidikan,sosio-budaya dan sebagainya.Pengaruh ini sudah berakar umbi didalam sistem pemerintahan negara tanpa kita sedari.Sekularisma adalah unsur unsur yang diterapkan oleh puak Zionis ini dalam pemikiran manusia.Ianya bertindak untuk memisahkan agama dari kehidupan manusia.Akibatnya manusia akan hidup mementingkan nilai nilai materialistik semata mata tanpa mengambil kira agama sebagai garis panduan hidup.Salah satu cara yang paling berkesan untuk membendung perkara ini dari berlaku ialah menukar pemerintahan kepada pemerintahan yang lebih menitik beratkan agama sebagai suatu cara hidup.

Msinc- Kat kenderaan cume ade sticker TGNA,DSAI,Perakite dan Boikot TV3 aje..tak ade stiker syarikat Yahudi Laknat tu..Bila nengok deme nampai stiker syarikat yahudi tu kat keta...rasa hangin satu badan jer...apa ke yang dibanggakan pun..tak tau ler..

Tuesday, November 27, 2012

ANCAMAN ZIONIS KEPADA UMAT ISLAM,APA RAKYAT MALAYSIA BOLEH LAKUKAN-USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM


                    Hari ini telah berlangssung satu ceramah umum bertempat di Taman Maju di Rumah Encik Shuhaimi.Majlis telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Piliharaya Dun Bota Tuan Haji Ramli.Ustaz Zulkifli bin Ibrahim (Calun DUN Bota) telah muncul sebagai penceramah utama telah mecerita kan peristiwa peristiwa yang berlaku di Gaza diiringi dengan pertunjukan slaid.Dengan ada nya pertunjukan slaid ini setiap mesej yang hendak disampaikan adalah lebih jelas.Sesunguhnya pertempuran yang berlaku baru baru ini antara Hamas dan Regim Zionis telah memberi impak yang besar kepada sosio-politik antarabangsa.Ianya dilihat memberi kesan yang besar terhadap kesedaran orang Islam kepada kezaliman Zionis.YDP PAS Parit Ustaz Ismi juga turut berkejar ke Palestin untuk memberi pertolongan kepada umat Islam di sana.

                   Kejadian perang ini telah mendapat publisiti yang besar seluruh dunia,dan ianya telah menjadi perhatian ramai pemimpin negara Islam.Presiden Mesir iaitu Dr Morsi telah secara terang terangan akan memberi bantuan kepada Hamas sekiranya Israel berterusan melakukan serangan.pendirian yang sama dilakukan oleh Tayyip Erdogan,pemimpin Turki.Dijangkakan akan ada lebih ramai lagi pemimpin pemimpin negara Islam yang akan tampil untuk memberikan bantuan kepada Hamas.

             Ustaz Zulkifli bersama Ustaz Badrulamin sedang bersantai dengan Pimpinan PKR

                    Namun apa yang lebih dikesali ialah sikap pemimpin negara Malaysia yang berterusan memberikan sokongan kepada regim Zionis.Secara tidak langsung perlantikan APCO sebagai agen penasihat kempen UMNO telah membantu kesinambungan regim Zionis.Sebanyak 70 juta setahun telah dibayar kepada agen yang dimiliki oleh orang Yahudi itu semestinya sebahagiannya diguna untuk meneruskan hayat kaum Yahudi di Israel.Bantuan bantuan kepada regim Zionis ini turut sama dilakukan disertai oleh syarikat syarikat besar yang dimiliki oleh peniaga Yahudi.

Bersambung di bahagian kedua..

  

Pertarungan Sengit Berlaku Antara PKR-UMNO, Bakal Calun UMNO DUN BOTA Telah Diketahui.


