Monday, December 15, 2008

Akibat sibuk berpolitik anak muda terbiar


Allah SWT telah sempurnakan kejadian semua makhlukNya.Setiap makhluk dijadikan Nya mengikut fitrah kejadiannya, mempunyai peranan masing - masing didunia ini.

Manusia pula mengambil peranan sebagai khalifah diatas muka bumi.Pelbagai nikmat serta sifat kejadian makhluk yang paling sempurna dianugerahi oleh Tuhan semesta alam .

Nikmat usia muda adalah paling manis dalam kehidupan setiap insan. Ketika muda belia tubuh sasa, keinginan pelbagai pelbagai perasaan.Hambatan perasaan yang membara , harapan dan cita - cita yang menggunung, semangat membara rela berkorban walau tanpa dipinta.

Sepatutnya dialam usia sebeginilah pemuda diberi perhatian kerana pakej yang ada ketika usia muda amat bermakna kepada agama dan umat.

Sabda baginda Rasullulah:

" Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Muda sebelum tua mu, sihat mu sebelum sakitmu,kaya mu sebelum papa mu, hidup mu sebelum mati mu, masa lapang sebelum kamu sibuk ". ( Hadis daripada Ibnu Abbas riwayat Al- Hakim ).

Dalam mengharungi hidup hari ini kita sudah dan sedang menyaksikan muda - mudi Islam hanyut. Anak - anak gadis yang hilang kehormatan , bayi - bayi yang dihumban dijalanan, dan pelbagai adunan masalah yang sukar kita gambarkan.

Anak - anak tanpa pedoman daripada ibubapa akan hilang haluan, begitu juga rakyat tanpa tuntunan pemerintah mereka juga akan hanyut dilambung ombak kehidupan.

Tanggungjawab pemerintah terhadap masyarakat adalah merupakan antara satu kewajipan yang berat lagi bahaya .Dimana ia perlu diberi perhatian siang dan malam.Orang yang peka akan melihat dengan penuh teliti bagaimana umat anak - anak muslim kini .

Kelihatannya kini anak - anak umat Islam begitu tercalar akibat daripada perbuatan mereka sendiri.

Mungkin mudah untuk menuding jari. Ibubapa salahkan guru , pembangkang salahkan kerajaan , kerajaan pula salahkan masyarakat , agamawan salahkan orang awam, orang ramai pula salahkan agamawan .

Saling " bangau " mem "bangau "antara satu sama lain . Jadi siapakah sebenarnya yang bersalah ?.


Masalah krisis akhlak tidak mengira batasan .Anak seorang ustaz atau orang awam bukanlah ukuran mutlak.Antara anak ahli masjid atau pun tidak risiko untuk terjebak adalah tidak mustahil.


Terkini ancaman arak' thai song ' yang menjadi bahan khayal alternatif bagi golongan pemuda dan remaja .Harganya yang murah sekitar dibawah paras RM 4.00 berlambak dipasaran. Penjualannya semakin meluas tanpa pantauan dan penguatkuasaan.


Ini adalah antara contoh dari pelbagai masalah keruntuhan akhlak anak - anak remaja kini.
Rakyat teramai mahukan perubahan .Mereka sudah bosan dengan lontaran masalah yang tidak pernah berkurangan .

Apakah kita ketandusan peranan dalam membina atau mencorak persekitaran ? .

Negeri - negeri yang yang dikuasai oleh PR perlu lebih menunjukkan teladan kepada BN. Jika selama ini kita berada didalam ' comfort zone ' sebagai pembangkang kini sudah mentadbir negeri . Harapan rakyat mahu melihat dan merasa perbezaan persekitaran yang terjamin dan jauh selamat .


Keadaan pemuda dan pemudi pada hari ini adalah gambaran pemimpin pada masa hadapan.Setuju atau pun tidak kita juga mempunyai ' saham 'nya jika tidak berbuat yang sepatutnya.

Setiap kita adalah pemimpin , yang pasti kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH atas apa - apa yang kita pimpin.

Janganlah fokus kita hanya memenangi pilihanraya .Tugasan yang lain terlalu banyak menanti .Sembang politik sana -sini tidak mencukupi, gerak kerja kemasyarakatan yang amat ditagih . Masalah ummah dihadapan mata dibiarkan bagai menepis lalat hinggap dihidung.Semut seberang laut dapat dilihat, gajah dihadapan mata tidak nampak.

Bangunlah wahai pemimpin negeri,pemimpin parti pemimpin masyarakat , pemimpin keluarga ! ...

Hargailah anak - anak bangsamu ....!

www.telokbakong.com

3 comments:

yeopkampo said...

"Janganlah fokus kita hanya memenangi pilihanraya .Tugasan yang lain terlalu banyak menanti .Sembang politik sana -sini tidak mencukupi, gerak kerja kemasyarakatan yang amat ditagih . Masalah ummah dihadapan mata dibiarkan bagai menepis lalat hinggap dihidung.Semut seberang laut dapat dilihat, gajah dihadapan mata tidak nampak."


Sebenar itulah tugas yg perlu kita laksanakan...Harap Pimpinan PAS dan PKR telah mula bergerak.

Kalau dulu kita sedap menghentam org tapi sekarang tanggung jawab terletak diatas kepala kita.

Untuk pengetahuan Pembaca Telok Bakong Online ...sebenarnya atau realitinya pimpinan2 PAS sedang termanggu2 tak tau nak buat apa di kg2...bila kita menang kita tak tau apa yg kita patut buat..... kita hanya pandai mengatur ceramah , tapi belum mengatur apa yg kita idami semasa belum memerintah,

Kita patut berhenti berceramah politik mengata pehak lawan...strategi kita sekarang adalah mengatur ceramah yg meyuarat menyatukan islam, atur strategi menguatkan islam bukan sekadar ceramah menceritakan kesah org islam dahulu tapi kita tidak mencari idea baru untuk membantu islam sekarang, Hidupkan telong menolong ala islam, strategi hidupkan barangan halal, adakah network kumpulan islam seperti surau2, pakat dan kumpulkan gulung propesional sama ada peringkat tertinggi atau di kg2 sprt cigu untuk sama2 berfikir untuk mengekalkan islam , bersahabat bukan bermusuhan, Hidupkan bermusyuarah jaringan2 di kg2...

oh banyak lagi....kerjanya...terutama di Perak ni... sebenarnya Cina semakin kuat secara tak kita sedari.....

Saya rasa ramai gulungan cikgu2, pesara kerajaan, gulungan pro yg boleh bantu kita .... cuma cuba fikirkan caranya .... mungkin di kg2 kita boleh ujudkan kumpulan2 pemikir ini ...jadikan kumpulan ini kumpulan bebas...kerana ramai yg malu nak tunjuk mereka sayangkan islam...... bergeraklah kawan2.....

Amri Mat Saaid said...

itu le matlamat TBO, menyatukan umat Islam di Telok Bakong khusunya dan daerah parit amnya tanpa mengira anutan politik kepartian dan lambang

Telok Bakong said...

terima kasih sudi berkongsi fikiran.tbo mengalu2kan pandanganramai dlm memajukan ummah.

Linkwithin