Akhirnya rombongan pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur ( Bangunan Parlimen) sejauh 300 km tiba di markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar petang tadi.Ceramah mengenai isu Lynas dan isu semasa juga diadakan malam tadi turut di hadiri oleh YM Tunku Hamry Tunku Hanan, Chegu Bard , Dr Tan Seng Giaw dan ramai lagi.Para peserta Himpunan Hijau bermalam di sini sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Dataran Merdeka pada jam 4 petang besok..
Saturday, November 24, 2012
TRAJEDI MEMALI MASIH BELUM SELESAI.... BELUM DIADILI... WAJAR DIADILI..RAKYAT PERLU TAHU PERKARA SEBENAR
Suruhanjaya
Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus
ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di
Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.
Hasil penyiasatan
haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat
secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk
dibicarakan.
Selepas 26 tahun
sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung
tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai
sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali
yang masih tertinggal.
Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13
orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA.
Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.
sumber:http://www.facebook.com/maimunah.sabran
Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.
Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.
Jangan Pandai Pandai Buat Fitnah...PDRM Sahkan Tidak Berlaku Penyelewengan Tabung Memali
Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.
Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya.
Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.
Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.
Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.
sumber facebook
Kenapa Umno Bangkitkan Isu Tabung Memali ?
Peristiwa Hitam Di Memali
Oleh: ZULKIFILI YAHAYA
Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan
rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang
kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk
yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.
Tetapi
biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi
lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk
mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan
kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka.
Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang
dinyalakan saban waktu.
Halal atau haram membuat fitnah bukan
persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh,
akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha
mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai
turunnya Dajal.
Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu
tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam
kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus
selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun
membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab
Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi
Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke
medan maya.
Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum
melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah
isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak
tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi
‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah
umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa
Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai
tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali
itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini.
Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah
perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke
Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan
nama itu terus popular hingga ke hari ini. Peristiwa itu berlaku
bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri
untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat
keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan
menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka
ambillah mayatnya sahaja. Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan
polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz
Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai
“massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan
pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat
anggota polis terbunuh.
Musa Hitam adalah Timbalan Perdana
Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah
seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah
tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai
1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan
darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus
terhadap orang kampung yang lemah.
Tindakan yang dilakukan oleh
kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock,
tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka
mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan
Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop
sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai
pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan
berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum
wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada
pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen
Pengkalan Chepa
sumber dari facebook
Friday, November 23, 2012
KAJIAN UM:SOKONGAN TERHADAP UMNO/BN TERUS MERUDUM
[TEPAT] Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin
Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi UMNO-BN dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.
Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya
(UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti
buruk pemipin UMNO-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti
itu dalam pilihan raya nanti.
Kajian yang dijalankan dari 1
hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya
isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan
menjadi isu duri dalam daging kepada UMNO menjelang pilihan raya nanti.
Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi
UMNO-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation
(NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan
mengurangkan kadar jenayah.
Kajian yang melibatkan seramai
1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka,
percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap
UMNO-BN.
Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan
media terhadap ‘kelemahan’ negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang
mendapat kepercayaan masyarakat.
“Terdapat kesangsian yang
tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam
PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa,”
menurut ringkasan laporan kajian tersebut.
Dalam isu sama,
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut,
menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu
integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang
nanti.
“Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.
“Persoalannya bukan Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan
bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti
yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk
sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah,” katanya
kepada TV Selangor.
sumber facebook
Msinc-Ada kajian yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi 36 dari 59 kerusi Dun yang dipertandingkan.Kajian ini adalah kajian yang diguna pakai oleh UMNO.Itulah sebabnya kempen Najib di Perak dikurangkan atau tidak menyeluruh..balik balik pegi Manjung,Pangkor..
Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin UMNO-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.
Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada UMNO menjelang pilihan raya nanti.
Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi UMNO-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.
Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap UMNO-BN.
Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap ‘kelemahan’ negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.
“Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa,” menurut ringkasan laporan kajian tersebut.
Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.
“Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.
