Promosi T- Shirt TBO sket hehehe
Kerajaan Perpaduan kini menjadi isu hangat dikalangan bloggers pro PR.Masing- masing cuba memberi pendapat menguatkan hujah pro dan kontra masing-masing. Malang sekali ia telah menimbulkan suasana yang kurang selesa sesama bloggers.
Apakah perlunya Kerajaan Perpaduan?. Kita perlu kepada perkara asas konsep kerajaan perpaduan.Didalam sistem demokrasi dimanakah kedudukan kerajaan perpaduan ini dan bilamana ia perlu di lakukan!. Apabila sesuatu keputusan PRU diumumkan maka tiada majoriti(deadlock) mana-mana parti maka saat ini boleh dibincangkan konsep kerajaan perpaduan. Bertujuan untuk mengelakkan PRU semula dan ini biasa berlaku dimana-mana negara.
Jadi apakah perlu isu kerajaan perpaduan di utarakan di waktu ini. BN sudah memperolehi majoriti di peringkat persekutuan dan berhak menubuhkan kerajaan. Apakah maksud yang akan berlaku kini jikalau usul kerajaan perpaduan diteruskan oleh Presiden PAS. Inilah yang mencetuskan pelbagai pendapat pro dan kontra. PAS menafikan akan masuk BN. Adakah itu cukup kuat untuk dijadikan alasan sedangkan konsep kerajaan perpaduan adalah mana-mana parti yang tiada majoriti bergabung membentuk kerajaan!!
Akibat respon yang majoritinya negatif maka pihak yang beria-ia melobi isu ini meminta semua pihak berdiam diri.Ingin di tegaskan di sini artikel ini bukan ingin menghentam ulamak. Setelah keputusan di buat menyokong PR di Ipoh tiba-tiba isu ini dibangkitkan di Muktamar PAS.Alasan yang di beri oleh Ustaz Nasa kerajaan perpaduan bukan bermakna PAS masuk BN.Kalau begitu ia tidak sesuai menggunakan perkataan 'KERAJAAN PERPADUAN'.
Adakah pandangan ini akan mengundang komen-komen pedas dari pro kerajaan perpaduan?Ini hanya menerangkan konsep kerajaan perpaduan.Semua pembaca bebas menyokong mana-mana yang berkenan di hati,nak pro kerajaan perpaduan atau pun menolak itu kome punya pasal.Perbezaan pendapat didalam sesuatu isu tidak seharusnya menjadi halangan menyuburkan demokrasi.Kita seharusnya menghormati pandangan orang lain yang berbeza fahaman dengan kita didalam sesuatu isu.
Semua bloggers PR seperti anak sengat, manjung mari, albanjari, MSK dan TBO sendiri mempunyai latar belakang yang berbeza dalam politik. Ada yang pro PAS,pro PKR dan ada yang tak berpro.Ada yang nyokong TGHH dan ada yang nyokong TGNA dalam isu kerajaan perpaduan.Itu semua tidak bernilai dengan nilai persahabatan sesama kita, setelah kita mengharungi perih jerih,dari tak kenal jadi kenal,makan minum semeja,kulu keyo dalam program PR.Alangkah sedihnya jikalau dalam mempertahankan ideologi masing-masing kita merenggangkan hubungan yang sedia ada terjalin.
Permintaan ikhlas dari TBO agar Al Banjari yang di kasihi dan Manjongmari yang disayangi dapat mengeratkan sillaturahim dan berbincang secara tertutup dengan semangat setiakawan.Bukan niat nak mencampuri urusan kalian berdua namun kami di TBO mengharap sangat kalian berjumpa dalam seisi 'bloggers perpaduan' sambil ngajak keme minum2 ker,makan roti zambry ker..tak gitu Ummi dan Sya Reformis.Tak pun jom makan nasi doyan kat romah MSK ker sambil minum ubat kuat Al Banjari.Perghhh!!
TBO tak nyokong Kerajan Perpaduan, Al Banjari (katanya tak ada ayat dia nyokong kerajaan perpaduan),Manjongmari(kome tengok blog dia le),MSK(kome leh agak ),anak sengat(nak pasti baca artikel dia)..ate takkan kita nak masam muka pasal ni...aku jumpa kome aku ajak juge minum,lantak ler kome suke ker ijak ngan TBO pasal tak nyokong Kerajaan Perpaduan..tapi kita ada satu titik pertemuan...musuh kita sama. Sape musuh kita...kome pikior ler sendiri...
