Thursday, December 11, 2014

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .


PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.

"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

Monday, December 8, 2014

Projek Terbengkalai Ker? Sapa Mau Pikul Tangungjawab?..Rakyat Jugek Ker..





Ini lah rumah contoh yg akan dibina dan telah dirasmikan MB DS Zamri pada tahun 2012 dan akan siap pada bulan jun 2014, inilah mainanan politik masa nak pru macam2 janji, bila dah menang pru habuk pun tak ada, tapak pun blm buat, semua bekas polis dan tentera diperbodohkan saja, insyaallah kalau umor panjang kita tengok pru yg akan dtg.....rakyat dilupakan kroni diutamakan.(petikan Dari FB)


Apa Kata Mereka di FB


Adun Bota


Pemilihan pemaju dan kotraktor perlu lebih hati hati.jika salah pilih ,banyak projek tak menjadi.akhirnya kerajaan yg kena bertanggungjawab.


Rakyat A

Perlu ambil peduli masalah ini..pemaju dan pihak berwajib perlu Table Talk.



Rakyat B

saya dah byk x call pej tanah, dia orang kata tanya koperasi bila call kop dia kata kerajaan negeri blm luluskan kwsn tgu dan lihat saja la...



Rakyat C

aiseyman...tunggu ajer yeop..pru14 nnti keluo ler balik citer.ni projek pilihanraya..hikhikkkk jgn mare arrr..



Rakyat D

Koje ape lebih dari sabo...rakyat B



Rakyat B

ini bukanye soal sabo ya..cuba kamu baca tarikh mula dibena bln 10 2012 tarikh siap bln 6 2014 sedangkan tapak pun x buat ape lagi tarikh siap dah lepas kan ke menipu namenye....



Rakyat E

Ce kome tengok alasan yg diberikan,memperbodohkan rakyat...



Rakyat F

Kpd pihak2 yg berkenaan perlu lakukan sesuatu. Jgn dah nk pilihanraya baru nk ambik tindakan. Klau terpaksa tangguh or ada mslh perlu inform pihak persatuan utk dihebahkn agar maklumat sampai. Nnti jd isu sperti hospital. Berharap projek rumah ini dpt disegerakn.



Rakyat Msinc Tbo ..hi..hi..
teman ingat waktu perasmian nye dulu..macam ye ye aje...tak sangka jadi macam nie..apasal yekk...tak cukop antor kut...





Rakyat Yang Marah dan Meto 
.... isyyyyy....tak kancop kancop kena BORAKKKK.....bila ke nak insapnyeiiii?????.....sedo2 le komeii oiiiii.....udah2 tu di tenggin tenggin kan demeiiiii.....bukan nak menghasut tp pikio2 le sendiri sebaik-baiknyeiiii.....yg boleh merubah dgn izin Allah ialah kiteii....bukan demeiiii......sebab demeii tu kite yg pilih....sampai bila aci keneiii jeiiii......

Linkwithin