Thursday, October 10, 2013

Tekun untuk Umno, kenapa komponen BN senyap?


Abdul Aziz Mustafa, 10 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Selepas mendakwa pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) hanya untuk ahli Umno sahaja, selepas ini mengaku sebagai apa pula?

Persoalan itu dibangkitkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub apabila Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata agensi bantuan itu memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno.

"Dakwaan tidak bertanggungjawab itu adalah satu lagi kemuncak manifestasi keangkuhan Umno.

"Mungkin selepas ini, seperti Firaun, mereka akan mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan pula di negara ini," kata beliau.

Salahuddin menyifatkan Umno begitu bongkak dan angkuh sekali dalam mentadbir negara hinggakan wang rakyat diperuntukkan kepada ahli-ahli mereka sahaja.

Beliau membidas parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS dan lain-lain yang takut untuk berkata walau sepatahpun membantah kenyataan itu.

"Mengapa PBB, PRS, SUPP, SDAP dari Sarawak dan PBS, UPKO dan PBRS dari Sabah diam dan langsung tidak berani bersuara terhadap keangkuhan Firaun Malaysia itu?

"Adakah ahli-ahli mereka sudah kaya dan tidak memerlukan bantuan Tekun?" beliau mempersoalkan.

Salahuddin mencabar parti-parti komponen BN membantah kenyataan biadab itu.

Beliau juga mengajak rakyat membuka mata terhadap keangkuhan dan kesombongan Umno itu dan menghukum pihak yang berlagak sebagai 'Firaun' moden di dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

"Sepatutnya bantuan Tekun diperuntukkan kepada semua rakyat berpendapatan rendah dan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

"Malangnya, pinjaman yang sepatutnya dapat membantu rakyat seluruhnya mengatasi gejala pinjaman dari Along atau ceti haram itu dibolot oleh Umno sahaja," katanya.

Dalam kenyataan CEO Tekun itu, beliau juga berkata, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.

Abdul Rahim juga berkata, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.

"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.-HarakahDaily

Msinc-Memang Tekun untuk Umno...Untuk Pemimpin Umno Mentakedarah duit rakyat.Di Telok Bakong ada satu projek Tekun yang mana syarikat orang Umno dah rembat duit pinjaman.Sapa mau bayar duit pinjaman tersebut.Kata peserta.."Langkah Mayat Kami Dulu..".Teman akan ceritakan perkata ini kemudian...

2 comments:

Yogi Marsahala said...

dalam politik kadang ribut kadang senyap

Yogi Marsahala said...

dalam politik kadang suasana ramai kadang sepi, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com

Linkwithin