Thursday, April 17, 2008

Taen

Oleh Msinc
Kemungkinan besar drama Taen yang pernah disiarkan di TV3 sedikit masa dahulu, akan memulakan pengambaran disekitar Tlk Bakong,kg Tanjong,Bota dan juga di K.Kangsar dalam masa sebulan lagi.Pengambaran drama tersebut dijangkakan sebanyak 13 episod dari keseluruhan 25 episod.Kumpulan Senario sekali lagi akan mendokong watak utama dalam drama tersebut.En Ri Kasu (pelakon peranan tok siak) menyatakan,ramai pelakon pembantu akan diperlukan dalam pembikinan drama tersebut.Ini bermakna ianya membuka peluang yang besar kepada penduduk kampung untuk mendapat sumber pendapatan lebih.Beliau buat masa ini sedang membuat 'survey' lokasi lokasi yang sesuai untuk pengambaran.Drama tersebut akan diarahkan oleh Janggo(suami Sheila Rusly).Diharapkan dengan adanya pembikinan drama ini di Telok Bakong,akan memperkenalkan kampung ini di seluruh Malaysia,disamping mencungkil bakat bakat baru

2 comments:

nagabersembor said...

orang telok bakong memang aje semua nya berbakat dalam bidang lakonan...sebagai contoh mase penggambaran drama bersiri bersejarah Kota setia 10 tahun dulu (drama termahal di malaysia) di padang koba..abis semua penduduk kg berlakon mcm2 watak..tak kire kecik dan besor...tue muda semuanya terer berlakon..
kin pengaambaran di kg nanti dpt menjadikan kg kita terkenal kerana keindahan sekitar da lokasi yg menarik di situ.
mana le tau kot2 ade bakat pelakon penduduk kg dpt dikesan oleh pengarah nanti..heheh

dewadurjana said...

xSabor teman yop... lekas² sket

Linkwithin