Friday, April 19, 2013

Markas Pas Dibakar Oleh Mereka Mereka Yang Panas Hati..Penduduk Memendam Rasa..Janji Buat Perubahan..

Hanguss..Hancusss..Angkara Siapa?
 Pada pagi 15 hb April 2013 yang lalu telah berlaku satu peristiwa yang mengemparkan arena politik negara,sebuah UPU Pas Cawangan Felcra Nasarudin Bandar Seri Iskandar telah dibakar kira kira 5.00 pagi.Kejadian ini disedari oleh seorang penduduk yang hendak pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh.Tindakan pantas beliau untuk memadamkan api berjaya menyelamatkan UPU dan kedai kedai yang sederet dengan dari turut disambar api.

Berita Ini Mendapat Liputan Berita Perdana Dan Malaysia Hari Ini
Para petugas kemudiannya telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian tersebut.Dipercayai kejadian ini bukanlah akibat kecuaian tetapi lebih cenderung sebagai perbuatan khianat oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.Berikutan dengan laporan Polis yang dibuat, pihak Polis telah melakukan satu tangkapan untuk soalsiasat.Seorang pemuda telah ditahan dan disyaki terlibat dalam kejadian itu.Namun sehingga kini tiada maklum balas dari pihak polis.

Sebagai langkah berhati hati dan keselamatan,arahan dari Pas Kawasan telah dikeluarkan meminta semua petugas membuat jadual untuk melakukan rondaan dan bermalam didalam pondok UPU kawasan masing masing.

UPU Felcra Nasaruddin adalah sebuah bilik gerakan yang aktif dikawasan berkenaan jika dibandingkan dengan Bilik Gerakan Umno.UPU ini sentiasa dipenuhi oleh penyokong penyokong dan beberapa aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat orang ramai.Dirasakan UMNO menjadi semakin terdesak setelah culaan atau bancian dijalankan menunjukkan BN telah ketinggalan sebanyak 70 undi dikawasan tersebut.Tekanan berterusan apabila Cawangan Umno berkenaan telah dilawati oleh pemimpin utama bahagian.

Walaubagaimanapun kita tunggu maklum balas dari pihak Polis untuk kepastian.Sebarang andaian tidak dapat dibuat sekarang untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dikalangan parti parti yang bertanding.Bagi pihak penduduk,mereka merasa begitu marah pada pelaku.Rata rata mereka dapat membuat penilaian sendiri terhadap perkara ini dan berjanji akan mempamirkan ketidakpuashatian mereka melalui kertas undi.

No comments:

Linkwithin