Thursday, June 18, 2009

Gabungan Pakatan Rakyat sebenarnya kerajaan perpaduan – TGNA


18jun 2009

TGNA Akan Menjemput Presiden,Timbalan Presiden dan beberapa pimpinan lagi untuk bincang isu kerajaan perpaduan

KOTA BHARU: Isu kerajaan perpaduan yang hangat dalam PAS ketika ini sehingga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan jika mahu meneruskan agenda itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas parti itu tidak lama lagi.

Nik Aziz berkata, selaku Mursyidul Am PAS, beliau dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan mempengerusikan mesyuarat yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi Pas termasuk Nasharudin.

“Saya sendiri akan menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

“Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. Buat masa ini, masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut kenyataannya semalam yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan, Nik Aziz berkata, beliau belum dihubungi Nasharudin.

Ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan mengikut kehendaknya, Nik Aziz berkata, gabungan pakatan pembangkang ketika ini adalah yang sebenarnya kerajaan perpaduan.

“Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat sudah menghilangkan “Islam fobia” oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan,”katanya.

Pada mesyuarat hari ini, semua penyandang jawatan parti dalam PAS Kelantan masih dikekalkan kecuali jawatan Setiausaha yang kini dipegang Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.

“Hari ini adalah mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan,” katanya.

4 comments:

Unknown said...

Ust Nasha sambut baik hasrat Najis Tong Rosak...woi..hangpa jdi MP Bachok tu, pe yg hangpa wat? dok ralit PERPADUAN, kerja dan tanggungjawab sendiri yg WAJIB (sebab Nasha makan gaji sb MP Bachok) tak diendahkan....makan gaji buta!!!

DR 1221 said...

Jika perpaduan PAS - DAP boleh menegakkan Islam, silakan.TAKBIRR

Telok Bakong said...

dr 1221

apakah selama ini UMNO menegakkan Islam, mana pergi Islam Hadhari. Kemane pergi Ustaz/zah dalam UMNO, mufti semalaya dah haramkan kalung bunga kat tugu, kenapa masih kalung lagi bunga kat tugu

Tuk Ketuo said...

Rasanya dah beratus mungkin beribu komen berkaitan UG ni, Nasa-Tapa and the penipu mungkin dah tahu pendukung dan penyokong perjuangan PAS/PR benci pada mereka.

Tapi apakan daya agaknya diorang ni dah memang kemaruk dengan amNO.

Linkwithin