Oleh KTB
Suatu kemalangan maut telah berlaku di Pekan Sehari Bota lebih kurang jam 11 pagi tadi.Di beritakan sebuah bas yang hilang kawalan telah melanggar salah satu gerai disitu dan mengakibatkan kematian seorang warga Telok Bakong iaitu Hajjah Zaimah isteri Hj.Huri.Mangsa adalah anak Oden kedai.Kematian mangsa berpunca dr kecederaan teruk dibahagian kepala.Berita terbaru kemungkinan besar jenazah akan dikebumikan hari ini juga.Sama-sama kita menyedekah Al-Fatihah kepada allahyarhamah agar rohnya ditempatkan dikalangan orang orang soleh dan solehah.Amin.
Saturday, April 12, 2008
Perhimpunan Pakatan Rakyat Di Stadium Perak
Kelima - lima pemimpin negeri PAKATAN RAKYAT besar kemungkinan akan menghadiri PERHIMPUNAN PAKATAN RAKYAT pada 14hb April 2008 di Stadium Perak.Ucapan dari pemimpin kita berkemungkinan bermula awal.Solat Isyak dan diikuti Solat Hajat turut terdapat dalam agenda gemilang malam tersebut.Pasti ini mencatatkan sejarah gemilang buat rakyat Perak khususnya.Nur islam mula mekar semula di Darul Ridzuan.
Maka kita harus hadir beramai-ramai memberi sokongan tanda kita bersatu padu walau banyak rintangan dan dugaan dari KABINET DAPUR.Datang awal,mematuhi arahan pihak berkuasa,bawa sejadah serta payung.Di samping memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi diatas kemenangan PAKATAN RAKYAT seterusnya menjana semangat bekerja keras demi PRU 13!!Harapan Baru Malaysia Bersama PAKATAN RAKYAT.
Maka kita harus hadir beramai-ramai memberi sokongan tanda kita bersatu padu walau banyak rintangan dan dugaan dari KABINET DAPUR.Datang awal,mematuhi arahan pihak berkuasa,bawa sejadah serta payung.Di samping memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi diatas kemenangan PAKATAN RAKYAT seterusnya menjana semangat bekerja keras demi PRU 13!!Harapan Baru Malaysia Bersama PAKATAN RAKYAT.
Lawatan Silverian Ke Studio Rakaman Di Telok Bakong
Tuesday, April 8, 2008
Ketua Kampung UmNo Perak masih diperlukan?
Seramai 817 bekas ketua kampung UmNo di Perak di serapkan di bawah kelolaan Menteri Kemajuan dan Luar Bandar.Apakah rasionalnya perlantikan ini ketika Pakatan Rakyat sedia maklum akan mengumumkan ketua kampung serta JKKK yang baru.
Ini menunjukkan UmNO masih tak dapat menerima kenyataan akan kekalahan dalam PRU 12 yang lalu.Kita sebagai manusia yang bermaruah seharusnya menerima ketua kampung dari Pakatan Rakyat dan memberi peluang kepada mereka memperbetulkan segala kelemahan -kelemahan yang lalu demi manfaat semua.Nak minta sain borang pun 10 kali tak tentu jumpanya kalau Tok Sidang lama...ade kome dengo cerita ini?
Polisi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang telus dan terbuka akan di salurkan melalui ketua kampung kelak.Marilah kita meneruskan arus perubahan ini.
Monday, April 7, 2008
Hati Hati Warga Telok Bakong!!
Baru baru ni kejadian pecah rumah muncul kembali menghantui kg kita.Semalam je ligan 3 4 biji romah.Hakap bebenor hantu tu.Masih dalam siasat polis.Jadi dinasihat kita lebih berwaspada menjaga kediaman sendiri.Hari Jumaat masa suami kita ke masjid kunci pintu tu,jangan dibiorkan ngange je.Kalau jiran ninggalkan romah sehari dua tu tengok tengokkan.Berpakat pakat membawa berkat.
Terkini Telok Bakong
Perbincangan mengenai senarai JKKK dan Ketua kampung yang baru di bawah Pakatan Rakyat hampir selesai.Kampung Telok Bakong mempunyai 3 orang ketua kampung yang terdiri Kg Padang Marhum,Kg Telok Bakong Tengah dan Kg Paloh.Sama sama kita nanti Pakatan Rakyat disini mengumumkannya nanti!!! Sabor kome...
Subscribe to:
Posts (Atom)