Saturday, January 19, 2013

AWAS,FENOMENA PENGHIJRAHAN BERAMAI RAMAI AHLI UMNO

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.


               Menyedari bahawa BN/UMNO akan tumbang selepas PRU 13 ini,dijangkakan bahawa suatu penghijrahan besar besaran akan berlaku dari Parti Umno kepada Parti Keadilan Rakyat.Ini adalah kerana mana mana ahli Umno yang banyak bergantung hidup kepada pemberian projek atau tender dalam Umno telah kehilangan banyak projek dan sumber pendapatan.Untuk menyelesaian permasalahan mereka ini,dijangkakan penhijrahan akan dilakukan oleh mereka dengan harapan mata pencarian mereka tidak terjejas.

             Namun perkara ini bukan cuma berlaku selepas PRU 13 sahaja.Ianya dijangka bermula dari awal lagi.Di kawasan Bota dan Belanja ini sudah terdapat angin angin yang tersebar kuat dikalangan orang orang politik yang menyatakan bahawa banyak kumpulan dalam UMNO Parit akan beraleh kepada Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin mereka tidak dicalonkan.Tingkah laku kumpulan ini dapat difahamkan terjadi sebegini kerana mereka turut beranggapan bahawa Negeri Perak akan jatuh kembali ketangan PR,maka sekiranya pemimpin mereka tidak dicalunkan,mereka akan kehilangan kuasa,ekonomi dan pengaruh.Ianya akan terjadi seperti zaman feudal di Jepun,kejatuhan sesuatu Shogun 'Land Lord' akan mengakibatkan Samurai dan Ninja akan kehilangan pekerjaan,pengaruh dan pendapatan dan mereka mereka ini akan menjadi Ronin 'Pendekar Yang Terbuang".Pendekar terbuang ini akan membuat kerja untuk sesiapa sahaja untuk meneruskan kehidupan.Menyedari hakikat ini lah ramai ahli UMNO berpendapat adalah lebih baik menyertai Pakatan Rakyat daripada terbuang dan berkelana didalam politik UMNO.Begitu lah hikayat yang menyedihkan bagi pejuang pejuang UMNO.


Msinc-Penghijrahan dialu alukan tetapi mustilah dengan niat suci.Parti Parti didalam Pakatan Rakyat musti lah bersedia dan memantau penghijrahan besar besaran ini dengan serius dan teliti.Tindakan tindakan susulan wajar dilakukan termasuk beberapa peraturan baru didalam Parti.Demi menjamin kestabilan dan keutuhan parti.




Friday, January 18, 2013

Daim dan Penganalisis Politik Ramal UMNO/BN Sukar Kekalkan Kerajaan di Perak


KUALA LUMPUR 20 Mac: Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin (gambr) meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.

“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.
“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan. Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.Para Penganalisis Politik dan Pakar Strategi juga turut menjangka bahawa Kerajaan Negeri Perak bakal dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 40 kerusi berbanding 32 kerusi pada PRU 12.Pendapat ini dibuat berdasarkan terdapat 10 buah kerusi yang dimenangi oleh BN mempunyai majoriti kurang dari 1000 akan dapat dimenangi oleh PR berdasarkan gerak kerja yang gigih oleh penyokong dan pendokong PR.Kejadian rampasan negeri telah menjatuhkan maruah BN ketahap yang paling bawah,walaupun Umno memainkan isu isu perkauman.BN tidak berjaya menarik perhatian kaum Cina,manakala sokongan kaum Melayu kepada PR telah meningkat beberapa peratus.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu. Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.(KD)

Ceramah ANAK MUDA GAGAH BERANI BERSAMA ADAM ADLI...ada berann..Datang???


Ceramah ANAK MUDA GAGAH BERANI BERSAMA ADAM ADLI..akan diadakan

                         Tempat ;Bilik Gerakan Kg Tua Batu 16 1/2 Lambor Kanan,

                          Masa : 9.00 malam   ( 19hb Jan 2013 hari Sabtu )

                          Penceramah/Tetamu Undangan : ADAM ADLI (Bekas Pelajar)
                                                                                 Ikon Pemuda Berani
                                                                          
                                                                                :DR MIOR AHMAD
                                                                                 Ketua AMK Perak
                                                                         
                                                                                :AHMAD AKHDHOR           
                                                                                  Ketua AMK Tambun
                     
                          Pengerusi Majlis                         :Saudara Basharudin
                                                                                 AMK Parit.

