Tuesday, April 12, 2011

Umno Partai 1Fitnah dan Lucah


       Menteri Besar Perak yang sah Dato Seri Nizar Jamaludin telah melabelkan Umno sebagai partai yang penuh dengan rasuah dan fitnah.Dengan pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh partai tersebut,dan dengan yang sedemikian,beliau berharap agar rakyat yang masih menyokong partai tersebut hendaklah berazam meninggal terus partai yang bersifat perkauman itu.Beliau berucap dimajis anjuran Amk Gopeng di Taman Pakatan Ipoh,Perak pada 4hb April yang lalu.Islam melarang penganutnya mengamalkan sikap bangga dan mengagungkan bangsa sendiri.Sifat ini dipanggil assabiah.Rasululah telah bersabda melarang keras perbuatan ini.Dari peristiwa hijrah,perkara yang pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menyatupadukan kaum mujahirin dengan penduduk Ansar Madinah kerana didalam Islam,semua muslimin dan muslimat adalah sama tarafnya disisi Allah.Orang Arab adalah sama martabatnya dengan orang bukan Arab.Apa yang dipertimbangkan disisi Allah ialah ketaqwaan dan keimanan hambanya.
Umno mengambil jalan untuk menentang suruhan Tuhan dengan mengamalkan semangat Kemelayuan dalam perjuangannya.Semangat kemelayuan diapi-apikan kedalam dada orang melayu dengan berselindung propaganda bahawa orang melayu akan hancur kerana bangsa asing akan mengambil alih ekonomi dan kuasa pemerintahan sekiranya tidak memilih Umno sebagai partai pemerintah.Dari pihak MCA pula,sentimen perkauman turut ditiupkan kepada orang Cina dengan memberi kefahaman yang salah terhadap Islam terutama tentang hudud dan pemerintahan yang berteraskan Islam.Mereka juga turut mewawarkan bahawa bukan Islam akan ditindas sekiranya parti Islam memerintah negara.Isu isu perkauman ini sentiasa digunakan untuk meraih sokongan.Sebenarnya perjuangan Umno sekarang bukanlah untuk memartabatkan bangsa melayu.Tetapi ia memperjuangkan kelangsungan penguasaan kuasa dan ekonomi kepada segelintir kelompok elit melayu sahaja.Jika dilihat kepada struktur kepimpinan Umno sekarang,menampakkan penguasaan kepimpinan kepada kumpulan keluarga tertentu turun temurun.Semangat untuk membela kepentingan elit Umno lebih diutamakan dari membela kepentingan seluruh orang Melayu.
          Malaysia telah dikejutkan oleh Trio Dato T yang mana telah mengaitkan Dato Seri Anwar dengan satu video seks.Tanpa bukti yang benar benar kukuh,trio ini telah menuduh Dsai adalah pelaku di dalam video tersebut yang diumumkan sama hari dengan pembubaran Dun Sarawak.
        Presiden Umno telah menafikan pembabitan Umno dalam perkara tersebut.Ini adalah suatu pembohongan yang nyata,kerana pastinya trio tersebut merupakan bekas pemimpin Umno.Ada juga yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan mantan PM.Turut menariknya,orang yang membuat tempahan untuk penayangan video lucah tersebut adalah Ketua Pemuda Bahagian.Ini telah membuktikan Umno adalah dalang disebalik isu ini.Untuk menambahkan rencah,YB Johari Abdul telah mendakwa pemandu yang membawanya kebilik hotel,juga dikenalpasti mengunakan walkie talkie milik kerajaan.Persoalannya siapakah mereka ini yang telah menjadi perkakas trio T ini.Mengapakah mereka ini boleh digunakan?.

Msinc - merasakan bahawa isu seks sengaja dipilih kerana isu ini sukar untuk dijelaskan kepada rakyat terutama golongan tua kerana batasan moral.Semakin rakyat tidak dapat penjelasan yang betul, maka dengan mudah Umno boleh mengolah isu dengan bantuan media untuk memburuk-buruk Pakatan Rakyat.

Thursday, March 24, 2011

Demokrasi Kian Malap di Malaysia…Tolong Selamatkan...





Demokrasi perlu dikekalkan atau perlu telus untuk menjamin rakyat tidak melakukan tunjuk perasaan di jalanan .Sekiranya demokrasi tidak dijalankan dengan telus disesebuah negara demokrasi,maka rakyat akan bangkit melawan satu satu kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan dan rapat umum,tidak melalui pilihanraya.Ini dapat ditunjukkan diseluruh dunia seperti di Filipina dengan kejatuhan Marcos.Suharto di Indonesia.Pendapat ini dilontarkan oleh Tuan Haji Mat Sabu di Ceramah Perdana di Kg Bakar Bata Beruas pada 22hb March yang lalu.Kebangkitan rakyat di negara negara ini adalah disebabkan kerajaan yang memerintah telah menyekat prinsip-prinsip asas demokrasi seperti mengongkong kebebasan media,menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang,menyekat internet serta mengadakan pilihanraya yang tidak adil.Pasukan Keselamatan digunakan untuk mengerunkan parti pembangkang.Kakitangan Kerajaan digunakan sewenang-wenang nya untuk kepentingan parti pemerintah.Tambahan lagi kerajaan yang memerintah mengunakan segala kuasa yang ada untuk mengaut kekayaan untuk parti ataupun perseorangan.

