Saturday, December 22, 2012

ADE JUGE YANG TAK BEKENAN..WEH..Ceramah politik timbulkan masalah?



Sumber Sinar Harian..
19 Disember 2012

Antara penduduk yang tidak puas hati terhadap penganjuran ceramah di kawasan perumahan awam Sidec.
SERI ISKANDAR - Pihak berkuasa diminta supaya tidak membenarkan program ceramah politik dilakukan di kawasan perumahan awam.

Perkara itu diutarakan beberapa pihak yang mendakwa tidak berpuas hati apabila sebuah parti politik mengadakan perhimpunan di padang awam di kawasan perumahan Sidec, di sini, 16 Disember lalu.

Antara yang mengutarakan perkara itu ialah Jawatankuasa Penduduk (JKP) Iskandar Perdana 1, JKP Iskandar Perdana Seksyen 5, 6, 7, 8, orang awam dan kariah masjid Al-Sidiq Iskandar Perdana.

Wakil Kariah masjid Al-Sidiq, Nurbidawimunir Arshad berkata, perhimpunan yang dilakukan di kawasan perumahan awam itu menimbulkan masalah kepada penduduk.

Menurutnya, akibat daripada program itu, berlaku kesesakan luar biasa di kawasan perumahan dan jalan berhampiran.

“Mereka yang hadir ke kawasan itu lebih kurang dalam 7,000 orang menyebabkan kawasan perumahan menjadi sesak dan penduduk terhalang untuk keluar masuk.

“Kakitangan awam yang mahu pulang bekerja juga terpaksa bersesak akibat laluan menjadi sempit kerana banyak kenderaan yang datang,” katanya.

Kata Nurbidawimunir, penduduk juga terganggu dengan bunyi bising kerana program itu berjalan sehingga tengah malam.

Jelasnya, keadaan itu mengganggu penduduk yang mahu berehat setelah seharian bekerja dengan bunyi kuat daripada program berkenaan.

“Pihak berkenaan juga mengambil kesempatan menggunakan masjid berhampiran untuk mengadakan tazkirah yang berunsur politik semasa tazkirah maghrib.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana masjid adalah tempat untuk beribadat bukannya menyebarkan perkara berunsur politik,” katanya.

Katanya, pihak penganjur perlu lebih peka terhadap perkara itu dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama dengan menganjurkan program di kawasan perumahan.

 Msinc- penganjur dah mintak permit nak adakan himpunan jauh dari tempat kediaman.tak kasi..jadi kalau nak salahkan..salahkan pihak berkuasa tempatan.3 tempat telah dicadangkan ,ketiga tiga tempat ditolak.Rasanya kalau dianjurkan Sure Heboh kat situ,rasanya orang orang ni tak membantah..sememangnya lalu lintas sedikit sebok..tetapi tak lah sampai susah nak keluar masuk.Ada unit amal yang bertugas dan kesesakan bukanlah seteruk yang digambarkan.Banyak jalan boleh keluar masuk.Kalau orang tempatan ,dia tau lah macam mana nak cari jalan yang tak sebok.Kepentingan ramai mustilah mengatasi kepentingan segelintir masyarakat.Agama dan politik tidak boleh di[isahkan.Golongan sekular yang pisahkan agama dengan kehidupan. Rasa nya tiada bantahan sebahagian besar kariah masjid al siddiq,cuma yang teman tau UMNO jer yang bantah bantah nie..hi..hi..tapi guna nama lain seperti kariah masjid lah,JKP lah..hi.hi..lagi satu...diaorang kata jumlah yang berhimpun tu 7000 orang jer...meh aku betulkan fakta tipu korang tu..jumlah sebenornye cume 700 orang jer..macam mana depa buleh kata ramai ...tak caya tanya rais yatim..ha...ha..ha..lawak gerombolan nihhh...

Ada lagi satu wehhh...nampak betul penipu tanah ayor nye deme ni..deme kata kakitangan kerajaan bersesak sesak mahu pulang kojer...himpunan tu buat pada hari Ahad...mana ada orang kojer..nak nipu pun bior ler real sikit...ha..ha..kantoii...codek benor lee deme ni..sekolah ke ijak..sampai form berapa?