Sila Datang Beramai ramai dan bawa anak anak muda kita.Anda pasti berpuashati dengan ucapan dan curahan minda dari bakal pemimpin negara.

2013 - Jadikan Tahun Rakyat! - Ustaz Zulkifly Ibrahim

1. Saya menyeru kepada semua rakyat Perak menjadikan tahun 2013 dijadikan Tahun Rakyat. Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat akan melalui pilihanraya umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .

2.Arah tuju negara semenjak permulaan abad ke-21 memperlihatkan rakyat masih berada dalam kepompong feudalisme yang mengekang pemikiran dinamik, merdeka dan matang.

3. Media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat yang sangat terkongkong. Lebih parah lagi media yang mengguna Wang Rakyat  untuk merosakkan pemikiran rakyat. Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung. Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh "kerajaan yang memerintah" merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan.

4. Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan, boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang. 

5. Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa; kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan; akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang dan tidak dihormati di kacamata dunia .

6. Saya menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara.

7. Hijrah Bota! Rakyat bangkit, Bota berubah!

Pengumuman-Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.
Aturcara

7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"HIJRAH BOTA"

...ra'ayat bangkit,..bote berubah..
No comments:

Thursday, January 17, 2013

Rafizi Mahu Hantar Rosmah Dan Najib Ke Percutian Percuma..

"Pakatan Rakyat Akan Hantar Rosmah Dan Najib Bercuti Ditanggung Sepenuhnya Oleh Rakyat Malaysia."
              Semalam telah berlangsung majlis pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Dun Bota yang telah dilakukan oleh Saudara Rafizi,Pengarah Strategi PKR.Dalam bicaranya beliau telah menerangkan dengan panjang lebar kaitan Rosmah Mansur dengan Deepak dan juga kaitan Raja Ropaah yang merupakan Ketua Wanita Umno Selangor.Dalam hubungan Rosmah dengan Raja Ropaah ini,Rosmah telah memberi suatu lot tanah Di Shah Alam yang sepatutnya didirikan Markas Kem Briged 9.Namun disebabkan kejatuhan Umno pada tahun 2008 di Selangor,urusan pertukaran tanah dari kementerian Pertahanan kepada Raja Ropaah tergendala kerana Kerajaan PR yang baru telah menghalang usaha usaha tersebut.Ini adalah kerana sekiranya ada tanah kerajaan negeri di serahkan kepada kerajaan persekutuan untuk tujuan pembangunan eg.membuat Markas Tentera,ianya mestilah digunakan untuk tujuan itu sahaja dan tidak boleh ditukarkan untuk tujuan lain dan kormesial.
"Saya Dan Pakatan Rakyat Berjanji Membela Nasib Rakyat Miskan Dan Orang Muda,"..Ust Zul
Kami Sokong Najib Dan Rosmah Dihantar Bercuti Selepas PRU 13...!!!
                 Urusan tanah yang tergendala ini menyebabkan Deepak yang telah melabur untuk membeli cincin Rosmah Mansor tidak dapat wangnya kembali.Sepatutnya Raja Ropaah mengunakan wang dari penjualan tanah Markas Tentera ini untuk dibayar kepada Deepak.Namun kerana kesukaran mendapatkan wang dari Rosmah,maka beliau membuat keputusan untuk mendedahkan segala kepincangan kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah.Untuk menutupi masalah ini Najib telah mengunakan tabung pencen Angkatan Tentera sebanyak 160 juta untuk membayar Deepak 30 Juta dan 130 Juta untuk diberikan kepada Raja Ropaah.Deepak merasa tidak puas hati dengan jumlah yang sedikit ini menyebabkan beliau terus membuat pendedahan.

                Menyedari bahawa Najib dan Rosmah amat mengemari mengunakan wang wang rakyat untuk kemewahan mereka.Rafizi telah membuat pengistiharan bahawa sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya,maka Rosmah dan Najib akan diberi percutian dan penginapan  percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di Hotel Sungai Buluh.
Rakyat Bangkit ..Bota Berubah..HIJRAH BOTA..

