Friday, July 31, 2009

Lagi Adun Pas meninggal dunia, Al FATIHAH !



kelulut@telokbakong.com
31.07.09

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang diperolehi, lapor YB Drs. Khalil Idham Lim.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Maklumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.

Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Wednesday, July 29, 2009

Apa PR perlu fokuskan!!

Di dada akhbar hinggar binggar dengan pelbagai isu yang menampakkan pelbagai usaha BN memberi persepsi yang lunak didengar dan sedap mata memandang.Era Najib bermula dengan strategi untuk memulihkan imej dimata rakyat.1 malaysia di gembar gemburkan hinggakan salam di radio pembuka berita dimulakan dengan 'salam satu malaysia'.

BN menukar strategi dengan pelbagai usaha yang mengaburi mata rakyat dengan kurang bercakap mengenai politik sebaliknya pelbagai projek di sana sini 'untuk mendahulukan rakyat'.Inilah perubahan di era najib.Bagi PR di harapkan tiada mengikut rentak tari yang dimainkan oleh BN dan Umno.Jentera parti seharusnya telah bergerak dengan senjata ampuh.Kelesuan dirasai dikalangan penyokong PR.Kerana apa?Adakah tiada kuasa(di Perak) maka semua boleh bersenang - lenang.

PKR Perak 'hidup segan mati tak mau'.Tiada nampak aktiviti mendampingi masyarakat dan kalau ada hanya orang yang sama sahaja.PAS hanya mengharapkan populariti AP Ir Nizar sahaja.Bila ada Nizar baru semua turut serta,tumpo kome Yeop Nizar nak melawan propaganda sesorang.

Bila ada isu besor baru semua nak ke depan , nonjoikan diri.Zaman dah lama berubah,tahap pemikiran harus berbeza dengan era sebelum PRU 12.Hargailah rakyat sama ada berkuasa atau pun tidak.Dampingi mereka,wujudkan hubungan mesra dan erat sentiasa,jangan bermusim.

Nak nampak koje ker ijak PR terutama Perak kome tengok ler website deme,apah pun tak mandang ber'updatenye'.PAS Perak PKR Perak tengah diulit mimpi yang indah dengan slogan Bubarkan DUN.Bangkitlah pemimpin PR...jangan semua letak kat bahu Nizar aje.Rakyat Perak nak Perak ditawan dengan selesa dalam PRU 13.Walaupun ada beberapa pemimpin PR yang rakyat getik tapi individu bukan persolan utama,janji BN nonggeng.Kome pemimpin PR kene ler membalas budi balik rakyat yang ngundi kome.

Apa pun Nizar tetap MB Perak...selepas PRU 13.BUBARKAN DUN...tapi kome udah bersedia ker...udah kebai ker...yakin ker...Semangat rakyat harus di bukak suisnya balik dengan kome turun padang...

Teoh Beng Hock :Membunuh diri atau dirinya dibunuh ? Analisa foto ini !

kelulut@telokbakong.com
29.07.09



Gambar jasad Beng Hock bersih tanpa percikan darah yang dahsyat .
Seluar koyak dibahagian punggung .
Menurut laporan Beng Hock Jatuh dari tempat tinggi.



Gambar jasad orang membunuh diri dari tempat tinggi.
Darah terpercik ngeri.kepala hancur.

Dengan kejadian yang penuh misteri ini rakyat Malaysia berharap siasatan dijalankan secara sempurna.

Tidak siapa mengatakan SPRM bertanggungjawab penuh atas kematian Beng Hock ini.Walaubagaimana pun tanggungjawab untuk menyiasat tanpa memilih bulu serta fakta yang tepat.Itulah kemahuan rakyat .

Janganlah sampai mengulangi kes liwat Anwar Ibrahim , Azizan dikatakan liwat di Trivilla Volli Bangsar . Sedangkan tempatnya berlaku pun masih belum siap dibina .

Akhirnya sistem kehakiman ditertawakan dunia.Rakyat Malaysia terus hilang kepercayaan terhadap BN.

Apakah episod ini akan berulang lagi ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Monday, July 27, 2009

Tolong ! tolong ! api...apiii...lilin..pelita..eehh..minta fatwa..!




Maleh nak tulis bior gambo yang becakap ! tulih pun oghang Umno bukan paham pun....

gambo :cilok dari mof3muhd

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Linkwithin