Sambungan dari sesi soal balas yang diambil alih oleh Sankara Nair dari ketua pasukan pendakwaan, Karpal Singh.
Hakim Zabidin Mohd Diah meminta mahkamah rehat selama 15 minit, sebelum Sankara meneruskan sesi soal balas.
Perbicaraan bersambung selepas rehat 15 minit.
Sankara bertanya kepada Dr Razali, bagaimana dia dapat maklumat berkenaan "pelincir" (lubricants)?
Razali menjawab: "Saya mendengar berkenaan pelincir, di dalam bilik di mana Saiful (pengadu) ditemu bual berkenaan sejarah perubatannya".
Sankara bertanya: "Mengapa pelincir itu penting?".
Razali menjawab: "Untuk melakukan 'aksi memasukkan' sesuatu dengan lebih lancar, contohnya liwat".
Sankara bertanya lagi: "Di mana dalam laporan P22, kamu minta ujian kimia ke atas pelincir tersebut?"
Razali membalas, ujian tidak perlu untuk meneliti jenis pelincir yang digunakan.
Sankara mengingatkan Razali bahawa ujian kimia ke atas pelincir tersebut sangat mustahak.
Tanya Sankara: "Adakah kamu minta atau menguji pelincir itu bila kamu minta ujian untuk tusukan?"
Razali menjawab: "Tidak, saya tidak buat (ujian kimia pelincir)".
Sankara menanya lagi: "Saya kena bertanya tentang soal kelakuan dalam tandas: Adakah kamu pernah baca atau bertanya Saiful tentang pengelap?".
Razali menjawab: "Saiful memberitahunya dia tidak buang air besar selama DUA (2) hari sebelum dia datang ke sini (HKL) untuk ujian perubatan".
Sankara bertanya lagi: "Dr Razali, kamu seorang doktor, tidakkah kamu pernah terfikir betapa pentingnya sejarah laporan perubatan Saiful? Ini adalah liwat!".
Razali membalas: "Ia bergantung sebenarnya, tidak semestinya penting. Sejarah boleh berlaku bila-bila masa. Boleh dirujuk semula dan panggil pesakit".
Sankara menambah: "Saya letak ia sebagai satu yang munasabah. Jika seseorang itu tidak buang air besar selama 3 hari, ia munasabah!".
Hakim Zabidin minta Sankara teruskan.
Sankara bertanya lagi kepada Razali mengenai jenis-jenis bakteria dalam dubur dan berapa banyak.
Razali kemudian menyenaraikan beberapa jenis dan dia tidak dapat ingat semua. Kuantitinya banyak, dan mungkin berjuta dan tidak dapat dihitung biasanya.
Sankara bertanya jika Razali pernah bertanya kepada Saiful tentang kesakitan di dubur, jika ada.
Razali menjawab: "Memang ada rasa sakit tetapi ia tidak lama dan kemudian ia akan hilang".
Sankara membalas: "Ia tidak hilang, tetapi ia ditukar!".
Sankara membaca laporan: "Ada rasa sakit apabila buang air besar".
Razali menjawab dia tidak ingat tetapi bersetuju ia adalah soalan yang bagus dan relevan jika ditanya secara wajar.
Sankara bertanya kepada Razali bagaimana dia memeriksa Saiful secara terpeinci.
Razali menjawab: "Saya arahkan badannya ke arah lateral kiri di atas katil pemeriksaan".
Razali menambah: "Lateral kiri bermaksud membaringkan badan pesakit mengiring dengan lengan kanan di atas (bahagian kiri di bawah) dan lutut di atas dada".
Razali selepas itu menggunakan sejenis alat dipanggil "proctoscope" (alat untuk memeriksa dubur) yang diperbuat daripada plastik.
(Nota: Lihat gambar di bawah, alat proctoscope)
Razali kemudian menggunakan "saline" (air bergaram) sebagai pelincir tetapi tidak dapat masuk lebih jauh ke dalam dubur, lalu dia menggantikan saline dengan pelincir gel.
Razali kemudian menggunakan kapas bersteril untuk mengelap tiga bahagian berlainan dalam dubur dan setiap kali mengelap, dia menyerahkan sampel itu kepada Dr Siew dan disimpan dalam bekas.
Sankara bertanya adakah elasan (calitan) itu dilakukan secara tersusun sama seperti yang dicatat dalam laporan perubatan?
Razali menjawab: "Ya."