Rafizi Mahu Hantar Najib dan Rosmah Ke Percutian Percuma Selepas PRU



                Semalam telah berlangsung majlis pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Dun Bota yang telah dilakukan oleh Saudara Rafizi,Pengarah Strategi PKR.Dalam bicaranya beliau telah menerangkan dengan panjang lebar kaitan Rosmah Mansur dengan Deepak dan juga kaitan Raja Ropaah yang merupakan Ketua Wanita Umno Selangor.Dalam hubungan Rosmah dengan Raja Ropaah ini,Rosmah telah memberi suatu lot tanah Di Shah Alam yang sepatutnya didirikan Markas Kem Briged 9.Namun disebabkan kejatuhan Umno pada tahun 2008 di Selangor,urusan pertukaran tanah dari kementerian Pertahanan kepada Raja Ropaah tergendala kerana Kerajaan PR yang baru telah menghalang usaha usaha tersebut.Ini adalah kerana sekiranya ada tanah kerajaan negeri di serahkan kepada kerajaan persekutuan untuk tujuan pembangunan eg.membuat Markas Tentera,ianya mestilah digunakan untuk tujuan itu sahaja dan tidak boleh ditukarkan untuk tujuaan lain dan kormesial.
                 Urusan tanah yang tergendala ini menyebabkan Deepak yang telah melabur untuk membeli cincin Rosmah Mansor tidak dapat wangnya kembali.Sepatutnya Raja Ropaah mengunakan wang dari penjualan tanah Markas Tentera ini untuk dibayar kepada Deepak.Namun kerana kesukaran mendapatkan wang dari Rosmah,maka beliau membuat keputusan untuk mendedahkan segala kepincangan kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah.Untuk menutupi masalah ini Najib telah mengunakan tabung pencen Angkatan Tentera sebanyak 160 juta untuk membayar Deepak 30 Juta dan 130 Juta untuk diberikan kepada Raja Ropaah.Deepak merasa tidak puas hati dengan jumlah yang sedikit ini menyebabkan beliau terus membuat pendedahan.
                 Menyedari bahawa Najib dan Rosmah amat mengemari mengunakan wang wang rakyat untuk kemewahan mereka.Rafizi telah membuat pengistiharan bahawa sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya,maka Rosmah dan Najib akan diberi percutian dan penginapan  percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di Hotel Sungai Buluh.


"Saya Dan Pakatan Rakyat Berjanji Untuk Membela Rakyat Yang Miskin Dan Nasib Anak Muda,"..Ust Zul.



" Kita Hantar Mereka Ke Percutian Yang Tanggung Oleh Rakyat,"..!!
Kami Setuju... Najib Dan Rosmah Dihantar Bercuti..!!!!

Rakyat Bangkit Bota Berubah....HIJRAH BOTA...
Perlancaran Bilik Gerakan Yang Berjalan Dengan Lancor...


Wednesday, January 16, 2013

Bersantai Di Bilik Gerakan BN...Konvoi Menjejak Dan Membelah Arus Biru di Kg Tua Batu 16

Taklimat Oleh Pengarah Jentera Pilihanraya
Bacaan Doa Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim

                 Semalam 19 hb 2013,telah berlangsung suatu program konvoi jejak pengundi di Daerah Mengundi Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan Perak.Tujuan program ini adalah untuk menjejak pengundi pengundi dalam daerah mengundi berkenaan untuk menerangkan info dan isu semasa dengan lebih mendalam kepada pengundi.Dalam program ini,pengundi dapat bertemu muka sendiri dengan bakal calon Pakatan Rakyat untuk memgemukakan persoalan yang mereka kurang faham.
Pakatan Rakyat...Best Beb..