Mesin Kuda Berleluasa Di Tronoh,Tiada Tindakan Dari Pihak Yang Berwajib..Apa Deme Buat ..Tido Ke??


Contoh Mesin Slot

          Masalah mesin kuda di Pekan Tronoh semakin meruncing akibat pertambahan kedai kedai ini tanpa dapat dibendung lagi.Rata rata pengunjung adalah dari bangsa Melayu dan Islam.Tidak ketinggalan terdapat juga para pelajar turut terlibat sama.Para pengunjung adalah mereka mereka dari kampung kampung Melayu yang berdekatan dan juga dari kampung kampung melayu dari Bota dan Lambor.Yang menjadi kehairanan tiada langkah pencegahan yang dibuat oleh pihak berkuasa samada dari pihak Polis ataupun Pihak Kerajaan Tempatan.Jangan jadikan alasan tiada lapuran dibuat sebagai senjata kenapa tiadanya serbua atau pensitaan dibuat.Pertambahan kedai mesin slot ini jugu diakibatkan dengan pertambahan lot kedai yang begitu mendadak di Tronoh menyebabkan sewa kedai begitu murah disni.

          Kedai kuda ini nampaknya beroperasi secara terang-terangan.Biasanya kedai ini mengunakan kod pengiklanan rahsia,namun walaupun begitu sekiranya serbuan hendak dilakukan kedai kedai ini senang sahaja untuk dikenal pasti.Cuma kaki kaki judi dapat mencari kedai ini dengan mudah.Kesannya keatas penjudi ini adalah begitu buruk sekali.Akibat judi,mereka kekurangan wang dan tidak mustahil mereka akan menjadi penjenayah untuk mendapatkan wang.Ada juga pejudi pejudi adalah datang dari golongan peniaga kecil Melayu.Akibat dari ketagihan judi ini menjadikan perniagaan mereka tidak dapat berkembang dan menjadi merosot.Sekiranya mereka tetap meneruskan aktiviti ini ,tidak mustahil suatu hari nanti perniagaan mereka akan ditutup kerana tidak dapat menyediakan modal pusingan.Oleh itu hendaklah pihak kerajaan yang ada mengambil langkah yang berkesan untuk menyekat gejala ini.Sekira nya anda tidak mampu.Pakatan Rakyat sentiasa bersedia mengambilalih tugas anda.

Msinc-Pernah tengok seorang teman yang awal awal bulan dah minum air paip sebab dah kehabisan wang gaji akibat bermain kuda ini.

Friday, December 21, 2012

Sila Hadir Beramai Ramai Ke Simulasi Piliharaya DUN BOTA Di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan



Mock Election Atau Pilihanraya Olok Olok Akan Dijalankan Oleh Jentera Piliharaya DUN Bota Pada 25 Disember 2012.

            Dijemput semua jentera parti,ahli NGO,sukarelawan dan  orang persaorangan untuk turut serta didalam aktiviti simulasi pilihanraya ini.Program akan diadakan di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan pada 25 Disember 2012.Bermula pada pukul 8.00pagi-6.00 petang.Sila hadir beramai ramai tanda sokongan anda.

              Simulasi Pilihanraya atau "Mock  Election"  akan diadakan oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota pada 25 Disember ini  di  Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan. Ianya lebih dikenali sebagai pilihanraya olok olok ini adalah suatu alatan atau kaedah untuk mengkaji pola pengundian atau kecenderungan pengundi terhadap parti parti yang bertanding.Ianya adalah suatu perkara  yang dilakukan oleh parti parti politik sebagai satu kaedah untuk mengukur tahap sokongan dan juga kepopularan suatu parti  yang  bertanding.