“Persoalannya bukan Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah,” katanya kepada TV Selangor.
sumber facebook
Msinc-Ada kajian yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi 36 dari 59 kerusi Dun yang dipertandingkan.Kajian ini adalah kajian yang diguna pakai oleh UMNO.Itulah sebabnya kempen Najib di Perak dikurangkan atau tidak menyeluruh..balik balik pegi Manjung,Pangkor..
Thursday, November 22, 2012
Jasa-Jasa Umno Kepada Rakyat. Jangan Lupee..Yekk..
Penyelewengan dan kerugian wang
rakyat sepanjang pentadbiran BN dalam mengurus negara. Di mana pergi Bersih,
Cekap Amanah? Di mana pergi Islamisasi? Di mana pergi Islam Hadhari? Di mana
pergi 1Malaysia? Adakah 1 Malaysia hendak disapu oleh UMNO-BN?
1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MRR2 Repairs = RM70 million
15. MATRADE repairs = RM120 million
16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
20. Lost in selling Augusta = RM510 million
21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses.
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million.
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion.
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious)RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers’ children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme = RM 40 million
40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64. Scandal NFC Cow and Condo RM250 juta, Sharizat ‘s husband is paid RM100K per month
Msinc-Senarai ini akan bertambah dan semakin panjang jika anda berikan lagi sokongan kepada UMNO/BN.Marilah bersama kita hentikan senarai panjang ini. Hidup RAKYAT...Sokong PAKATAN,..
sumber facebook
Wednesday, November 21, 2012
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA !
Di petik dari Buku Jingga.
Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.
Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.
Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.
Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:
1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam
Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Agenda Pakatan:
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.
Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.
Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.
Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.
Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.
Tuesday, November 20, 2012
Di Kawasan Bandar, Pakatan Rakyat Tidak Perlu Kempen?
Biar Gambar Berkata Kata...
Teman dapat ler nyembang dengan kawan kite ni yang berasal dari Pantai Remis.Die dalam perjalanannya membawak sedare nye dari negeri Chine melancung ke serate negeri.Nyembang punye nyembang sambil deme sekeluarge makan mangis dan doyan.Maka terpacul ler dari molot kawan Tionghua kite ni.."Kita di bandar seperti Selangor dan KL sudah tak perlu kempen lagi...teman tanye ape pasal...."tak perlu kempen..pasal semua orang cina di sama sudah sokong Pakatan..saya agak agak dalam 90 persen....sama juga Seremban dan Johor...katenya dengan bersungguh sungguh...
Ustaz Zul Beramah Tamah Dengan Kawan Ini
Tak Perlu Kempen??...tanya teman lagi.."tak perlu...cuma dikampong kampong melayu sahaja perlu kempen''....tambah beliau lagi..teman congak congak..kalau semua orang cine dah ok..maknanya ada harapan tawan Johor.Alasannya..Komposisi antara kaum disetiap daerah di Johor tidak sama seperti negeri lain.Setiap daerah di Johor mempunyai penduduk bangsa cina sebanyak 30-35 % .Jumlah ini hampir sekata untuk setiap daerah luar bandar.Berbanding dengan negeri lain yang mana peperatusan bangsa cina berubah rubah atau pun terlalu sedikit dikawasan luar bandar.Ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan sikit sahaja swing/perubahan orang Melayu.
Jadi..dengan kate lain..negeri Perak,(Sumber interligent kate PR akan dapat 36 kerusi dan BN dapat 23 ajer,kalau borak interligent tu...borak ler teman) dengan Negara sekali akan ditawan oleh Pakatan Rakyat.Itu ler kesimpulan yang teman tau....jadi teman nak berdoa lah ni supaya Umno lenyap dari muka bumi kerana partai ini telah berjaya menipu dan mengalih umat melayu dari mencapai matlamat sebenar kehidupan nya.Tapi teman ijak ler mendoakan orang orang yang nyokong Umno tu lenyap..jangan silap paham macam media pencacai.Teman doakan mereka mereka ini akan meninggal kan umno, beraleh ke Pakatan Rakyat dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Betui ker ijak doa teman tu?..kalau tak betui..ajorkan ler...

