Saturday, September 8, 2012

HADIS 5: SIRI 40 HADIS UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun
kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan
Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Riwayat Muslim)

Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan
Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.
Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan
sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita
dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang
kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi
dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap
dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali
barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

HADIS 6: GOLONGAN ANTI HADITH

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia
berkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja.Apa yang di
halalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan".
Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh
Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."
(Riwayat Abu Daud)

Keterangan:
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya
kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan
tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan
pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak merujuk
kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis
panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan
serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh
kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia
mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Friday, September 7, 2012

Selamat Hari Raye,Maaf kan Saye yee..

Kad Ucapan Hari Raya Yang Telah Dihantar Kepada Semua Warga FELDA

Msinc-Merasa ganjil..kenapa tahun ini orang tu hantar kad raya dan mohon maaf kepada semua warga FELDA..tahun lepas ada ke dia hantar kad raya pada korang...bersungguh sungguh benor mintak maap nyee yer..hi..hi.. Rakyat dibahulu...Janji Dicapati....


Thursday, 6 September 2012 - Saham felda jatuh,BN cepat lah di tumbangkan!!

PENEROKA BENAR BENAR DAPAT DURIAN RUNTUH.??


Isa Samad Felda FGV Saham FGV di Bursa Malaysia Dah Mula Jatuh Merudum (RM4.85). Apa Kata Isa Samad? Saham FGV di Bursa Malaysia Dah Mula Jatuh Merudum (RM4.85). Apa Kata Isa Samad?
Penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia sebelum ini telah menunjukkan hari pertama dagangan telah mencecah pada harga RM5.46. Itu cerita yang berlegar pada 3 bulan yang lalu. Pasaran saham ada turun naiknya. Tetapi apa perkembangan terkini nilai dagangan saham FGV ketika ini?


Saham FGV Felda Saham FGV di Bursa Malaysia Dah Mula Jatuh Merudum (RM4.85). Apa Kata Isa Samad?
Kalau diikutkan cerita dan faktanya, FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook. Sekarang ini, harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5.00, apabila ditutup berada pada paras RM4.85, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

Saham FGV hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.

Kita pernah mendengar sebelum ini Amanah Saham Johor, hanya ambil masa 3 bulan sahaja sebelum jatuh selepas itu. Tetapi persoalannya sekarang ini apa yang akan terjadi kepada saham FGV adakah akan menjadi semakin teruk atau kembali stabil selepas ini?

Andaikata peneroka bertindak mahu menjual saham FGV mereka yang “seciput itu” secara senyap-senayap ataupun melalui sindiket, maka pegangan bumiputera akan berkurangan dan tinggal nama sahaja.

Seperti biasa Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Isa Samad individu penting yang “menjayakan projek penyenaraian saham FGV” di Bursa Malaysia terus menabur keyakinan :

“Saya percaya dengan perancangan yang kita telah dijalankan, FGVH akan menjadi jauh lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Saham FGV – Pembahagian Saham :

-Isa Samad ada syer RM180,000, awal penyenaraian harga saham melonjak dari RM 4.45 mencecah RM5.39. Bayangkan RM180,000 kali 80 sen berapa jumlah keuntungan yang diperolehi Isa Samad?

-Peneroka pun ada syer. Bukan tiada langsung. Tetapi 800 unit saham seorang. Cukup? Munasabah

Senang jadi orang bernama Isa Samad ini rupanya. Apabila saham naik beliau akan dakwa betapa bijaknya dia mengkayakan Felda. Tetapi apabila saham FGV mula jatuh merudum mula mencari alasan pasaran dunia jatuh, serangan soros, manipulasi harga,spekulator asing. Ada lagi alasan selamat yang lain?
Berita Semasa


Thursday, September 6, 2012

Surau Surau Hijau Disisihkan..


                   Tugas pemimpin  yang paling utama ialah untuk mendekatkan para pengikut atau orang dibawah kepimpinan nya untuk mendekatkan diri pada penciptanya.Semakin kepimpinan membawa insan semakin jauh dari Allah bermakna semakin gagal sesaorang pemimpin itu.Seorang pemimpin yang gagal akan dipersoalkan dan akan menerima balasan diatas perbuatan nya didunia ini.Ini bermakna pemimpin yang dilantik mustilah berlaku adil dan saksama kepada keseluruhan orang yang berada dibawah penjagaannya tanpa memilih bulu atau menumpukan agihan kepada sekumpulan sahaja.Tumpuan dan agihan material  mustilah adil dan sekata tanpa mengira fahaman politik,kaum,jantina dan lain lain.Pemimpin melakukan amalan membeza-bezakan dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri dan penyokong nya sahaja adalah bersifat Assabiah.Sifat ini adalah dilarang dalam ugama Islam.
                   Dalam menentukan pengagihan material ini terdapat golongan yang terpinggir dan disisihkan oleh pemimpin pemimpin parti yang memerintah.Pemencilan ini bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin utama tetapi juga oleh pemimpin tempatan atau pemimpin ditahap yang paling bawah.Mereka mengenakan banyak sekatan dan tekanan kepada penyokong parti lawan dengan harapan parti lawan akan lemah dan dapat disingkirkan.Pemimpin peringkat bawahan ini terdiri dari ketua ketua kampong dan Ahli Jawatan Kuasa Kampung yang dilantik dari kalangan pemimpin Umno Cawangan.Mereka ini adalah menurut arahan Pemimpin Umno Bahagian dan Pusat.Tindakan seperti ini dianggap zalim dan tidak mencerminkan gaya pimpinan Islam yang adil.Gaya pimpinan seperti ini adalah mengikut kaedah kaedah tidak  Islamik.