'PAS, PKR dan DAP saling melengkapi'tiada sape leh mendabik dada. 3 parti ni tiada yang sempurna..Dua parti PKR dan DAP mempersoalkan tindakan TGHH.Inginkan penjelasan lanjut dan sepatutnya penerangan di buat segera kerana orang PAS sendiri ada yang tak faham...Komen dari pemimpin PAS pula TGNA yang lantang menentang, bagaimana pandangan MB Rakyat kita Ir. Nizar,Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Muslimat Parit,PAS Parit,Azmin Ali,Husam, Syed Azman dll. Ceekabo aihh...pendirian mikeme...
7 comments:
Salam TBO...
Saya paparkan gambar ketidak puas hati saya itu setelah saya dapati banyak blog-blog yang senior umpama Pro Hamirdin, Ibnu Hashim, Sheikh Teluk Intan dan ada dua tiga lahi yang tidak menyetujui Team yang ada kat Pimpinan PAS... begitu juga kawan-kawan di sekeliling semuanya macam ada sedikit tidak puas hati...
Dari situlah tercetus idea gambar tersebut... bab kerajaan Perpaduan saya tak biasa sebut atau tentang dalam posting saya...memang saya sendiri tak setuju, tapi saya tak berani komen banyak-banyak... cuma bila TGNA sendiri secara terangan menentang jadi saya mengambil keputusan menyokong sikap TGNA...
Tak apalah... setelah saya berbincang dengan seorang sahabat, selepas ini saya berdiam diri.. biarlah Albanjari nak hentam saya... saya terima...Memang suasana waktu saya terima komen dan posting dari Albanjari tu saya tengah panas.. maka terjadilah seperti apa yang dah berlaku... jadi biarlah dia nak balas balik... tetapi gambar tu tetap saya letakkan... kerana dalam komen kekawan blogger banyak yang menyokong.....wassalam
Salam MM..Albanjari dah pun tarik balik posting berkaitan..agar dapat memulihkan hubungan sillaturahim...TBO todak menyebelahi mana-mana kerana kedua2nya sahabat TBO...jom minum bersama2 dgn rakan2 bloggers yang lain..kita set tempat dan time..
salam.
yg menentang UG seakan menongkah arus..namun demi kebenaran dan sayangkn pas kita harungi jua...
ALLAH ttp bersama org2 yg benar...
saya pernah bertanya pada seorg cina,knp sokong pas? jwbnya kerana pas percaya tuhan, umno x percaya tuhan.
bila timbul isu UG ,cina yg sama bertanya pada saya,pas sudah x percaya tuhan ke?...mati akal saya dibuatnya...
satu lg soalan maut dari cita tu,apa pasal tok guru sudah pandai bohong..?
pening saya dibuatnya..
Telah tbo kishakan daahulu...para bloggers juga harus berlapang dada tentang perbezaan pandangan.
itu hak masing2 , kita lebih sayangkan kebenaran....setiap dari kita ada kebimbangan yang tersendiri....
terpulanglah kepada pmpinan....bloggers hanya menyampaikan pandangan....
jika masih mahu BER - UG ....TERUSKANLAH ...
KAMI MASIH MERAGUI UMNO ITU SAHAJA....
Tahniah TBO...
Itulah namanya khilaf.....
Ada titik pertemuan antara kita...
menentang kezaliman, menegak kebenaran...
Sebagaimana pimpinan berbeza pendapat..begitu juga kita..
sebagaimana pimpinan bersetuju dan bertemu dengan Alquran dan kebenaran, begitu juga kita..
Berbezalah demi menghormati akal kurniaan Allah, namun berakhlaklah demi menjaga agama dan maruah diri kita..tak Gitu???
Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.
PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.
PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.
salam
ape yg teman perhati dulu Ulama PAs rajin baca qunut nazilah,sejak nak "berUMNO" ni udah tak dengor dah bunyi qunut nazilah,dah tak baca dah "Ya Allah hancurkanlah jemaah mereka" betui ke kome. Kah kah albanjari berdarah andika jangan nak bertimpas aja utuh, moh kite makan wadik ataupun wadik kaping ha ha.
Post a Comment