Saturday, February 15, 2014

Rakyat disuruh berjimat, Menteri membazir beli plat mewah


Shamsul Iskandar

MELAKA 14 FEB: Ketika rakyat disuruh berjimat untuk menangani kos sara hidup yang tinggi, Menteri pula yang membazir dan bermewah membeli nombor plat kenderaan. “Perdana Menteri suruh rakyat berjimat. Tetapi Menteri sendiri membazir duit hanya untuk membeli plat kenderaan sahaja,” kata Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka,

Beliau merujuk pendedahan Pengerusi NGO anti-jenayah Mywatch, R Sanjeevan berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000. Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang tertera nama ‘Idris Bin Haron’, nama sama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.  Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11. nombor_plat_KM_MelakaNombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama ‘Fadilah Binti Abdullah’ yang sama seperti isteri Idris, manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Kata Sanjeevan, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 ‘Rosli bin Hasan’ juga kebetulan sama seperti nama setiausaha sulit Idris.

 Idris bagaimanapun petang ini menafikan menggunakan wang kerajaan Melaka untuk membida nombor plat tersebut. Justeru, Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil mempersoalkan kemampuan kewangan individu dinyatakan sehingga mampu membeli nombor plat mewah. “Dari mana mendapat duit yang banyak semata-mata beli nombor plat? Apakah ada syarikat yang membayar bagi pihak dia untuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan”. “Mungkin ada rasuah atau berlaku penyelewengan wang rakyat dalam hal ini? soal Shamsul.-Keadilan daily

1 comment:

Anonymous said...

mana gambar dan bukti bertulis ? fakta korek dari celah kangkang?

Linkwithin