Friday, August 16, 2013

UPDATED:Jamuan Raya Di Lambor Kanan Meriah

Ustaz Zulkifli Ibrahim memberikan Ucapan
Antara Tetamu Yang Hadir
Serikandi Harapan Bangsa
Semangat Perjuangan Lamina
Tekun Mendengar Amanat dari Ustaz Zul
Ustaz Zul Menekankan Kepada Perlunya Perjuangan Berterusan Menentang Kezaliman
Ustaz Zul Juga Tidak Lupa Memberi Info info Terkini Berkenaan Hal Ehwal Politik Di Mesir
Hadirin Merasa Sedih Diatas Kekejaman Yang dilakukan Oleh Pihak Berkuasa Mesir Kepada Penyokong Dr.Morsi.
Terima Kasih dari kami kepada Tuan Rumah iaitu Cikgu Alang kerana sudi menjemput kami .Sesungguh nya Tuan Rumah adalah seorang perjuang yang sentiasa berkorban harta benda demi menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua anggota jentera Pilihanraya PRU 13 yang telah bertungkus lumus berkempen tanpa mengira penat dan lelah.Walaupun tewas di DUN Bota,Belanja dan Parlimen Parit.Ganjarannya akan sedia menanti kalian disana.Jangan hampa dan jangan kecewa.Kita nantikan bersama saat kegemilangan.

Kemeriahan sesuatu jamuan atau keraian bukannya bergantung kepada ramai atau tidak hadirin atau banyaknya makanan yang tersedia.Kemeriahan sesuatu acara terpancar  apabila hadirin meraikan nya dengan penuh kesedaran dan keinsafan.Mungkin jamuan di lambor ini diadakan disebuah kedai usang tanpa adanya lampuan berkilauan dan tiada iringan karaoke "aku anak kampung".Namun majlis ini telah memberi kesempatan kepada pendokong PR untuk bersua kembali serta meraikan kemenangan melawan taktik dan helah lawan semasa PRU 13.Kekentalan semangat mereka merupakan elemen penting yang harus diraikan.kami tidak memerlukan makanan yang membukit dari hasil lelah rakyat untuk menjadikan ianya meriah atau "grand".Cukuplah hidangan sederhana yang sungguh lazat hasil dari carian sendiri.Berjumpa kembali dengan rakan yang bertungkus lumus semasa PRU 13 sudah begitu menterujakan dan memeriahkan majlis.Kata kata dorongan dan galakkan dari rakan rakan sudah cukup untuk menceriakan suasana.

Wednesday, August 14, 2013

Pelbagai NGO bentuk gabungan Bantah TPPA


tppa-demo2KUALA LUMPUR 14 Ogos: Pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) samada berhaluan kiri dan kanan bergabung bagi memberi tekanan terhadap Putrajaya berhubung  isu Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik (TPPA).
Gabungan itu, yang dikenali sebagai Badan Bertindak Bantah TPPA atau Bantah TPPA, dijangka memberi  rintangan kepada rundingan perdagangan 12 negara yang diketuai Amerika Syarikat (AS).
Ketua Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mashar dalam sidang akhbar hari ini berkata, gabungan itu berkembang sejak dua bulan lalu dan terus mendapat sokongan.
Kumpulan itu, terdiri daripada 50 organisasi termasuk Suaram, Majlis Perundingan Islam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) berkata,  TPPA bertujuan mengembangkan cita-cita perniagaan multinasional AS dengan membunuh perniagaan tempatan melalui penyingkiran perlindungan perdagangan.
Minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, TPPA menjadi alat mempromosikan hegemoni AS kerana kebanyakan fasal dalam perjanjian itu bertujuan menghadkan peranan kerajaan dan memperkukuhkan penguasaan korporat dalam dasar perdagangan.
Salah satu kebimbangan terbesar terhadap perjanjian berat sebelah itu adalah harga ubat-ubatan akan melambung sekiranya perjanjian itu diteruskan.
Kumpulan itu berkata, Amerika Syarikat mencadangkan satu fasal yang akan memudahkan syarikat-syarikat farmaseutikal besar untuk mendapatkan paten ubat dan hak cipta lebih lama, menjadikan sukar untuk rakyat biasa mengakses ubat generik  dengan harga berpatutan.
Kebimbangan lain adalah pelanggaran hak asasi terhadap pekerja tempatan dan juga dasar-dasar domestik berhubung penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (ISD) yang  memberi keuntungan besar kepada pelabur asing.
Mohd Nizam berkata, surat bantahan dikemukakan kepada Kabinet, yang dijadualkan akan mendengar taklimat mengenai TPPA oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) esok, lapor portal The Malay Mail.
Bersetuju dengan pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat, kumpulan itu turut menggesa Putrajaya menangguhkan rundingan sehingga analisis kos-faedah yang adil dan menyeluruh serta kajian mengenai TPPA didedahkan kepada umum.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54787

