Monday, April 22, 2013

DVD Libanglibu - Lembu Rakus terbitan Roketkini.com di lancarkan hari ini.


22/4/2013 (Mon) 1130 am di Dewan Rumah EXCO., Jalan Hablur 7/6, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Akhir siap dilancarkan DVD Libanglibu - Lembu Rakus hari ini.Dapat dari Roketkini.com.Album Koleksi Pemenang Pesta Lagu Jalanan. Album ini mengandungi karya asal oleh kumpulan muda-mudi Malaysia. Lagu-lagu ciptaan mereka juga merupakan suara hati dan harapan mereka terhadap masa depan negara kita yang tercinta ini.

Lagu-lagu ini juga menggambarkan semangat generasi muda ini yang komited untuk memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan, anti-rasuah, demokrasi dan patriotism.Libanglibu berasal dari Telok Bakong Bota Kanan sebuah kumpulan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan menolak kezaliman BN.

Lembu Rakus
Composer : Jaz Irwan
Lirik : Jais Wings
Muzik : Libanglibu

Keputusan Terkini DSAI DI Lambor Kiri..Akan Lakukan Rundingan Untuk Elak Pertembungan PAS PKR..Harap Penyokong Bersabar.Che Gu Bard Sah Bertanding..PAS 3 PKR 3..Adil...

Ustaz Zulkifly Ibrahim Calon DUN Bota
M.C RAMLI ADNAN
Wakil UPU Kg Kuchai
Dari UPU Padang Changkat..Pakai Baju Kunin Lagi..Chewahhh
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh..Beliau menambah lagi,bahawa beliau telah bertanya kepada Pimpinan Pas bahawa adakah ada sesiapa calon dari Pas akan bertanding disana.Setelah yakin bahawa DUN tersebut tidak akan ditandingi oleh PAS,Maka dia meletakkan Che Gu Bard disana.Sekiranya beliau tahu bahawa calon PAS akan bertanding,beliau tidak akan meletakkan Che Gu Bard disana

Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.Beliau berusaha akan mempastikan tiada pertembungan antara PAS dan PKR dimana mana kerusi.

"Bagi kita tempoh sehingga esok hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Telok Sena Lambor Kiri, Bota semalam.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS sekiranya tiada rundingan dibuat dikalangan pimpinan pakatan rakyat.

Dato Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa Manifesto yang dilancarkan oleh Barisan Nasional baru baru ini adalah diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat.Beliau memberi contoh penurunan harga kereta,permit teksi,air percuma dan sebagainya.Beliau mengambarkan keadaan ini sebagai "kehabisan idea" oleh pemimpin BN.

Beliau telah berucap selama kira kira 45 minit dihadapan penyokong dan beliau juga turut berharap supaya rakyat sekeliannya dapat menaikan dan memberi mandat kepada calon calon Pakatan Rakyat yang bertanding Ustaz Ismi Mat Taib Parlimen Parit,Ustaz Zulkifly di DUN Bota dan Dr Najiha di DUN Belanja.-TBO


Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh

(Oleh Aisha Geoffrey)
SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.
chegubard3Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.
Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.
Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.
Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50701

 

3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

Harakahdaily, 22 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM  di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.


Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Talqin Untuk Umno

Sajak Nukilan Ramli Adnan

Apabila datang gerombolan umno
Tegas jawap pada mereka kita tak suka ditipu
Datang juga wanita bertatah berlian katakan juga tidak
Tegas dan lancar jawap inikah wassatiyah


Datang juga sibebior merah kini dah pucat berbenor
Datang sipipi lebam
Jawap dengan terang dan jelas maaf.. umno


Jangan takut atau gentar dengan berani tanya mereka
Datang nak apa lagi?
RM 500 tak cukup..kami mahu sara hidup yang rendah
Kalau bagi kain batik sehelai minta sekudi
Kalau gula tepung sekampit,minta selori
Tiada gigi minta gigi
Minta juga ganti cermin mata


Apalagi atap dah bocor minta ganti
Limbah melimpah minta korekkan
Apa saja musti dikasi sebelum mengundi


Jangan lupa juga minta harga barang naik bior 50 ringgit dapat 3 biji cili
Minta naik harga minyak minta naik cas air dan letrik
Jangan kawal barang bior harga tinggi kami suka
Tidak apa..kami suka wehh..


Ayat selalu didahulukan bior keme pape..pemimpin bersuake ria
Apa kira negara banyak berutang rakyat bayor
Bio keme susah kome pulun dan kedarah hasil negara
Bior deme marah rakyat susah didahulukan


Kalau mereka jawab tanya mereka balik
Katakan dengan terang jelas dengan penuh yakin
Wahai kaum keluarga ku yang cerdik dan pandai

Keme ini mentimun..Apa saja kasi di terima

"HIJRAH BOTA....RAKYAT BANGKIT ..BOTA BERUBAH..

