Wednesday, August 19, 2009

Rohaizat Peguam Syarie bertukar menjadi Peguam misteri .UMNO TIPU LAGI !


kelulut@telokbakong.com

19.08.09


"Peguam lawan peniaga" begitulah bunyi keangkuhan media umno sejurus pengumuman calon PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung pada 25 ogos ini .
Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.

Pemimpin Umno berbangga telah mencalonkan seorang peguam lulusan UIA .Sekaligus media mereka mengambarkan calon Pas hanyalah peniaga .Tanpa memdedahkan kelulusan Ustaz Salleh Man yang juga bekas seorang graduan Universiti Malaya .

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Rohaizat yang juga peguam syarie, dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk perwatakan, hubungan dengan masyarakat serta sumbangannya kepada parti.

Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.

"Saya percaya Rohaizat adalah calon terbaik. Saya harap semua penduduk Permatang Pasir memberi sokongan kepadanya yang boleh menjadi wakil rakyat bagi membawa pembangunan di kawasan ini," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090815000259/Article/
Akhirnya siapa Rohaizat terbongkar apabila borang pencalonannya tercatat pekerjaan sebagai ahli perniagaan.Rupa -rupanya beliau adalah seorang peguam yang bermasalah.

Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kasavan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Rohaizat telah dilucutkan sebagai peguam kerana terlibat dengan kes penyelewangan RM140,000.00

Ragunath juga berkata kesalahan yang telah dilakukan oleh Rohaizat Othman yang kononnya masih seorang peguam itu melibatkan duit pemegang-pemegang saham Koperasi Pekebun Getah.

Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam. Hak sebagai pengamal undang telah dilucutkan semenjak 7 March 2008.

Rohaizat telah merayu keatas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rohaizat telah ditolak.


Kasihan Umno.....

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147425-rohaizats-offence-a-personal-misconduct-ragunath-says.html



www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

2 comments:

yes said...

Sah UMNO tipu lagi. Muhyiddin nampaknya ghairah bercakap, begitu juga Zahid Hamidi. Apa telah jadi dengan PM, tak cakap apa apa pun.

Dollah said...

UMNO memang parti penipu

Linkwithin