Saturday, August 3, 2013

'Mau berhibur lu mesti ada lesen'

HENDRIX
PAGE
CLAPTON



Bagi saya cerita tarian bogel ataupun tarian separuh bogel tidaklah pelik kerana di negara kita, Malaysia kerajaan yang memerintah melalui mandat rakyat telah sekian lama memberikan keizinan.

Saya berpengalaman pada tahun 1991 hingga 1993 bekerja di dua buah night club di sekitar Johor Bahru.

Dan saya masih ingat pada malam-malam tertentu, setiap malam Sabtu atau malam Ahad akan diadakan tarian yang dinamakan tiger show, model atau artis wanita dari dalam negara dan luar negara dijemput untuk buat persembahan.

Di sana kita boleh lihat bagaimana budaya lucah dipaparkan kepada orang ramai tidak kira peringkat usia dan saya pasti itu bukan perkara baru.

Dalam hal ini, MCA mengetuai dalam projek mendapat untung dalam merosakkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum.

Puncanya adalah Umno itu sendiri, bagaimana Umno boleh suka dan merestui apa yang dilakukan MCA tanpa tegas membantah. Umno kehilangan ‘telur' bila berhadapan dengan pemimpin MCA.

Di sebalik pusat-pusat hiburan yang saya maksudkan yang pasti telah mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa sejak merdeka.

Siapa lagi pihak berkuasa itu kalau bukan kerajaan yang memerintah yang diketuai oleh Umno.

Berita serbuan demi serbuan ke pusat-pusat hiburan yang dipaparkan untuk umum hanyalah 'auta' belaka.

Serbuan itu bukanlah untuk membasmi gejala sosial secara menyeluruh bahkan sekadar hendak beritahu pihak penganjur: "Kalau lu mau berhibur lu mesti ada lesen".

Saya berani berkata demikian bukan apa, kalau benar kerajaan ikhlas dan jujur mahukan Malaysia bebas daripada gejala yang tidak bermoral dan tidak sihat itu maka kerajaan Umno/BN sepatutnya menutup terus pusat hiburan yang dimaksudkan.

Pada saya tiada jalan lain lagi.

Empat puluh tujuh peratus rakyat yang memberi mandat kepada Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas 100 peratus bertanggungjawab dalam segala bentuk celaka yang dibuat oleh kerajaan memerintah.

Pihak berkuasa polis, antidadah atau Jakim hanyalah menjalankan tugas dan usaha PAS dalam membantah program menjahanamkan otak rakyat serta program menjauhkan rakyat dengan Allah SWT akan berterusan sehingga hari kiamat.

PAS tidak akan tunduk dan duduk diam.

