Saturday, March 2, 2013

'Polis suruh saya tangkap sendiri suspek curi dompet'




1 Mac 2013
'Polis suruh saya tangkap sendiri suspek curi dompet'
Razazi (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan dompetnya pada 18 Februari lalu.
IPOH - Seorang tukang urut mendakwa kecewa dengan sikap seorang anggota polis yang mengeluarkan kenyataan ‘tidak disenangi’ ketika membuat laporan di sebuah balai polis di bandar raya ini pada 18 Februari lalu.

Mangsa, Razazi Alias, 42, berkata, dia membuat laporan polis apabila mendapati dompetnya hilang selepas singgah membeli barangan di sebuah kedai runcit di Jalan Mustapha Al-Bakri, di sini.

Bagaimanapun, sewaktu laporan dibuat, anggota polis berkenaan didakwa menyuruhnya untuk mencarinya sendiri memandangkan dia sudah mengetahui wajah dan nombor telefon suspek yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut.

Menurutnya, dalam kejadian jam 6.40 petang itu, dia terlupa untuk mengambil semula dompet yang diletakkan berhampiran kaunter bayaran dan terus keluar menuju ke tempat kerjanya di Gerbang Malam.

“Saya hairan, kenapa saya perlu mencari suspek terbabit sedangkan itu adalah kerja polis malah saya telah membantu memberikan nombor telefon yang dipercayai digunakan suspek kepada mereka (polis) untuk memudahkan  siasatan.,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama,  Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Negeri, Mohd Rawi Abdullah.

Justeru, dia berharap supaya polis dapat menyiasat segera perkara itu walaupun kes tersebut kecil.

Sementara itu, Mohd Rawi menggesa anggota yang gagal melaksanakan tugas dengan baik dikenakan tindakan tatatertib agar tidak mengulangi tindakan sama.

1 comment:

Anonymous said...

Polis geram la tu kalau dah digesa-gesa sangat....

Pi tanya Tian Chua, dia ada balai polis sendiri, dan gerenti tangkap pencuri dompet.

Linkwithin