Thursday, July 1, 2010

PKR: Anwar mangsa lobi Zionis

Jimadie Shah Othman
Jul 1, 10
6:49pm
Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu bukanlah untuk 'memujuk' Yahudi, sebaliknya bagi menyampaikan ucapan berhubung Islam dan demokrasi di Asia Tenggara, kata ketua penerangan PKR.

Latheefa Koya (kiri) berkata perkara itu telah dijelaskan kepada pemimpin parti itu dalam mesyuarat majlis pimpinan pusatnya di Shah Alam Ahad lalu.

"Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa ketua umum PKR itu berkunjung ke luar negara bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia.

Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American'

"Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis."

Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, merekaAmerican (orang Amerika)," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya.

Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan:

"Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal."

Tuesday, June 29, 2010

40 ulama muda masuk umno ? sandiwara mula terbongkar !

kelulut@telokbakong
29.06.10



Propaganda kurang bijak ini semakin terbongkar.Dari awal desas desus saya cuba mencari maklumat sahih.Cuba sedaya agar tidak tersilap perkiraan.
Akhirnya dapat kisah sahih yang terjadi .Begini kisahnya.

1.Umno telah menganjurkan makan malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Para jemputannya adalah kalangan para ustaz muda. Yang lebih sinonim dengan panggilan ustaz sunnah.
2. Antara tetamu yang hadir adalah Ustaz Asri sendiri , ustaz Abdullah Yassin dan lain lagi.Khabarnya hadirin hampir seratus orang ( itu sebab digembar gemburkan 100 akan masuk umno ).
3.Ketika didalam majlis para ustaz sunnah telah diberi penerangan bahawa mereka ( para ustaz ini ) akan dibela.( kerana kebanyakan mereka sering diburu kerana tiada tauliah).
4. Maka mereka terus diberi jaminan akan mendapat pembelaan dan diberi ruang untuk berdakwah.( tawaran pihak umno)
5.Diakhirnya mereka diminta mengisi BORANG KEAHLIAN UMNO.
6.Tetapi sayang bukan semua jemputan makan malam setuju dengan tawaran tersebut.Ustaz Asri juga enggan diperalatkan dia bukan budak  -  budak semacam putera umno.Langkah beliau diikuti oleh sebahagian besar yang lain tetapi secara senyap.
7. Didalam tempoh" bertenang " ada juga para ustaz yang termakan janji - janji para broker besar umno.Maka mereka berhujah atas maslahah dan hujah masing - masing.
8. Untuk makluman pada malam tersebut Dato seri shahidan kasim turut berada dan memujuk agar mereka bersama perjuangan umno ( tetapi beliau menafikan pernah memujuk para ustaz ini, maka bertambah jelaslah sikap beliau terhadap isu ini dari kaca mata para ustaz yang hadir ).
9.Seorang pemimpin kanan Umno turut hadir .Sebenarnya program ini telah dirancang teliti oleh mereka malah adalah dipercayai ini adalah salah satu agenda besar Umno.
10.Sasaran sebenar mereka adalah Dr Asri . Tetapi ia tidak terjadi maka yang sempat di pujuk adalah ustaz Fathul Bari dan Ustaz Fadhlan mereka ini sering masuk Tv BERNAMA 502.
11. Setelah diasak wartawan bekas Menteri Besar perlis itu membuat kenyataan yang kurang wajar bahawa Dr Asri akan menyusul menghantar borang keahlian  bersama rakan rakannya yang lain.
Beliau ( shahidan) seolah olah merendahkan daya intelek Dr Asri yang merupakan bekas mufti dengan helah daya politik ala umno purbakala.Dengan harapan Asri sudah terperangkap maka kelak akan sertai umno juga.
Jika dahulu mungkin umno mudah untuk membohongi rakyat , tapi kini segalanya sudah berubah.
bersambung  ada kisah yang lebih hangat........
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Linkwithin