Thursday, July 25, 2013

Ikan Ikan Yang Pelik Dan Besor Di Sungai Perak

Ikan Tongsan ini ada sedikit keganjilan kerana ianya berwarna PinkYang pelik nya ialah gambar diatas sekali..kerana ianya berwarna pink..kemungkinan tongsan ini spieses albino atau balar.Keganjilan ini menyebabkan nelayan ini agak khuatir untuk mengambilnya dari bubu.Beliau terpaksa memerhatikan mata ikan ini,samada berkedip atau tidak sebelum memegangnya.Ikan ini kemudiannya dibeli oleh seorang guru untuk dijadikan hidangan moreh..ada sesiapa tahu,apakah nama ikan ini?
Ikan apakah yang disebalah kanan nelayan tersebut.Matanya agak terjojol.Menurut Nelayan ini beliau tidak pernah melihat ikan ini di peraitran Sungai Perak sebelumnya..Siapa dapat beri jawapan?Disebelah kirinya ialah ikan Tongsan Hitam.
Kalau tengokan kepada carikan diekor ikan ini..pasti ada lagi yang lebih besor..oleh itu rerajin ler mengail di Sg Perak





Orang Lambor,Telok Bakong..kalau jumpe ikan nie..deme mempireet..lari semuanye..hi..hi..
Kerapu Sungai...??




Saturday, July 20, 2013

Minuman buah ‘kantau’ mampu sejukkan badan semperna PRK Besut...


Minuman buah ‘kantau’ mampu sejukkan badan
Othman menunjukkan minuman buah kantau yang dijual di gerainya.

 KUALA KANGSAR - Mungkin ramai golongan muda tidak pernah merasai keenakan buah ‘kantau’ yang khasiatnya dipercayai mampu menyejukkan badan, membuatkan ia menjadi pilihan ketika tibanya bulan Ramadhan.

Namun, di kalangan ‘orang lama’ di sekitar Kuala Kangsar, khasiatnya sudah lama diketahui dan selalu menjadi minuman pilihan ketika berbuka puasa.

Menurut seorang peniaga buah kantau, Othman Basri, 44, dia setiap tahun menjual buah tersebut bagi menambah pendapatan keluarganya.

Tambahnya, sebelum Ramadhan dia bekerja sebagai nelayan tetapi menjual buah kantau sepenuh masa setiap kali tibanya bulan puasa.

“Pendapatan saya memang meningkat setiap kali saya jual buah kantau ini. Macam tahun lepas, saya peroleh lebih RM7,000 sebulan dengan jual buah ini saja,” jelasnya.

Katanya, bukan mudah untuk mengambil buah tersebut kerana dia dan isterinya perlu meredah hutan tebal kerana buah tersebut biasanya berada di tengah hutan ataupun di tepi sungai.

Malah getah pokok kantau boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan tidak ramai yang mampu bertahan dengan keadaan itu.

“Keluarga saya sudah 18 tahun berniaga buah kantau ini dan memang setiap kali bulan Ramadhan kami akan berniaga buah ini.

“Kalau kami tak berniaga, memang ramai orang kampung akan datang ke rumah kami dan tanya kenapa kami tidak jual buah kantau lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Momin Mohamad, 42, gemar membeli buah kantau untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Menurutnya, dia sejak dari dulu menggemari buah  itu kerana rasanya yang unik dan mampu menyejukkan badan setelah seharian berpuasa.
“Kalau ikutkan buah kantau ni rasanya tawar saja tapi bila campur dengan air macam air sirap, memang rasanya sedap sangat,” katanya.

Msinc-Ate kome kenai ke buah kantau ni macam mane?Buah kantau ni warna dia putih putih.besor besor guli aje.Buahnya lembut kalau yang original rasanya tawo.Kena taruh pemanis dan perwarna.Kalau disejukkan..julin bikik mate bile makannya.bulan pose nih ..kalau kena buah kantau..nyakorr...belah belah Kg Gajah ,Parit ade juge pengusaha buah kantau...Sesape yang tak ponah merase..cobe ler cari..rasa satu ..nak lagi satu..rasa dua..nak lagi dua..Di Besut ..ade ke ijak buah kantau ni ..teman tak tau ler..reti ke orang sane memprosesnye???...karang bergaru satu badan weh..yer le getahnya kalau kene gateeel...macam mambang kuning jugeeek..