Monday, November 19, 2012
Majlis Sumbangan Derma Kepada Warga Miskin Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim Berjaya.
Ustaz Zul disamping Makcik Mah
Pada Ahad 18 hb November ,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah menyempurnakan upacara penyampaian derma kepada warga miskin,Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di Kampung Telok Bakong.seramai 20 orang dari penduduk Padang Marhum,Telok Bakong dan Kg Paloh telah disaring dengan teliti sebelum tersenarai dalam calun penerima.Aturcara bermula pada pukul 9.30 pagi.Ustaz Zul telah diiringi oleh wakil wakil dari Parti Keadilan Cabang Telok Bakong dan wakil wakil dari Telok Bakong Online ( TBO ).
Ustaz Zul berjumpa kembali rakan sepermainan Encik Shamsuddin
Berbincang Mengenai Masalah Negara
Aturcara dijalankan merangkumi penyampai derma,penerangan dan pencerahan kepada rakyat dan juga pemerhatian kepada kesihatan dan kediaman warga tersebut.Segala butiran peribadi penerima sumbangan telah mendapat perhatian yang teliti oleh Ustaz Zulkifli.Setelah menganalisa semua keadaan,beberapa aktivi akan dirancang berdasarkan keperluan oleh penduduk ini.Antaranya ialah Kempen Gotong Royong Membaiki Rumah Kediaman dan Kempen Penjagaan Kesihatan.
Menyantuni Dua Orang Warga Emas Yang Menerima Sumbangan
Sesunguhnya acara yang ringkas ini adalah amat penting bagi mengenalpasti kesusahan dan permasalahan rakyat yang tidak begitu dihiraukan oleh kerajaan UMNO/BN.Slogan Pakatan Rakyat iaitu "Negara Berkebajikan" sememangnya bertepatan untuk membantu permaslahan rakyat yang terakibat dari pemerintahan berkroni dan korap kerajaan UMNO/BN.Pakatan Rakyat sedarlah..masih banyak kerja kerja pemulihan yang perlu dijalankan..bekerjalah bersungguh sungguh dan beramanah...
Warga Emas Yang Sedang Uzur Dipimpin Oleh Tim TBO
Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Bolehlah Kami Bertandang Lagi.

TEAM TBO MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI
DIATAS SEGALA SUMBANGAN BELIAU.SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN
JUTAAN KERAHMATAN.
Sunday, November 18, 2012
Anak Muda Berani Berubah...Gamat Sekampung...UMNO Lebang Libu Angat Pijor..
Semalam telah berlangsung majlis BBQ bersama Orang Orang Muda Telok Bakong.Majlis yang dianjurkan penuh oleh Encik Zaharin dan rakan rakan nya itu telah mendapat respon yang amat baik dari golongan Muda.Seawal petang lagi anak anak muda telah bertungkus lumus untuk mengadakan persiapan yang seadanya untuk majlis berkenaan.Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka amat membanggakan.Andaikan jikalau sokongan dan usaha gigih anak muda ini digembelengkan semasa PRU nanti?.
Seperti kita ketahui isu anak muda sentiasa dihebohkan di media media arus perdana.Tiada satu langkah yang berkesan yang dilakukan.Ada program UMNO yang merekrut anak anak muda ini yang mereka istilahkan sebagai mat rempit.Rupa rupanya orang muda ini UMNO gunakan untuk menjadi samseng jalan,pengacau dan pelontar cat.Ini boleh dilihat dimana mana ceramah Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia.Kalau di Perak ni kawasan DUN Sungai Rapat pegang tempat nombor satu.Memang cenggil pemimpin ni.Tak pe lagi kamu buat ..lagi rakyat getik dan chemus..
Orang muda sudah bosan dengan pemberian imej yang sedemikian.Oleh itu mereka telah berubah untuk memberikan sokongan yang penuh kepada Pakatan Rakyat untuk menawan PutraJaya.Majlis BBQ yang dianjurkan oleh orang Muda semalam membuktikan kata kata berkenaan.sesungguhnya mereka bersedia berkorban tenaga dan pemikiran mereka bagi mempastikan UMNO akan terus ditanam di Pilihan Raya Umum ke 13.
