Thursday, August 13, 2009

Awasi trend blog tiruan untuk memerangkap pemimpin Pakatan.

kelulut@telokbakong.com

14.08.09


Pemuda DAP, Loke Siew Fook (gambar), antara mangsa fitnah ini.

"Saya tidak pernah menghasilkan sebarang tulisan yang menghina kerabat diraja, kaum Melayu ataupun Islam sepanjang hidup saya."Saya dengan tegas menafikan tuduhan bahawa saya ada menulis artikel untuk menghina Sultan Perak, Raja Nazrin.

"Saya tiada sebarang pengetahuan tentang apa jua kandungan dalam blog http://sjsandteam.worldpress.com. Satu-satunya blog saya ialah lokesiewfook.blogspot.com," kata beliau.

http://lokesiewfook.blogspot.com/2009/08/laporan-sinar-harian-11-ogos-2009.html

Ekoran itu, dia telah membuat laporan polis untuk menafikan penglibatan beliau dalam penerbitan artikel hasutan sedemikian.

Senario melaga - lagakan pemimpin Pakatan semakin hari semakin panas .Setiap kali isu dikeluarkan pasti akan diulas berjela - jela .Malah ada yang terlalu emosional seolah - olah sudah tiada jalan penyelesaian .

Kini timbul polemik penghinaan terhadap Islam dan Raja - Raja Melayu .Malah mendapat perhatian Mufti Perak .
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam yang disiarkan di blog berkenaan,http://sjsandteam.worldpress.com

Jika didapati berasas, kata Najib, pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan antara kaum.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Penulis melihat kini ada trend baru dari kalangan parti politik yang menyerang tetapi sembunyi tangan.Mungkin juga mereka akan mencipta isu dengan membina blog kemudian membuat kenyataan kontroversi yang disengajakan.

Realitinya jelas, setiap kenyataan kontroversi yang terbit pasti akan mendapat reaksi pantas dari pihak berkuasa.Dalam masa yang sama media upahan akan memainkan isu dengan penuh sifat perkauman yang keji .

Setiap pemimpin Pakatan perlu rasional sebelum membuat ulasan .Perangkap Umno - BN ada berada disetiap posisi.

Penulis sedar tidak begitu terkejut dengan kenyataan YB Zulkifli Nordin yang begitu agresif memberi komentar berkenaan blog http://sjsandteam.worldpress.com.

Sila baca http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html nampak beliau terlalu bersemangat .Tetapi bagaimana setelah penafian orang yang kena tuduh ?

Saya tidak fikir Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook begitu bodoh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tambahan pula dia mempunyai jawatan didalam partinya.

Bukan membela Loke Siew Fook, sekadar mengingatkan mungkin suatu hari nanti blog para YB lain akan menerima nasib yang sama.

Maka rumusannya , berhati - hatilah membuat komentar, jangan lupa ' Cybertrooper ' mereka sedang berkeliaran. AWAS !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Wasiat terakhir Ustaz Asri kepada Akhil sebelum menghembus nafas terakhir



kelulut@telokbakong.com
13.08.09



BERPESAN-pesan untuk berbuat kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Mungkin kesedaran tentang pentingnya pesanan 'amar makruf nahi mungkar' inilah maka kumpulan nasyid Rabbani tidak teragak-agak sering menitipkan nasihat sesama rakan artis.

"Memang benar semua insan, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, sentiasa akan menghadapi masalah dalam hidup, malah seorang ustaz juga sentiasa menghadapi masalah," jelas Ustaz Mohd Asri Ibrahim selaku penyanyi utama Rabbani.


Ustaz Asri tanpa berselindung mengakui dia juga pernah menasihati sahabat baiknya sendiri, penceramah dan penyanyi Ustaz Akhil Hayy yang dilanda begitu banyak kontroversi di dalam rumah tangganya hingga membawa kepada penceraian.

"Saya dengan dia (Akhil) memang rapat, cuma tidak semua hal-hal individu dia saya tahu lagipun dia sendiri tidak pernah ceritakan pada saya.

