KUALA KANGSAR - Mungkin ramai golongan muda tidak pernah merasai
keenakan buah ‘kantau’ yang khasiatnya dipercayai mampu menyejukkan
badan, membuatkan ia menjadi pilihan ketika tibanya bulan Ramadhan.
Namun, di kalangan ‘orang lama’ di sekitar Kuala Kangsar, khasiatnya sudah lama diketahui dan selalu menjadi minuman pilihan ketika berbuka puasa.
Menurut seorang peniaga buah kantau, Othman Basri, 44, dia setiap tahun menjual buah tersebut bagi menambah pendapatan keluarganya.
Tambahnya, sebelum Ramadhan dia bekerja sebagai nelayan tetapi menjual buah kantau sepenuh masa setiap kali tibanya bulan puasa.
“Pendapatan saya memang meningkat setiap kali saya jual buah kantau ini. Macam tahun lepas, saya peroleh lebih RM7,000 sebulan dengan jual buah ini saja,” jelasnya.
Katanya, bukan mudah untuk mengambil buah tersebut kerana dia dan isterinya perlu meredah hutan tebal kerana buah tersebut biasanya berada di tengah hutan ataupun di tepi sungai.
Malah getah pokok kantau boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan tidak ramai yang mampu bertahan dengan keadaan itu.
“Keluarga saya sudah 18 tahun berniaga buah kantau ini dan memang setiap kali bulan Ramadhan kami akan berniaga buah ini.
“Kalau kami tak berniaga, memang ramai orang kampung akan datang ke rumah kami dan tanya kenapa kami tidak jual buah kantau lagi,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Momin Mohamad, 42, gemar membeli buah kantau untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Menurutnya, dia sejak dari dulu menggemari buah itu kerana rasanya yang unik dan mampu menyejukkan badan setelah seharian berpuasa.
“Kalau ikutkan buah kantau ni rasanya tawar saja tapi bila campur dengan air macam air sirap, memang rasanya sedap sangat,” katanya.
Msinc-Ate kome kenai ke buah kantau ni macam mane?Buah kantau ni warna dia putih putih.besor besor guli aje.Buahnya lembut kalau yang original rasanya tawo.Kena taruh pemanis dan perwarna.Kalau disejukkan..julin bikik mate bile makannya.bulan pose nih ..kalau kena buah kantau..nyakorr...belah belah Kg Gajah ,Parit ade juge pengusaha buah kantau...Sesape yang tak ponah merase..cobe ler cari..rasa satu ..nak lagi satu..rasa dua..nak lagi dua..Di Besut ..ade ke ijak buah kantau ni ..teman tak tau ler..reti ke orang sane memprosesnye???...karang bergaru satu badan weh..yer le getahnya kalau kene gateeel...macam mambang kuning jugeeek..

2 comments:
Lagi satu Yob,ini le satu2 ny buah yg buah ny nama lain pokok ny nama lain.
ajee ngan benor yeop...buah nye lain gelor..pokoknye lain gelor..ape ke pesen nyer..
Post a Comment