Friday, August 15, 2014

Istana mungkin lantik exco Umno jika PAS berundur



Empat orang anggota exco PAS di Selangor memilih untuk kekal dalam kabinet Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengelakkan pentadbiran negeri itu jatuh ke tangan Umno.

Sumber Pakatan Rakyat memberitahu Malaysiakini bahawa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya empat exco PAS itu meletak jawatan.

"Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan,” kata sumber tersebut yang tidak ingin dinamakan.

Umno mempunyai 12 orang wakil rakyat dalam DUN Selangor.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan semalam.

PAS dan anggota exconya dalam kabinet Khalid menerima kritikan demi kritikan kerana menyokong kabinet tersebut, sehingga pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu pada 17 Ogos.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendedahkan bahawa dua orang ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong beliau untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Sokongan dua ADUN PAS itu didakwa memberi kelebihan kepada Wan Azizah untuk mendapat majoriti dengan sokongan 30 wakil rakyat, dari kesemua 56 orang ADUN.

PAS melancarkan siasatan ke atas tindakan dua ADUN berkenaan, yang dianggap bertentangan dengan pendirian parti.

Bagaimanapun, sumber Pakatan menyebut, beliau dimaklumkanbahawa beberapa pemimpin PAS akan menyokong Saari dan Hasnul bagi memastikan dua ADUN tersebut tidak dikenakan tindakan.

"Mereka hanya mengikut keputusan Muktamar PAS dan majoriti pemimpin PAS menyokong tindakan mereka,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Dah songel macam-macam teorilah pulok

Anonymous said...

TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur. Memang Istana tak ada campurtangan pun. Malahan, pihak2 yang mendakwa ada campurtangan Istana dan pinta Istana jangan campurtangan sebenarnya mereka itulah yang telah mencampuri urusan Istana.
Dengan bebrapa ahli PKR dan PAS lompat keluar. Kini yang ada `majoriti` mudah adalah UMNO. Pakatan bukan gabungan yang berdaftarpun. MB dari UMNO kerana dikira parti yang paling banyak kerusi DUN. MB tidak boleh dari kaum bukan Melayu (DAP kira out).

Anonymous said...

Kah kah kah... Masih ada makhluk buta math spt komen di atas..kesian. Lantak kau lah labu...

Linkwithin