"Saya tidak kisah jika dia nak bercerai ke, kahwin lagi atau tidak, tapi saya pernah nasihatkan dia supaya menjauhi perkara yang mendatangkan fitnah.

"Saya dah cakap kat dia, kalau betul dia tidak buat semua perkara ni, jadi dia perlu jauhi benda-benda yang mendatangkan fitnah pada dia.

"Tapi macam-macam cerita keluar pasal dia dekat surat khabar, jadi semua tu dah mendatangkan fitnahlah pada dia," kata Ustaz Asri yang agak sedih dengan cara hidup artis sekarang.

Bagi Ustaz Asri sendiri dia tidak boleh mengulas lanjut dengan apa yang melanda sahabat baiknya itu kerana dia sendiri tidak mendapat pengakuan dari Ustaz Akhil sendiri.
"Saya pun tak boleh cerita banyak, sebab Akhil sendiri tidak pernah membuat apa-apa pengakuan pada saya.

"Bagi saya Akhil ada ilmunya sendiri, jadi dia lebih tahu bagaimana untuk menangani masalah dia sendiri dan biar peminat-peminat dia yang fikir nak sokong dia atau tidak," katanya.

Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.

"Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.

"Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.

"Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t," jelasnya lagi.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/12/mstar_hiburan/20090811180003&sec=mstar_hiburan

Pengerusi Kelab Penyokong BN 'derma'10 juta pada pengerusi MCA, SPRM bila nak siasat ?




kelulut@telokbakong.com
13.08.09


Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.
Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Kini rakyat menanti kecekapan SPRM yang sebelum ini begitu efisien menyerbu pejabat pemimpin Pakatan .

Penyelewengan kuasa ' ikan bilis ' dikejar hingga kelubang cacing. Kisah ' korban' lembu pun SPRM kata " kami ada bukti kukuh " .

Reputasi SPRM akan merudum jika masih terikat dengan kuasa politik. Bertindak seperti budak suruhan UMNO agensi ini akan hilang kreadibiliti.

Tetapi setiap tindakan biarlah dijalankan secara telus .Sebagai contoh pendedahan tentang PKFZ ini bukan perkara baru.Kos nya pula berbilion .Bukti skandal telah didedahkan tapi malangnya SPRM membutakan mata .

Akhirnya yang dikejar salah guna kuasa ADUN PR .Hasilnya kematian Teoh Beng Hock memeningkan kepala SPRM .Tidak siapa mengatakan pemimpin Pakatan maksum jika benar mereka bersalah heretlah kemuka pengadilan.

Sekali lagi ditekankan tindakan biarlah adil , negara ini milik rakyat .Bukan dimiliki oleh mana- mana parti politik .

Mereka berhak mendapat maklumat.Jika dibiarkan pemimpin Kerajaan bermaharajalela membuat kesalahan maka tunggulah kehancuran negara.

Apakah ini yang anda mahukan ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Perginya Tak Kembali:Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Ustat Asri Di depan sekali


Khamis Ogos 13, 2009


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.Sama dengan harijadi aku.

Pernah merakamkan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur berduet dengan Amy Search.

TBO mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.Al Fatihah..

Wednesday, August 12, 2009

Pendemo pencarut dungu , terbelakah Islam ?



kelulut@telokbakong.com
12.08.09


Kalau demo ini anjuran PR sudah tentu media rasmi Umno akan buat berita utama disetiap akhbar siaran berita . Gambar- gambar ini akan diulang berkali - kali.

Para pendemo dungu ini mungkin tidak sempat membaca apa yang tertulis atas kain pemidang yang diusung kehulu kehilir .

KTB:Pegang Pemidang Carut tu sedara kome ke,kalau aku ijak ngaku sedara buat malu kompeni aje!!!

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Tuesday, August 11, 2009

Pengkhianat Melayu?Kah kah...Udah Meren Umno ni!!

Bapak ramainye kome..gambonye 'close up benor'

Ungkapan khianat berkumandang 1 Malaysia lagi.UBN mengulangi tingkahlaku golongan terdesak yang nazak.Maka berhimpunlah kaki bodek dan ampu menonjolkan diri 'akulah pengampu no wahid' Bini Najib.

