Friday, August 16, 2013

UPDATED:Jamuan Raya Di Lambor Kanan Meriah

Ustaz Zulkifli Ibrahim memberikan Ucapan
Antara Tetamu Yang Hadir
Serikandi Harapan Bangsa
Semangat Perjuangan Lamina
Tekun Mendengar Amanat dari Ustaz Zul
Ustaz Zul Menekankan Kepada Perlunya Perjuangan Berterusan Menentang Kezaliman
Ustaz Zul Juga Tidak Lupa Memberi Info info Terkini Berkenaan Hal Ehwal Politik Di Mesir
Hadirin Merasa Sedih Diatas Kekejaman Yang dilakukan Oleh Pihak Berkuasa Mesir Kepada Penyokong Dr.Morsi.
Terima Kasih dari kami kepada Tuan Rumah iaitu Cikgu Alang kerana sudi menjemput kami .Sesungguh nya Tuan Rumah adalah seorang perjuang yang sentiasa berkorban harta benda demi menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua anggota jentera Pilihanraya PRU 13 yang telah bertungkus lumus berkempen tanpa mengira penat dan lelah.Walaupun tewas di DUN Bota,Belanja dan Parlimen Parit.Ganjarannya akan sedia menanti kalian disana.Jangan hampa dan jangan kecewa.Kita nantikan bersama saat kegemilangan.

Kemeriahan sesuatu jamuan atau keraian bukannya bergantung kepada ramai atau tidak hadirin atau banyaknya makanan yang tersedia.Kemeriahan sesuatu acara terpancar  apabila hadirin meraikan nya dengan penuh kesedaran dan keinsafan.Mungkin jamuan di lambor ini diadakan disebuah kedai usang tanpa adanya lampuan berkilauan dan tiada iringan karaoke "aku anak kampung".Namun majlis ini telah memberi kesempatan kepada pendokong PR untuk bersua kembali serta meraikan kemenangan melawan taktik dan helah lawan semasa PRU 13.Kekentalan semangat mereka merupakan elemen penting yang harus diraikan.kami tidak memerlukan makanan yang membukit dari hasil lelah rakyat untuk menjadikan ianya meriah atau "grand".Cukuplah hidangan sederhana yang sungguh lazat hasil dari carian sendiri.Berjumpa kembali dengan rakan yang bertungkus lumus semasa PRU 13 sudah begitu menterujakan dan memeriahkan majlis.Kata kata dorongan dan galakkan dari rakan rakan sudah cukup untuk menceriakan suasana.

2 comments:

Anonymous said...

meriah ape kenamenye xramai pun

Telok Bakong said...

kemeriahan sesuatu jamuan atau keraian bukannya bergantung kepada ramai atau tidak hadirin atau banyaknya makanan yang tersedia..kemeriahan sesuatu acara sdalah apabila hadirin meraikan nya dengan penuh kesedaran dan keinsafan.mungkin jamuan di lambor ini dijalankan disebuah kedai usang tanpa adanya lampuan berkilauan dan tiada iringan karaoke anak kampung.Namun majlis ini telah memberi kesempatan kepada pendokong PR untuk bersua kembali serta meraikan kemenangan melawan taktik dan helah lawan semasa PRU 13.Kekentalan semangat mereka merupakan elemen penting yang harus diraikan.kami tidak memerlukan makanan yang membukit dari hasil lelah rakyat untuk menjadikan ianya meriah atau "grand".Cukuplah hidangan sederhana yang sungguh lazat hasil dari carian sendiri.Berjumpa kembali dengan rakan yang bertungkus lumus semasa PRU 13 sudah begitu menterujakan.

Linkwithin