Sunday, April 21, 2013

Bersambung..Hari Penamaan Calun Di Seri Iskandar

9.00-Para penyokong Pakatan Rakyat memenuhi perkarangan Pejabat Daerah Perak Tengah.Kedua dua penyokong dibahagikan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara kedua dua belah pehak.Di pondok Pakatan Rakyat laungan Takbir dan bacaan zikir berkumandang disepanjangan Majlis.Bacaan doa juga menyelangi alunan zikir.
Sempoi Cakap Lu..Hakikat Perjuangan..
Makanan dan minuman diagih agihkan kepada orang ramai untuk menyegarkan penyokong.Makanan dan minuman ini adalah sumbangan orang ramai yang bersimpati dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Wakil Dari UPU Layang Kanan
10.00-Calun calun memasuki Pejabat untuk urusan penamaan.Tempoh bantahan diberikan,namun tiada bantahan diterima.

Anak Muda Bersama Pakatan Rakyat

12.00-Pegawai SPR mengumumkan calun calun yang bertanding untuk Parlimen Parit dan DUN Bota dan Belanja.
Ajer Ngan Kreatif
Bekalan Makanan Dan Minuman Disediakan Oleh JDM Telok Bakong

Salah Seorang Penyokong Setia Ustaz Zul ..Ustaz Zul tu ..Lupe Tido aje..Katanya..
12.30-Calon calun memberikan ucapan perangsang kepada Petugas dan Penyokong.Dalam Ucapan Ustaz Zulkifli Ibrahim,antara lain menyeru semua penyokong PR agar menambahkan usaha gigih supaya memperolehi kemenangan.Penyokong Pakatan Rakyat bersurai,makanan diagih agihkan dikalangan penyokong.
Ini Juge Dari UPU Layang Layang Kanan

Saturday, April 20, 2013

DATO SERI ANWAR IBRAHIM TURUN PERAK LAGI...JOM KITE DATANG RAMAI RAMAI..

DATO SERI ANWAR IBRAHIM TURUN PERAK LAGI...JOM KITE DATANG RAMAI RAMAI...

Masa :            Pukul 9.00 malam,
Tarikh:             21 hb APRIL.

CERAMAH DSAI DI KG TELOK SENA LAMBOR KIRI,MOH KITE....DSAI BOOOOOOM LAGI BOTE....DEME DAH NGELUPORRR....

Berikut Adalah Jadual Penuh

21 April 2013 (Ahad)
1) 10.30 pagi – Sepagi Dengan Anwar Ibrahim
Lokasi : Pekan Kuala Kurau
2) 12.00 tghari – Santai Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pekan Bagan Serai
3) 2.30 ptg – Santai Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Kampong Anak Kurau
4) 4.00 ptg – Santai Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Kampong Baru Sauk
5) 6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar
6) 9.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Kampong Teluk Sena, Lambor Kiri
7) 11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Batu 9, Lekir, Sitiawan

Terkini..Hari Penamaan Calon Parlimen Parit DUN Bota Dan Belanja Meriah part 1

8.00 am - Penyokong Pakatan Rakyat dari Parti Pas dan PKR berkumpul dihadapan Masjid Seri Iskandar dengan banner banner dan sepandok menunjukkan sokongan.Dianggarkan kira kira 2500 orang telah berada ditapak ini untuk menberikan sokongan kepada calun calun PR yang bertanding.


Calun Parlimen Parit P69 ialah Ustaz Ismi bin Mat Taib( YDP PAS Parit ),seorang lulusan agama dan seorang peniaga.Calun Dun Belanja ialah Dr Najhahtussolehah bt Ahmad seorang doktor perubatan,merupakan Ketua Muslimah Pas Perak dan Parit.


Parti Keadilan Rakyat pula mengemukakan Ustaz Zulkifli Ibrahim sebagai calon.Beliau merupakan anak kelahiran Kg Batu 16 Lambor Kanan.Merupakan Ketua Penerangan PKR Perak dan Ketua Cabang Tambun.Beliau pernah bekerja dengan Jabatan Ugama Islam Negeri Perak sebagai pendakwah.Memiliki Sarjana Muda Sains Pendidikan Islam dari UTM, Diploma Pengajian Islam UKM dan Diploma Pengurusan Perbandingan Kolej darul Hikmah.


9.00 am -Para penyokong dan semua hadirin mula berarak menuju ketempat Penamaan Calon iaitu Pejabat Kemas Seri Iskandar.Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan zikir dan laugan takbir diselang seli dengan laungan semangat.Manakala calun Barisan Nasional berarak dari arah yang bertentangan dengan diiringi oleh para penyokong seramai lebih kurang 800 orang.Calon BN di peringkat Parlimen ialah Dato Zaim Abu Hassan,DUN Bota Dato Nasaruddin Hashim dan DUN Belanja Nizar Zakaria.