Percayalah tindakkan golongan ini menimbulkan 'gelak ketawa' rakyat kerana rakyat lebih 'mengenali' siapa dalang disebalik takbir.Gegak gempita segala jentera UBN mengilai dalam menghentam DSAI.Mengaum dan garang hanya di media milik UBN sahajalah.Mampukah menarik sokong rakyat dari menganuti susur galur perjuangan Pakatan Rakyat!!Ahhh..persetankan dakyah murahan ini.Penulis berharap jasa baik RTM ,TV3 dan seangkatannya menayangkan setiap hari visual Anwar dan pemimpin PR yang lain dengan tajuk 'INILAH PENGKHIANAT MELAYU SEJATI'.

Kemudian kita tengok keputusan PRK Permatang Pasir kelak.Berkesankah propanganda UBN ini.Kalau inilah strategi mereka ternyatalah Umno adalah golongan setenggin tengginnya kerana setiap kali pemimpin utama PR di serang bertubi-tubi di seluruh media maka PR juga yang menang di PRK.Ibarat mencurah daun keladi tiada kesan..Anwar pasti tersenyum girang ...

Menang di PRK sudah tentu membuat UBN terhina,namun yang lebih penting arus sokongan rakyat di seluruh negara pasti terkesan dengan keputusan PRK tersebut.Najib kasi dah guna stadium sampai subuh,Zamrey Kudeta mengada2 tak bagi.Lawan tokeh nampak.PR Perak harus di benarkan menggunakan Stadium Perak dan di benarkan berhimpun sampai solat Subuh.Tajuk perhimpuan 'Bersama Pengkhianat Melayu DSAI' dan kita tengok sambutan rakyat macamana dengan 'Pengkhianat Melayu'.Mungkin kurang dari demo anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak dan turut di sertai Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP)dan Gabungan Kontraktor Melayu Perak .Takat 300 - 500 orang pun kecoh masuk sorat kabo.Entah benor entah ijak angka tu.Ada brani...kasilah Stadium Perak !!!

JEMPUTAN KE MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT


by msinc


Tarikh : 16hb Ogos 2009 (Ahad)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Rumah Sdr. Faizal Effendi Bin Hasim
Kg Durian Kudong,Bota Kanan.


TETAMU KHAS:-

YAB DATO SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
(Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak)



Majlis disertakan bersama dengan kenduri semperna menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.Dijangkakan, Dato Seri Mohammad Nizar akan mengupas tentang ura ura akan berlaku pembubaran DUN pada masa terdekat ini.Beliau juga akan membuat penjelasan tentang isu SUK di tutup dan juga penerangan pada isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.Pemimpin Pakatan Rakyat yang dijangka turut hadir ialah Ustaz Hassan Johar dan Haji Usaili Alias serta pemimpin tempatan yang lain.Orang ramai amat dialu-alukan untuk hadir dan bersama sama meraikan Dato Seri Mohamad Nizar disamping mendengar amanat dan pesanan dari beliau.Pihak TBO akan membuat liputan di majlis tersebut.

Monday, August 10, 2009

Gambar besar Najib didalam premis Berhala Batu Caves, APA HUKUM ?




kelulut@telokbakong.com
10.08.09


Ketika gambar besar Anwar didirikan oleh penyokongnya disekitar Selayang riuh satu dunia . Umno dan media massa serta pemimpin mereka mengeluarkan pandangan menghentam bertubi -tubi.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.

''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,''

Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.

''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.

''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.

Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.

''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Kini tiba giliran Presiden Umno pula berbangga dengan patung gergasinya. Beliau juga berjanji akan hadir di dalam perayaan sambutan Thaipusan pada masa hadapan.

Kita masih menanti komen daripada TV3 , kenapa tiada ulasan tentang gambar gergasi di Batu Caves ini, gambar didalam berita hanya ditayang 1 saat sahaja?

Kenapa takut ?

' PAKU DULANG PAKU TERSERPIH , MENGATA ORANG MEREKA YANG LEBIH '

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Linkwithin