Tuesday, April 29, 2008

Cinta Orang Kampung


Oleh Msinc
Pada hujung minggu lepas, ada kampong didalam Perak Tengah (bukan Kg Telok Bakong) telah mengadakan mesyuarat untuk perlantikan Ketua Kampong yang baru.Telah timbul perselisihan pendapat dikalangan mereka.Antara yang dipertikaian utama ialah adakah Tok Sidang yang bakal dilantik tersebut harus dari ahli PAS/PKR atau harus diserahkan kepada masyarakat kampong untuk memilih ketua mereka.
Sebilangan berpendapat bahawa Ketua Kampong yang bakal dilantik haruslah dikalangan ahli PAS/PKR.Manakala disebelah pihak yang lain berpendapat,tidak kisah dari mana-mana parti dan yang penting sekali mendapat sokongan dari masyarakat setempat.
Seperti yang kita semua maklum, Menteri Besar Perak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan Ketua Kampong yang baru haruslah dipilih dari suara penduduk sesuatu kampong berkenaan.Sekiranya kenyataan beliau ini dijadikan sandaran,maka kuasa tersebut mestilah diserahkan kepada rakyat untuk membuat perhitungan.Pro dan kontra perkara diatas sememangnya berasas dan telah dikaji oleh pemimpin atasan tempatan.Ada baik dan ada buruknya sesuatu pendapat tersebut.Bak kata sahabat saya Allahyarham Muhammad Ramlee Ngah, “yang baiknya dah tentu ada”,Permasalahan yang hendak diberi keutamaan ialah dari segi keburukan yang akan timbul.Mesti difikirkan dari skop yang seluas-luasnya dan mengambilkira jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.Jangan sampai suatu tindakan yang terburu-buru mengakibatkan kerugian dimasa depan.
Dalam mesyuarat berkenaan, YDP Pas Parit, telah memberikan nasihat dan pandangan.Menurut beliau, negeri Perak harus mengunakan pendekatan bersederhana yang telah dilaksanakan di negeri Kelantan. Semua ketua kampong yang dilantik adalah dari pilihan rakyat setempat,tanpa mengambilkira parti apakah yang menjadi pegangan ketua kampong berkenaan.Mungkin disebabkan oleh pendekatan yang sederhana dan adil ini,menyebabkan PAS terus menguasai Kelantan selama 18 tahun.Berlainan keadaannya berlaku di Terengganu, jawatan ketua kampong dipegang oleh ahli Pas sahaja.Akibatnya Pas dapat memerintah cuma sepenggal sahaja,sebelum dirampas kembali oleh BN,kemungkinan faktor ini juga turut diambilkira oleh rakyat.
Kita perlu mengkaji sejarah dan sirah,Nabi Muhamad s.a.w telah memberikan contoh terbaik melalui Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai Baginda dengan kaum kafirin Mekah.Walaupun jangkamasa pendek, pihak Islam dianggap rugi,tetapi telah mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang sehingga dapat menakluki Kota Mekah dan menyebarkan seruan Islam keserata alam.

2 comments:

yai72 said...

"CINTALAH PADA KG SENDIRI"teman dah komen pada ruangan yang lepas mengenai ketua pelantikan KETUA KANPUNG ni,pada org pas & pkr jangan le bemegah dgn keputusan PRU12 yg lalu dan pada org BN hendaklah bermuhasabah diri cermin diri tu...skrg kat Kg t/bakong dah hanyo dgn pelantikan ketua Kg.bagi teman biarkan penduduk tu sendiri yg menentukannya.Tak semestinya org UMNO,PAS atau PKR.Contohnya lantik dari wakil ahli pas yang tak boleh PAKAI nak buat ape....fikir2kan lah....

Amri Mat Saaid said...

bebeno lerr tu yai teman sokong ape yg mike ulas tu benor dan ape yg YDP PAS Parit cakap tu pun betoi,pilih le secara musyawarah

Linkwithin