Majlis BBQ ini telah dipengerusikan oleh Encik Ramli iaitu Pemangku Pengarah Pilihan Raya DUN Bota.Doa selamat telah dibacakan oleh Calon PKR Dun Bota iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.Majlis makan dijalankan sambil tayangan video dipertontonkan.Kemudiannya persembahan secara unplugged oleh Kumpulan Libang Libu sebanyak 3 buah lagu dan diakhiri oleh tayangan slaid oleh Encik Raei yang bertajuk "Anak Muda dan Melayu".
Sebenarnya anak muda adalah suatu entiti yang berfikiran positif dan progresif.Mereka ini adalah gigih dan tidak pernah kenal erti jemu untuk mengejar kemajuaan.Apa yang mereka perlukan sedikit panduan dan dorongan dari golongan yang lebih tua.Disinilah letaknya peranan besar kerajaan yang baik agar dapat menentukan halatuju anak anak muda.Apakah yang kita boleh harapkan dari kerajaan korap yang sudah memerintah selama 55 tahun.Adakah nasib anak muda ini akan berubah sekiranya kerajaan ini diberi peluang lagi?.Cukuplah 55 tahun,biar kerajaan baru pula yang bekerja.Anak anak Muda menaruh harapan kepada Kerajaan baru.Kerajaan Pakaran Rakyat.Negara Berkebajikan yang akan memelihara kepentingan semua golongan.
HIDUP....HIDUP...HIDUP ANAK MUDA....LAWAN....LAWAN...LAWAN ANAK MUDA MENENTANG KEBATHILAN.....
Msinc- Tersangat hormat kepada semangat dan keazaman anak anak muda Telok Bakong menentang penindasan dan pemerasan.Kalau ada rezeki TBO akan support jamuan anak muda..insyAllah..
Seperti kita ketahui isu anak muda sentiasa dihebohkan di media media arus perdana.Tiada satu langkah yang berkesan yang dilakukan.Ada program UMNO yang merekrut anak anak muda ini yang mereka istilahkan sebagai mat rempit.Rupa rupanya orang muda ini UMNO gunakan untuk menjadi samseng jalan,pengacau dan pelontar cat.Ini boleh dilihat dimana mana ceramah Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia.Kalau di Perak ni kawasan DUN Sungai Rapat pegang tempat nombor satu.Memang cenggil pemimpin ni.Tak pe lagi kamu buat ..lagi rakyat getik dan chemus..
Orang muda sudah bosan dengan pemberian imej yang sedemikian.Oleh itu mereka telah berubah untuk memberikan sokongan yang penuh kepada Pakatan Rakyat untuk menawan PutraJaya.Majlis BBQ yang dianjurkan oleh orang Muda semalam membuktikan kata kata berkenaan.sesungguhnya mereka bersedia berkorban tenaga dan pemikiran mereka bagi mempastikan UMNO akan terus ditanam di Pilihan Raya Umum ke 13.
Majlis BBQ ini telah dipengerusikan oleh Encik Ramli iaitu Pemangku Pengarah Pilihan Raya DUN Bota.Doa selamat telah dibacakan oleh Calon PKR Dun Bota iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.Majlis makan dijalankan sambil tayangan video dipertontonkan.Kemudiannya persembahan secara unplugged oleh Kumpulan Libang Libu sebanyak 3 buah lagu dan diakhiri oleh tayangan slaid oleh Encik Raei yang bertajuk "Anak Muda dan Melayu".
HIDUP....HIDUP...HIDUP ANAK MUDA....LAWAN....LAWAN...LAWAN ANAK MUDA MENENTANG KEBATHILAN.....
Msinc- Tersangat hormat kepada semangat dan keazaman anak anak muda Telok Bakong menentang penindasan dan pemerasan.Kalau ada rezeki TBO akan support jamuan anak muda..insyAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)