Friday, September 25, 2009

Rayuan sumbangan untuk Rawatan Penyakit Misteri warga TBO .

kelulut@telokbakong.com

25.09.09



Kami pengendali http://budaksekolahlambor.blogspot.com memohon jasa baik para pengunjung TBO khas warga Lambor serta sekitar dapatlah kiranya menyumbang sedikit bantuan kewangan .Rayuan ini juga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin

Untuk Sahabat kami Noraini Taib yang menderita penyakit misteri.

Tujuan tabung ini adalah bagi membantu / meringankan beban sahabat kami Noraini Taib yang berasal dari Kampung Telok Bakong .Beliau juga bekas murid sekolah kebangsaan Telok Bakong (1981- 1986) serta bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan (1987 -1991).Rumah beliau dahulu ditepi bendang ( kapten taib )

Beliau dilapurkan menghidap penyakit misteri dengan kata lain penyakit yang sukar dikesan secara perubatan klinikal.

Keadaan saudari Noraini sering sakit, bisa - bisa seluruh badan, perut membusung , sering pitam dan kerap berlaku bleeding ,serta gangguan makhluk halus ( menurut pengamal perubatan islam )

Kini beliau cuba mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam malangnya kesihatan yang sering terganggu membatasi hasratnya.Pergerakan beliau terbatas kerana perlukan teman pada setiap masa untuk pergi membuat rawatan.

Beliau kini hidup sebatang kara .Maka kami di BSL mengambil inisiatif setakat yang mampu .

Inshaallah dengan ada sedikit bantuan kewangan dan tenaga yang akan kami kumpulkan ini dapat melegakan penderitaan saudari Noraini .

Kami telah merancang akan membawa beliau untuk membuat rawatan susulan di Pusat Perubatan Islam Darul Salam , Gombak .Atau akan bertemu Ustaz Abd Malik ( Jawi ) di Sg Buluh .

Untuk makluman kutipan sebelum ini kamu berjaya mengutip sebanyak RM 587.00 .Sejumlah RM 400.00 telah diserahkan kepada pesakit untuk perbelanjaan rawatan.

Pihak kami telah berbincang dengan Pengamal Perubatan Tradisional Islam Ustaz Abdul Hadi Talhah .Rawatan akan dijalan dengan menggunakan baki simpanan dan sumbangan dari pihak saudara/ saudari kelak.

Maka dengan lafaz Bismillah kami melancarkan tabung bantuan untuk Saudari Noraini Taib

Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada ;


AKAUN MBB 114 105 214 879 / ATAS NAMA HAZIMAH AHMAD ZABRI
BUDAK TELOK SAREH( PEMEGANG AMANAH ).

Sebarang pertanyaan hubungi 019 - 303 9645 Manodin .

http://budaksekolahlambor.blogspot.com

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

3 comments:

Budak Sekolah Lambor said...

Terima kasih kepada penderma bernama en mohd Noor dari kuala lumpur yang sebentar tadi menderma kepada cik noraini ...ishaallah kami akan gunakan sebaiknya...

kami akan rakam gambar ketika membuat rawatan kelak...

semoga Allah membalas segala kebaikan para penderma

Bandar Tun Razak said...

semoga cik Noraini lekas sembuh.. Amin

Budak Sekolah Lambor said...

Alhamdulilah , Cik eni sudah memulakan rawatan dirumah sewa beliau...

terima kasih kepada dermawan semua...semoga Allah memberkaati rezeki anda semua...amin.

untuk melihat gambar sila..

http://budaksekolahlambor.blogspot.com

TQ TBO

Linkwithin