Saturday, July 6, 2013

Wifi percuma di Perak patut disediakan kerajaan



Pemuda PAS Perak melihat cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohamad Kamil Shafie bagi menempatkan wifi percuma di Manong - walaupun ia tidak dikemukakan dalam ‘akujanji' atau ‘manifesto' BN - telah lama disambut baik oleh Pakatan Rakyat.

Ia tamparan hebat kerana wifi percuma ini ada kaitannya dengan sejarah Zambry.

Yang menariknya, usaha menempatkan wifi percuma ini di Manong tidak dilakukan atau diperoleh daripada kerajaan negeri tetapi melalui Pertubuhan Peladang.

Mengikut sejarahnya, ketika Zambry sebagai exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dengan teknologi maklumat semasa kepimpinan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali dahulu, usaha menempatkan wifi percuma di setiap daerah sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Dan usaha Mohamad Kamil secara sinisnya menempelak Datuk Seri Zambry yang digagalkan satu ketika dahulu.

Bagi kami, usaha menempatkan wifi percuma ini boleh sebenarnya dikendalikan oleh kerajaan negeri mengikut kemampuannya, kecualilah kerajaan negeri sememangnya tidak mampu menyediakan wifi percuma kepada rakyat.

Isu wifi percuma ini sewajarnya ditangani kerajaan negeri kerana Zambry dahulu telah menjanjikan wifi percuma di setiap daerah di negeri Perak.

Kami tegaskan sewajarnya usaha ADUN Manong perlu menjadi contoh dan usaha bagi semua tempat memperoleh wifi percuma terutamanya luar bandar yang sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS timbalan ketua, Dewan Pemuda PAS Perak.

Saturday, June 29, 2013

Keselamatan Warga Emas Terancam..Apakah Tindakan Yang Wajar??

Warga emas cedera diragut
Warga emas cedera diragut
Jaasa menunjukkan tangannya yang cedera akibat direntap dengan kuat oleh peragut.

BOTA - Seorang warga emas mengalami detik cemas apabila dia diragut di hadapan rumahnya dalam kejadian pagi kelmarin.

Jaasa Jelias, 77, yang menceritakan detik kejadian berkata, sebelum itu dia sedang berehat di kerusi di hadapan rumahnya setelah selesai menjemur kain.

“Saya baru sahaja selesai menjemur kain dan memang sudah menjadi kebiasaan untuk berehat di hadapan rumah.

“Pada ketika itu saya berada seorang diri di rumah kerana anak telah pergi ke klinik untuk mengambil ubat,” katanya yang tinggal di Kampung Teluk Bakong.

Kata Jaasa, ketika dia berehat, seorang lelaki datang dengan menaiki motosikal dan meletakkan motosikal itu di garaj rumahnya.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa dan hanya melihat tingkah-laku lelaki berkenaan sebelum dia menegur saya dan bertanya saya tinggal dengan siapa.

“Saya yang menganggap tidak ada apa-apa akan berlaku menjawab tinggal seorang diri dan tiba-tiba dia terus meluru ke arah saya lalu menarik rantai tangan yang ada saya pakai,” katanya.

Jaasa berkata, setelah rantai itu putus, lelaki berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.

Jelasnya, akibat tarikan kuat itu dia mengalami luka di tangan dan lebam akibat cengkaman kuat lelaki berkenaan.

“Saya terus menjerit memanggil jiran dan mereka yang menolong saya untuk memberitahu anak-anak mengenai kejadian ini,” katanya.

Jaasa berkata, dia bukan sahaja kehilangan rantai tangan yang dianggarkan bernilai RM4,000 malahan turut mengalami kecederaan.

“Saya berasa  fobia untuk berada di luar rumah seorang diri ataupun melihat kelibat sesiapa sahaja yang datang ke rumah,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu.

Linkwithin