Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak
Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak
18 Mei 2015
AMK PERAK MENGECAM HUKUMAN MATI KEATAS DR MORSI DAN PIMPINAN IKHWANUL MUSLIMIN
Angkatan Muda Keadilan Perak mengutuk sekerasnya keputusan hukuman mati keatas Dr Mohamad Morsi dan pimpinan Ikhwanul Muslimin oleh pemerintah zalim dibawah pimpinan Fatah Al Sisi dan pemerintah tentera regim Mesir.
Keputusan yang dibuat ini mempunyai niat jahat untuk mengekang sokongan rakyat yang menentang rampasan kuasa tentera oleh Fatah Al Sisi.
Sebelum ini, Morsi telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, kini regim tentera mahu memastikan kesan revolusi rakyat melalui Arab Spring 2011 di Mesir itu ditamatkan sepenuhnya dengan hukuman mati keatas semua pimpinan Ikhwanul Muslimin yang mendapat sokongan majoriti rakyat Mesir.
Seluruh jentera kerajaan, mahkamah dan polis digunakan untuk menjayakan niat jahat dan kotor bagi menghapus sebarang penentangan kepada bekas regim Husni Mubarak.
Keputusan yang dibuat oleh mahkamah Mesir adalah keputusan yang gila kerana Dr Mohamad Morsi dan pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain tidak diberi ruang membela diri juga dibicarakan tanpa kehadiran mereka di mahkamah.
Sejak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di bawah arahan Fatah Al Sisi, telah melakukan kezaliman yang sangat teruk dengan penangkapan, pembunuhan dan penyiksaan bukan sahaja kepada pimpinan Ikhwanul Muslimin bahkan aktivis rakyat Mesir turut menjadi mangsa yang mengakibatkan puluhan ribu nyawa terkorban.
Regim Mesir perlu dikutuk sekerasnya oleh masyarakat antarabangsa. Kebangkitan rakyat dan hak demokrasi bersuara rakyat Mesir jangan dinafikan.
AMK Perak mengesa pemimpin negara-negara Islam yang lain perlu menunjukkan solidariti dengan rakyat Mesir yang menentang regim tentera dan mengutuk penindasan politik yang dilakukan ke atas Ikhwanul Muslimin.
AMK Perak mendesak supaya kerajaan Malaysia menyuarakan bantahan melalui kedutaan Mesir di Malaysia dan menegaskan bahawa regim tentera Mesir perlu menghormati kehendak rakyat dan bukan menyalanguna institusi kehakiman.
AMK Perak menyeru seluruh gerakan Islam dan Ngo bukan Islam mengecam dan memberi tekanan kepada Mufti Mesir supaya tidak menandatangani surat arahan menjalankan hukuman mati keatas pimpinan Ikhwanul Muslimin.
Suara Rakyat, Suara Keramat
Mohd Azlan Helmi
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak
1 comment:
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com
Maklumat peminjam:
Nama Penuh: _______________
Negara: __________________
Jantina: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nombor Telefon: ________
Puan Glory
Post a Comment