          Telah kedengaran dari sebelah Umno bahawa mereka juga telah bersiap sedia menyenaraikan calon calon mereka untuk PRU 13,Langkah ini terpaksa mereka lakukan memandangkan pihak Pakatan Rakyat telah mendahului dengan menyenaraikan calun lebih awal.Penyenaraian awal untuk calon calon Pakatan Rakyat ini sesungguhnya memberi kelebihan kepada calon calon yang bertanding.Jentera kempen pilihanraya boleh digerakkan dengan lebih terancang dan penuh persediaan.Selain daripada itu ianya dapat mengelakan perpecahan disaat saat akhir pada hari mengundi selain ianya dapat mengcecah berlakunya perbuatan sabotaj dikalangan ahli ahli parti.Perkara perkara ini biasa berlaku kepada Umno dimana jikalau pemimpin pemimpin mereka tidak dicalonkan,perkara sebegini akan terjadi.
                  Seperti yang kita sedia maklum,bahawa Pakaran Rakyat telah menyenaraikan calun calun yang berpengalaman dan berwibawa untuk menjadi wakil kepada rakyat.Mereka ialah Ustaz Ismi akan bertanding untuk Parlimen Parit,Dr Najihah mewakili DUN Belanja dan Ustaz Zulkifli Ibrahim untuk DUN Bota.Penyenaraian awal ini digunakan sepenuhnya oleh calun calun untuk merangka jentera pilihanraya dengan lebih baik dan cekap.Hasilnya Kawasan Parlimen Parit,DUN Bota dan Belanja telah mengalami serangan yang 'hebat' dari jentera pilihanraya Pakatan Rakyat.Dimana mana sudah diperhebatkan ceramah ceramah umum dan ceramah kelompok.Penyebaran risalah risalah sedang rancak dijalankan serta pengibaran bendera bendera parti sudah seperti menghadapi pilihanraya kecil.
                  Kehebatan kempen pilihanraya Pakatan Rakyat inilah mendorong UMNO seperti terpaksa untuk mengikuti jejak langkah PR melakukan penyenaraian awal calun.Mereka kuathir akan berlaku kes sabotaj calun dan perpecahan berlaku disaat akhir.Antara siasatan siasatan yang dilakukan oleh TBO,kami mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Dun Bota akan ditandingi oleh Yusuf Nordin.Manakala DUN Belanja diisi oleh Drs Nizar Zakaria.Parlimen Parit akan ditandingi sekali lagi oleh Dato Nasaruddin Hashim (Jangan risau..emaknya tak pernah ajar dia menipu..hi..hi..).Itulah maklumat maklumat yang diterima oleh TBO setakat ini.Barang perlu diingat senarai ini belum lah 100% pasti,kerana Umno mungkin akan membuat pengubahsuaian berdasarkan input input dari rakyat,pimpinan tempatan atau sebarang campurtangan pemimpin atasan.

Msinc- dari senarai yang diberi diatas,kepada penduduk Telok Bakong ,Lambor,Batu 16 dan semua sekali ,marilah kita memberi sokongan kepada calun PR.semuga negara akan lebih maju,aman dan berjaya di bawah pimpinan mereka.Satu pertanyaan, Dato Zaim tak tersenarai ke..jangan kecewa..masih boleh melobi lagi..hi..hi..

Monday, November 26, 2012

CERAMAH PERDANA KUPASAN KUPASAN ISU ISU PANAS TANAH AIR

               CERAMAH PERDANA KUPASAN KUPASAN ISU ISU PANAS TANAH AIR


SILA HADIR BERAMAI RAMAI

MASA             :  9.00 MALAM

TARIKH          :  26 HB NOV 2012 (ISNIN)

TEMPAT          :  TAMAN MAJU SERI ISKANDAR PERAK.


Sila hadir beramai ramai untuk mendengar penjelasan dan penerangan tentang isu isu semasa.Acara berikutnya adalah untuk memperkenalkan Calun DUN BOTA N39 Ustaz Zulkifli Ibrahim.

              Ustaz Zulkifli Ibrahim bersama Tuan Haji Usalli Alias di Telok Bakong
              
                          
                               RAKYAT BERHIJRAH UNTUK KEBAJIKAN

Video Sekitar Himpunan Hijau Di Kuala Lumpur


Linkwithin