Trailer Pas..Ooops..Pick Up jer
Apa Tuuu...Katak Si Katak Lompat Rupanya..Ngape Boleh Ada Disini??..Hi..Hi


Friday, April 19, 2013

20 meter padu air percuma jika Pakatan perintah semula Perak

IPOH 16 APRIL: Rakyat Perak bakal memperoleh 20 meter padu air percuma jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih semula pentadbiran negeri yang dirampas BN pada 2009.
Gaji minima RM1,100 sebulan bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan negeri termasuk antara dasar yang akan dilaksanakan Pakatan di negeri itu.

Perak

Turut ditawarkan potongan premium tanah sehingga 50 peratus, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan tarif air sehingga 2018.

Semua tawaran ini dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Perak yang dilancarkan semalam oleh Pengerusi Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di sini.

Antara dasar lain yang ditawarkan adalah mengamalkan sistem tender terbuka dan penyediaan bantuan pengurusan jenazah RM1,000.

Pakatan Perak juga akan meneruskan pemilihan Ketua Kampung yang diperkenalkan ketika pemerintahannya selama 8 bulan antara 2008 hingga 2009.

Pakatan juga komited dalam membasmi kemiskinan dengan memastikan setiap isi rumah memperoleh sekurang-kurangnya RM760 sebulan.

Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, manifesto tersebut mengambil kira kepentingan semua kaum dan golongan rakyat.

“Manifesto ini kita nampak ada penekanan kepada kelompok belia, kanak-kanak, OKU, ibu tunggal, supaya Perak menjadi negeri ‘welfare’, negeri berkebajikan,” katanya dipetik Media Selangorku.
Tambah beliau, adalah menjadi komitmen Pakatan dalam memastikan taraf dan kualiti hidup rakyat Perak meningkat sejajar dengan pengembangan dan kemajuan negeri lain.

“Kita tak mahu mereka hidup tak selesa sedangkan kita ada sumber-sumber yang boleh dilipat ganda. Kita mahukan supaya gross (kadar pembangunan) di negeri ini berada pada sekitar 6 peratus setahun,” kata Muhammad Nur.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50503

Markas Pas Dibakar Oleh Mereka Mereka Yang Panas Hati..Penduduk Memendam Rasa..Janji Buat Perubahan..

Hanguss..Hancusss..Angkara Siapa?
 Pada pagi 15 hb April 2013 yang lalu telah berlaku satu peristiwa yang mengemparkan arena politik negara,sebuah UPU Pas Cawangan Felcra Nasarudin Bandar Seri Iskandar telah dibakar kira kira 5.00 pagi.Kejadian ini disedari oleh seorang penduduk yang hendak pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh.Tindakan pantas beliau untuk memadamkan api berjaya menyelamatkan UPU dan kedai kedai yang sederet dengan dari turut disambar api.

Berita Ini Mendapat Liputan Berita Perdana Dan Malaysia Hari Ini
Para petugas kemudiannya telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian tersebut.Dipercayai kejadian ini bukanlah akibat kecuaian tetapi lebih cenderung sebagai perbuatan khianat oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.Berikutan dengan laporan Polis yang dibuat, pihak Polis telah melakukan satu tangkapan untuk soalsiasat.Seorang pemuda telah ditahan dan disyaki terlibat dalam kejadian itu.Namun sehingga kini tiada maklum balas dari pihak polis.

Sebagai langkah berhati hati dan keselamatan,arahan dari Pas Kawasan telah dikeluarkan meminta semua petugas membuat jadual untuk melakukan rondaan dan bermalam didalam pondok UPU kawasan masing masing.

UPU Felcra Nasaruddin adalah sebuah bilik gerakan yang aktif dikawasan berkenaan jika dibandingkan dengan Bilik Gerakan Umno.UPU ini sentiasa dipenuhi oleh penyokong penyokong dan beberapa aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat orang ramai.Dirasakan UMNO menjadi semakin terdesak setelah culaan atau bancian dijalankan menunjukkan BN telah ketinggalan sebanyak 70 undi dikawasan tersebut.Tekanan berterusan apabila Cawangan Umno berkenaan telah dilawati oleh pemimpin utama bahagian.

Walaubagaimanapun kita tunggu maklum balas dari pihak Polis untuk kepastian.Sebarang andaian tidak dapat dibuat sekarang untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dikalangan parti parti yang bertanding.Bagi pihak penduduk,mereka merasa begitu marah pada pelaku.Rata rata mereka dapat membuat penilaian sendiri terhadap perkara ini dan berjanji akan mempamirkan ketidakpuashatian mereka melalui kertas undi.

Linkwithin