                 Jentera pilihan raya telah dipecahkan kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama dibabah pimpinan Saudara Anuar dan Kumpulan kedua dibawah kelolaan Saudara Basharuddin.Kumpulan ini telah bergerak secara berkonvoi dan berjalan kaki bagi menemui para pengundi.Ketibaan jentera Parti Keadilan ini rata ratanya diterima dengan baik oleh penduduk disini.Jentera juga sempat menyampaikan maklumat maklumat tentang aktiviti semasa Jentera Pilihanraya.sebagai contoh pada 14 hb Januari akan berlangsung Pelancaran Bilik Gerakan DUN Bota yang akan dirasmikan oleh Saudara Rafizi Ramli pada pukul 9.00pm.

Bertemu Sendiri Dengan Pengundi

              Setelah selesai segala aktiviti menjejak pengundi,para jentera telah dijemput oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim untuk menjamu selera di sebuah kedai kopi di Batu 16.Disana sempat juga para jentera beramah tamah dengan penduduk yang kebanyakkannya berjanji akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.Diakhir majlis menjamu selera ini,dibawah pimpinan Encik Zakaria,semua hadirin bersama sama menyanyi dan melaungkan "Rakyat Bangkit ..Bota Berubah, "Hijrah BOTA".
Menjamu Selera Di Bilik Gerakan BN Batu 16
Rakyat Bangkit Bota Berubah..HIJRAH BOTA

Tuesday, January 15, 2013

Orang Kampung Lambor Bote Udah Mula Baca Sorat Khabor Cine...Kenape?

                        Sekarang ini orang orang sebelah lambor,Batu 16 dan Bota sudah mula membaca surat khabor Cine.Nampaknya surat khabor Cina telah meningkat permintaannya akibat pertambahan pembacanya.Ini telah  dinyatakan sendiri  oleh Cina Tanjung Tualang dan Pekan Parit.Peniaga peniaga surat akhbar ini menyatakan keheranan mereka dengan gelagat pembaca Melayu yang ganjil ini.Biasanya pembeli Melayu ini membeli dengan kuantiti yang besar.


                       Pihak TBO telah melakukan siasatan terhadap fenomena baru tersebut.Mengapakah terjadinya suatu perkara yang mustahil itu.TBO telah pergi ke pusat pusat tuisyen di sekitar Bota dan Seri Iskandar,meninjau kemungkinan wujud kelas kelas bahasa Cina yang diikuti oleh pelajar Melayu.Didapati tiada pusat tuisyen yang menganjurkan kelas bahasa Cina disini.

                       Siasat punya siasat,rupa rupanya gelagat orang ramai ini berpusu pusu mendapatkan surat khabor cina ini ialah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar mengenai Himpunan Rakyat KL122.Mereka terpaksa mendapatkan naskah Nanyang Siang Pau,Sin Chew Daily dan Guang Ming ini kerana mendapati lapuran dari akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan dan Berita Harian adalah penuh dengan penipuan dan data data yang dikeluarkan adalah diragui dan boleh dipertikaikan kebenarannya.

                       Untuk menangani permasalahan ini,maka mereka terpaksalah membaca naskah berbahasa Cina yang lebih telus dan benar dalam melaporkan berita berita negara.Oleh kerana tidak boleh membaca tulisan mandarin,maka penduduk terpaksalah meminta rakan tionghua mereka untuk membuat terjemahan.Mana mana yang tak ade rakan tionghua tu,terpaksa lah mereka meneka dan mengagak isi cerita berdasarkan gambor..hi..hi..Walaupun terpaksa berbuat demikian,mereka tetap berpuashati daripada terus diperbodohkan oleh surat akhbar-surat akhbar Melayu itu.

Monday, January 14, 2013

MALAM INI RAFIZI RAMLI...AKAN MEMBONGKAR SEGALANYA!!!..Majlis Tahlil dan Doa Selamat Pelancaran Bilik Gerakan Utama-BGU DUN BOTA



 Tarikh 14 hb Januari 2013 Di Pekan Bota Kanan .

Jemput Datang Solat Maghrib Berjamaah.



Aturcara-
 

7.15 pm     -Solat maghrib,Solat Isyak dan Solat Hajat di BGU

9.00 pm  - Ceramah Oleh Rafizi Ramli.


Penceramah Lain - Tuan Haji Usailli Alias/Ustaz Zulkifly
                  


                                 "SEMUA DIJEMPUT HADIR".

Video sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Linkwithin