Pemuda
PAS Perak melihat cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong
Mohamad Kamil Shafie bagi menempatkan wifi percuma di Manong - walaupun
ia tidak dikemukakan dalam ‘akujanji' atau ‘manifesto' BN - telah lama
disambut baik oleh Pakatan Rakyat.
Ia tamparan hebat kerana wifi percuma ini ada kaitannya dengan sejarah Zambry.
Yang menariknya, usaha menempatkan wifi percuma ini di Manong tidak dilakukan atau diperoleh daripada kerajaan negeri tetapi melalui Pertubuhan Peladang.
Mengikut sejarahnya, ketika Zambry sebagai exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dengan teknologi maklumat semasa kepimpinan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali dahulu, usaha menempatkan wifi percuma di setiap daerah sehingga kini masih gagal dilaksanakan.
Dan usaha Mohamad Kamil secara sinisnya menempelak Datuk Seri Zambry yang digagalkan satu ketika dahulu.
Bagi kami, usaha menempatkan wifi percuma ini boleh sebenarnya dikendalikan oleh kerajaan negeri mengikut kemampuannya, kecualilah kerajaan negeri sememangnya tidak mampu menyediakan wifi percuma kepada rakyat.
Isu wifi percuma ini sewajarnya ditangani kerajaan negeri kerana Zambry dahulu telah menjanjikan wifi percuma di setiap daerah di negeri Perak.
Kami tegaskan sewajarnya usaha ADUN Manong perlu menjadi contoh dan usaha bagi semua tempat memperoleh wifi percuma terutamanya luar bandar yang sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS timbalan ketua, Dewan Pemuda PAS Perak.