Saturday, October 26, 2013

Lagi Mau Pangkah BN Ker..Ingatkan Orang Pakatan Saja Yang Merungut ,Orang Umnu Pun Marah Jugak..

NAHHHH.....AMBIL KAU...RAKYAT DAH BENCI....HAAAAAIITTT

Msinc-Heran...kena cukai pun deme suke..rege barang naik pun deme suke..ape yang deme tak suke..???.Belanjawan 2014 juga telah mengurangkan cukai pendapatan terhadap individu dan cukai cukai tertentu  koporat .Ini menunjukkan kerajaan BN yang sedia ada sekarang telah menurunkan cukai kepada orang kaya dan mengenakan cukai kepada semua rakyat melalui pengenalan GST.Ini bermakna rakyat miskin akan mengalami penurunan didalam belanja boleh guna mereka.Manakala orang kaya tidak terjejas kerana sedikit cukai yang dikenakan kepada mereka dapat diserap oleh pendapatan yang tinggi.Adakah semua ahli atau penyokong UMNU ini kaya kaya belaka???..

Di dalam masyarakat kampung dapat dilihat bahawa keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah akan cenderung menyokong Umnu kerana mereka berharap parti ini akan menyirami mereka dengan taburan emas dan belian..tetapi didalam dilam ..hakikatnya mereka telah menyembelih kamu hidup..hidup..masih belum terlambat untuk buat perubahan.Adakah Bota mempunyai keberanian untuk buat perubahan..tepuk dada..tanya selera.

 

Anwar: Belanjawan hukum rakyat

DSAI semasa berucap di Telok Bakong


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.-Malaysia Kini




Harga gula naik mulai esok

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

NONENajib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.-Malaysia Kini

6 comments:

Anonymous said...

YA ALLAH YA TUHAN KU KAU MAMPOSKAN LAH NAJIB SEMUA MENTERI MENTERI SERTA KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENGKHIANATI KAMI RAKYAT YANG MISKIN ,SUSAH SERTA DAIF INI.TURUNKAN LAH BALA BENCANA KEPADA MEREKA INI SEMUA,LAKHANATLAH MEREKA YA ALLAH TUHAN KAMI.PADA MU KAMI MOHONKAN YA ALLAH REJAMKAN LAH MEREKA INI SEREJAM REJAM NYA,AZAPKAN LAH MEREKA INI SEAZAP AZAPNYA YA ALAH YA TUHAN KAMI.KAMI RAKYAT YANG BEGITU MENDERITA DAN KINI DIBEBANI OLEH DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN KAMI SERTA KEPERLUAN ASAS KAMI.YA ALLAH YA RAHMAN BANTU LAH KAMI UNTUK MENGHANCURKAN PUAK KERAJAAN UMNO INI SERTA DENGAN BADAN KERAJAAN SAPERTI HAKIM HAKIM YANG DAYUS LAGI RASUAH BEGITU JUGA DENGAN PIHAK POLIS SERTA ;AIN LAIN BADAN YANG BERKAITAN BERSENGTONGKOL DENGAN MEREKA BAGI MENZALIMI RAKYAT NEGAR INI.TABURKAN LAH DOA KAMI AMIN

ahlee said...

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.
Posted by Melayu Berwawasan at 10:00 PM

Anonymous said...

Dah lambat dah......5 taun lagi pun belum tentu! Masih ramai orang melayu yg bodoh piang.

Anonymous said...

Tp yg pelik ny Yob,di Thailand tak ada pun subsidi tp harga gula ny cuma RM2.10 sekilo!Menteri di Malaysia ni cuma pandai bercakap kurang kn makan dn kurang kn penggunaan.Jalan penyelesaian tk pernah ada.Menteri2 yg ada di negara ini cuma lh menteri2 cap ayam!

B O T A O N L I N E said...

Baruuu deme tau cmner ameno ni sebenornye,,..

Unknown said...

melayu umno yang tak merungut tu puak sombong bodoh

Linkwithin