|
Hujan Melanda Dengan Lebat..Hadirin Tidak Berganjak. |
Kehadiran penuntun dijemput dengan hujan lebat yang memaksa semua nya mencari tempat perlindungan.Hujan rintik bertukar menjadi lebat.Pada 9.30 malam UAI telah memasuki stadiun dan memulakan ceramah.Dalam ceramahnya beliau menekankan kepada semua orang Islam supaya berusaha menuntut ilmu dan menghadiri banyak kuliah agama.Beliau juga menekankan peranan seorang suami dalam memberikan didikan agama kepada keluarga.Dari segi nikah kahwin,beliau mensyorkan supaya setiap ibu bapa dapat melupakan adat istiadat yang remeh temeh.Ini akan memudahkan orang orang muda untuk bernikah dan mengelakkan mereka terjerumus kepada lembah kehinaan.
|
Anak muda Tidak Berganjak Walaupun Hujan Lebat |
Beliau juga menyeru kepada semua hadirin supaya cinta kepada agama dan hidup berlandaskan hukum hukum Agama.Didalam ceramahnya beliau telah beberapa kali menegaskan bahawa sesiapa yang menolak hukum hukum Allah termasuk hukum hudud adalah manusia yang engkar dan tidak layak untuk menduduki alam yang dijadikan Allah ini.Mereka mereka ini ialah orang orang yang patut keluar dari alam ini kerana keengkaran mereka.Beliau juga menekankan bahawa tugas tugas pemimpin adalah berat,setiap kesalahan pemimpin akan dihitung.Adalah menjadi suatu dosa untuk memilih pemimpin yang fasik.Ciri pemimpin fasik ialah apabila ia berkata ia dusta,apabila diberi amanah ia mungkir.
Diakhir ceramah disediakan slot untuk menjawab soalan soalan dari penuntun.
Msinc-Teman bagi gambor dulu,ulasan dan gambor gambor lain akan menyusul.
4 comments:
Alhamdulillah..aura UAI dapat menarik ramai orang untuk mendengar penerangan tentang Islam...janganlah kita termasuk orang yang iri hati dalam hal ini...takut2 kita tergolong dalam golongan orang yang menentang Islam itu sendiri...
udah le.. jgn nak mohong idak sampai pun 30k 300 org aje pun
Tak kisah la 30k ke 300 ke janji mereka yang hadir berusaha untuk mendengar ilmu yang hendak disampaikan...
tak payah le memperlekehkan kerja kerja agama.kenyataan anda seperti merendah rendahkan usaha agama..berapa ramai pun..ianya memberikan keberkatan.
Post a Comment