Dia juga menambah: "Setiap sampel diambil gambarnya dan dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu".
Sankara menjelaskan: "Kami tidak memperoleh semua gambar-gambar itu untuk rujukan dan minta kamu jelaskan kepada mahkamah".
Sankara menambah lagi: "Apa keadaan sampel pada masa itu?".
Razali menjawab: "Ada sedikit kekotoran pada sampel (kapas lap) dan saya boleh bayangkan bagaimana".
Sankara bertanya: "Adakah ia (kekotoran) dalam bentuk mukus? (lembap)".
Razali menjelaskan: "Tidak. Biasanya tidak".
Sankara bertanya lagi: "Razali, adakah kamu seorang doktor forensik terlatih?".
Razali menjawab: "Tidak."
Sankara bertanya: "Adakah kamu biasa mengambil gambar-gambar elesan (calitan)?".
Razali menjawab: "Tidak".
Sankara lagi: "Adakah kamu sedar ada atau tidak memang ada ujian proktoskopi sebelum kamu melakukannya?".
Razali menjelaskan: "Saya tahu ada ujian tersebut tetapi tidak pasti sama ada alat proktoskopi digunakan".
Sankara bertanya: "Ada cara lain selain dari ujian menggunakan alat tersebut?".
Razali menambah: "SP1 adalah cuma mengatakan alat itu yang digunakan".
Sankara bertanya lagi: "Adakah Saiful cakap ada apa-apa selain dari alat itu dimasukkan?".
Yusof membantah dengan mengatakan Razali tidak dapat laporan dari Pusrawi dan SP1 tidak menyatakan alat tersebut digunakan.
Razali menjelaskan dia tidak tahu apa yang telah berlaku (di Pusrawi).
Sankara menjelaskan, secara jelasnya, kamu berada bersama Saiful, kamu boleh tanya dia sendiri!
Sakara menambah: "Kamu sepatutnya berhati-hati kerana kamu telah membuat sampel ujian dan amat bahaya sekiranya ada tanda-tanda pencemaran ke atas sampel yang kamu ambil".
Sankara bertanya tentang gambar yang Razali ambil dan minta dia jelaskan secara terpeinci.
Razali menjawab: "Gambar itu tidak ada pada saya".
Sankara bertanya: "Kamu kata kamu sudah ambil gambar. Kawasan mana yang kamu telah ambil?".
Razali menjawab: "Kesan parut di tengkuk dan alur atas kemaluan".
Sankara bertanya: "Berapa panjang dubur dan kedalaman anal?".
Sankara kemudian menyerahkan satu tiub silinder lutsinar kepada Razali.
Sankara bertanya kepada Razali: "Adakah benda ini seakan sama dengan alat proktoskopi yang digunakan ke atas Saiful?".
Razali menjawab: "Saya kena ukur kerana kebiasaannya alat yang digunakan panjangnya kira-kira 6.5 sentimeter (sm)".
Pegawai mahkamah kemudian memberi sebuah pembaris untuk Razali mengukur benda yang diberikan oleh Sankara.
Razali membuat lawak: "Sankara 'punya' 8sm".
Hadirin dalam mahkamah ketawa.
Razali menambah, dia bertanya kepada Saiful sama ada boleh atau tidak dia masukkan alat itu ke dalam duburnya. Saiful menjawab OK.
Sankara bertanya: "Apa punca-punca yang menyebabkan dubur sakit?".
Razali menjawab: "Kesakitan boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, tusukan pada alur dubur atau penyakit".
Sankara bertanya: "Selepas pemeriksaan pada dubur, apa kesimpulan kamu?"
Razali menjawab: "Dubur kelihatan kosong, jadi saya menulis dalam nota ianya sebagai kosong".
Sankara bertanya adakah dubur menyerap air secara tetap, dan jika ya, adakah semua cecair mampu diserapnya?
Razali menjawab: "Tidak semua, bergantung kepada jenis cecair yang melaluinya".
Sankara bertanya: "Adakah kamu setuju dubur tersebut ditusuk secara paksa?".
Razali memberitahu: "Jika pesakit itu betul-betul dalam kesakitan, jangankan nak periksa, sentuh tubuh pesakit pun tidak dibenarkannya".
Hakim Zabidin meminta Sankara berhenti dari meneruskan soalannya.
Mahkamah ditangguhkan jam 147 petang.
Mahkamah akan bersambung jam 830 pagi esok.
Hadirin mula bersurai.