                Surau Ijtimak di Kg Tanjung Gelugor Bota Kanan adalah salah satu surau di dalam Perak Tengah yang telah didiskriminasikan oleh pemimpin pemimpin  tempatan.Surau ini telah dinafikan segala peruntukan yang patut diterima seperti Sutau surau yang lain.Ini adalah kerana pemimpin tempatan berangapan  bahawa surau ini digunakan oleh Parti Pembangkang dan jamaah surau ini sendiri adalah penyokong kuat Parti PAS.Memang benar rata rata jamaah surau tersebut adalah penyokong penyokong kuat Parti Pas.Perkara ini bertambah ironik lagi bila mereka juga turut menjemput Ustaz atau Guru guru Agama untuk mengajar daripada pemimpin PAS tempatan.Namun begitut hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.Agihan material mestilah adil dan saksama tanpa mengira Parti.Ianya seperti mana,satu satu kerajaan hendak mengutip cukai,tiada pelepasan disebabkan keahlian parti Politik.Semua orang kena bayar cukai,tetapi dalam agihan masih ada yang tersisih.Pemimpin boleh menghantar Guru guru atau Ustaz pilihan mereka untuk mengajar,kerana tidak ada halangan dalam ugama Islam untuk mengembangkan ilmu ke jalan Allah.Tetapi perkara demikian tidak dilakukan oleh pemimpin ini,kerana mereka percaya sekiranya masyarakat mempunyai kefahaman ugama yang baik,secara langsung sokongan kepada Umno akan merosot.Ini dapat menerangkan kenapa UMNO memberi  tekanan kepada Sekolah Sekolah Agama.
                 Pihak TBO mengambil kesempatan untuk menyeru kepada segenap lapisan masyarakat dan juga anak anak tempatan supaya berlembut hati untuk menyumbang kepada kebajikan surau ini.Terdapat beberapa keperluan yang perlu diadakan untuk kebajikan  para jamaah seperti tempat mandi mayat (buat masa ini ianya di pinjam dari surau lain).Mengadakan tempat parking motorsikal.Menambah beberapa kipas dan membaiki tempat mengambil air sembahyang dan kerja kerja pemuliharaan surau.Sesungguhnya rezeki itu adalah dibawah kekuasaan Allah bukan nya ditangan Umno.Insya Allah,surau ini tetap akan aktif dalam melakukan aktiviti aktiviti nya .Akan ada insan insan yang lembut hati yang digerakkan oleh Allah yang akan membantu.Sebarang sumbangan dan bantuan Tuan Puan bolehlah berhubung dengan Pengerusi Surau Ijtimak ,Encik Kamaruddin (Mat Lenggong) ditalian 0165965146.Sesungguhnya setiap sedekah itu dapat menyuburkan harta dan menghapuskan dosa dosa.Pasti ada balasan diakhir nanti.

Msinc-Terkezut pada mula nya, ingatkan surau ni berwarna hijau ..tu pasal deme sekat..bukan ropenyer…surau ni berwarna pink lagi…itu yang menghairankan  surau pink pun diorang sekat jugek…he..he..Ada kawan yang bukan berugama Islam pun menganggap bahawa surau ini tidak boleh disekat dari mendapat segala kemudahan disebabkan pandangan politik yang berbeza.Suatu pandanagan yang bernas jika dibandingkan dengan orang seugama..Pemimpin…anda bolehlah siasat perkara ini..tengok macam mana orang orang anda buat kerja…segala kerjasama dan bantuan anda ,terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih.

Tuesday, September 4, 2012

Korang Ajorr....Ade ke UMNO Kesah??..Sapa Punya Keturunan ni??..

Tak de masuk Utusan pun...TV3 apatah lagi...Berita Hairan...lagi jauh dari panggang dari api...|TV1 dan TV2..puahhh..Perkara ni terjadi lama dah..tak ade sapa sapa yang kesah kecuali penyokong PR.Macam mana sistem negara ini beri layanan terhadap sesuatu isu..ada isu yang di high light kan..ada isu yang ditutup..fikir fikirkan lah pada mereka yang minda nya tertutup...Budak budak suruhan  buat lebih teruk dari itu kepada gambar pemimpin PR...Utusan tak kecoh pun..jangan ler double standard..di Permatang Pauh..Pemimpin PR dihina dengan aksi lucah yang dibuat oleh Putera Puteri Umno..ada sapa sapa yang kisah..,sebenarnya kes pijak gambar ini adalah perkara biasa dilakukan diluar negeri...ianya bukan suatu kesalahan..tapi kalau kencing gambar pemimpin dah kira korang hajor dan tiada adap...jadi nilai lah sesuatu isu dengan rasional..bukan ikut suruhan tuan sahaja..macam hanjinnn...


Pelajar Pijak Gambar PM Ditahan, yang kencing gambar TGHA dan gambar TGNA dah tangkap ke???





CHERAS: Polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat memijak gambar Perdana Menteri ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
 

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang akan dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut. "Kami menerima maklumat mengenai tempat tinggal ibu bapa suspek sebelum menahannya di kolej. Polis turut bercakap dengan dua lagi saksi yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas tangkapan itu pada Selasa. 






Pada Isnin, polis telah menubuhkan tiga pasukan khas untuk menyiasat tiga laporan membabitan insiden di Dataran Merdeka, serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat dan tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011... - MSTARONLINE


Msinc-Salah ke pijak gambor orang..atas akta apa nak tahan ni...tunjjuk aksi lucah kat orang di Permatang pauh dulu tak salah ke?..bebudak yang kencing gambar TGHH danTGNA tu kenapa Polih tak cari dan tahan..bior le adil sikit...





Linkwithin