                Oleh kerana ini adalah suatu projek besar yang bakal dijalankan oleh Jentera Pilihanraya dan merupakan salah satu kaedah utama untuk Pakatan Rakyat bagi memenangi Piliharaya Umum ke 13, ianya melibatkan kedua dua parti yang bertanding iaitu PAS dan PKR.Sukarelawan juga melibatkan dari kedua dua parti.Manakala beberapa pemerhati dari PKR Pusat akan turut sama membantu dalam menyelia aktiviti ini.

             Sebagai penutup kepada ‘mock election’ ini,satu siri ceramah perdana akan diadakan di Telok Bakong.Para pemimpin yang dijangkakan akan berucap ialah Ketua Serikandi Siti Aishah Sheik Ismail dan Ustaz Zulkifly Ibrahim.Para Pemimpin ini akan diberi taklimat tentang keputusan dan dapatan data dari pengundian olok olok yang dijalankan pada siangharinya.

Lagi Lagi Gambar Himpunan Kebangkitan Negeri Perak

Tak Ramai..Ade lah 300 orang jer..

Nak Rapat Ke Depan Pun Susah..

Sejauh Mata Memandang


Ubah Sekarang Sebelum Terlambat

Ini Lah Peluang Paling Cerah Untuk Menumbangkan Barisan Nasional
Barang Antik Pun Nak Joint Pakatan..Bravo..
Walau Hujan Lebat,Hadirin Tidak Berganjak
Trailer Yang Transform Menjadi Pentas
Hidup rakyat..
Add captionKonvoi dari Sg Manek Dan Kg Gajah
Pemimpin Pakatan Rakyat Diatas Pentas Trailer

Thursday, December 20, 2012

Pilihan Raya DUN BOTA Pada 25 Disember 2012..?



Moop Election Atau Pilihanraya Olok Olok Akan Dijalankan Oleh Jentera Piliharaya DUN Bota Pada 25 Disember 2012.

Stimulasi Pilihanraya atau Moop  Election  akan diadakan oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota pada 25 Disember ini  di  Titi Gantong. Ianya lebih dikenali sebagai pilihanraya olok olok ini adalah suatu alatan atau kaedah untuk mengkaji pola pengundian atau kecenderungan pengundi terhadap parti parti yang bertanding.Ianya adalah suatu perkara  yang dilakukan oleh parti parti politik sebagai satu kaedah untuk mengukur tahap sokongan dan juga kepopularan suatu parti  yang  bertanding.

                   Pilihanraya olok olok ini akan melibatkan keseluruhan  16 UPU  yang  terdapat  di  Dun Bota.Setiap  UPU  akan menghantar seramai  10  orang  sukarelawan  yang  akan melakukan pengenalpastian (culaan) terhadap pengundipengundi dari kawasan mereka.Data data ini akan dikumpulkan dan seterusnya dikaji oleh penganalisi dan pakar strategi jentera kempen piliharaya untuk menentukan tahap sokongan dan tindakan tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki strategi strategi agar lebih ramai pengundi akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

                 Oleh kerana ini adalah suatu projek besar yang bakal dijalankan oleh Jentera Pilihanraya dan merupakan salah satu kaedah utama untuk Pakatan Rakyat bagi memenangi Piliharaya Umum ke 13, ianya melibatkan kedua dua parti yang bertanding iaitu PAS dan PKR.Sukarelawan juga melibatkan dari kedua dua parti.Manakala beberapa pemerhati dari PKR Pusat akan turut sama membantu dalam menyelia aktiviti ini.

             Sebagai penutup kepada ‘moop election’ ini,satu siri ceramah perdana akan diadakan di Pekan Lambor Kanan.Para pemimpin yang dijangkakan akan berucap ialah Y.B Azmin Ali, Tengku Iskandar Al Hiss dan Ketua Serikandi Siti Aishah Sheik Ismail.Para Pemimpin ini akan diberi taklimat tentang keputusan dan dapatan data dari pengundian olok olok yang dijalankan pada siangharinya.Dijangkakanucapan Y.B Azmin Ali akan membuat kesimpulan dan pengulungan tentang keputusan stimulasi piliharaya ini.

Linkwithin