Namun kesabaran rakyat ada batasan nya.Apabila keadaan menjadi terlalu tertekan,maka rakyat akan bangkit menentang dijalan jalan raya.Ini boleh disaksikan di Tunisia dan di Mesir.Berjuta rakyat telah mengadakan tunjuk perasaan.Walaupun ada kawalan dari pasukan keselamatan,tetapi akhirnya mereka mengalah juga kepada tuntutan rakyat.Maka,ujar Tuan Haji Mat Sabu lagi,untuk mengelakkan rakyat turun ke jalan jalan raya,sewajarnya kerajaan yang memerintah sekarang mengembalikan demokrasi kedalam sistem pemerintahan.Pilihanraya perlu dijalankan secara telus berdasarkan prinsip prinsip demokrasi.Pembangkang patut diberi akses kepada media.Media mestilah bebas.Senarai pengundi mestilah tiada penipuan.Kerajaan yang ada sekarang seharusnya diberi tekanan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dijalankan.Lantaran dari itu Tuan Haji Mat Sabu menyeru dan menjemput semua penyokong penyokong Pakatan Rakyat supaya dapat menyertai Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Saudara Bob Lokman yang diberi tugas sebagai penceramah pertama pada malam itu,mengesa kepada penyokong penyokong Pakatan Rakyat agar menyampaikan atau berdakwah dengan cara lembut dan sederhana kepada ahli ahli UMNO.Penerangan yang jelas dan berhemah perlu di sampaikan kepada mereka agar mereka lebih faham tentang apa yang diperjuangkan olah Pakatan Rakyat.Pendekatan yang keras cuma akan menjauhkan mereka dari kebenaran.sebenarnya orang Umno ini perjuangannya adalah perjuangan cari makan dan mereka ini bukan lah bergitu bersungguh sungguh memperjuangkan parti mereka.Sekiranya kaedah yang betul digunakan,nescaya mereka akan berubah.Beliau juga menceritakan tentang mengapa beliau berhijrah kepada perjuangan Islam.Perubahan ini dilakukannya disebabkan beliau percaya kerajaan boleh mempengaruhi sosio-budaya rakyat.Kerajaan yang baik diperlukan untuk memerintah negara agar dapat membawa rakyat bertakwa kepada Tuhan.

Tuan Haji Dr Khairuddin Dato Malek selaku Badan Perhubungan Pas Perak mengesa kepada pemandu kenderaan yang mempunyai saman ekor supaya tidak membayar saman meraka.Ini adalah kerana menurut beliau saman ekor yang dikenakan adalah tidak adil kepada rakyat,dan tindakan menyenaraihitam oleh JPJ adalah tidak mengikut undang-undang.Beliau menegaskan bahawa 35% wang kutipan dari saman ekor ini tidak sampai ke tangan kementerian kewangan,tetapi sebaliknya disapu oleh 2 syarikat swasta yang dilantik dari kroni Umno dan MCA.Tambah beliau,Mengapa tiada syarikat kroni dari MIC.Pakatan Rakyat juga ada menyediakan bantuan guaman percuma kepada rakyat yang menghadapi masalah saman ekor ini.
Msinc-Sependapat dengan Bang Mat…dah jelak dengan politik lucah tajaan UMNO ni…

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks:BN Kantoi!!

Ini bukti waktu kejadian dalam video Anwar sedang godek pc nya di romah.Udah mandang modai lain gamaknya!!Kes Liwat 2 pun merepek meraban dah endingnya.Udah ler kome rakyat Malaysia yang ngundi BN tu...ijak kome memalu nak nyokong BN lagi.Mane nak di hale muka bila dalam kes liwat jubor Saifool ade ayor mani dia sendiri.Ijak kome kanjei mikiorkannya.Bubar aje Dun Sarawak bideo sex pulak...berjagai benor kes liwat tak leh nolong BN dah!!Dah memang tak codek buat lak bab bideo seks ni..aje yang tenggin tak kancup kancup.Kesannye kome tak caye tengok ler senjata makan tuan melantak BN ni.

Boleh pulak nayang cite koko(blue le) kat hotel pulak tu..auwmak aje handei Abg T ni.Apa ulamak Umno komen..apah ijak sohh aje.Mufti Perak ce cite ce cite skit.Lau keme nayang blue harus kene kejor memperit lari.Ni kat hotel glamer lagi.Ape gelornya udah buleh ker nengok blue kome di Hotel Carcosa Negara.Sapa ler punya idea banggang ni,gatai lagi nak taruh seminggu bagi aje ler kat polis terus.Nyusahkan aje buat tayangan free tu.

Mari bersama Pakatan Rakyat abaikan kisah lucu dan lucah ini.LAWAN TETAP LAWAN!!

Monday, March 14, 2011

Kumpulan Libanglibu -Rela {Studio Version}






KUMPULAN LIBANGLIBU - RELA
LAGU &LIRIK :BOB METALLERS HEADBANGERS IPOH
MUZIK : KUMPULAN LIBANGLIBU
RAKAMAN :STUDIO LIBANGLIBU

Rela.. .rela kamu di pergunakan
Rela.. .rela kamu di perkudakan

Rela hidup kamu dah tersepit
Rela kamu semua dapat duit
Rela kamu memang takda prinsip
Rela kamu memang jenis tak cerdik!!!

Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!

Rela …rela kamu di pergunakan
Rela… rela kamu di perkudakan

Rela kamu tak sanggup nak bangkit
Rela kamu asyik suka tabik
Rela kamu fikiran sempit
Rela kamu memang…
Kaki suka bodek!!!

Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!

Rela kamu mesti rela berkorban!
Rela kamu mesti buat perubahan!

Rela bersama rakyat dalam pakatan
Rela bersama rakyat tolak barisan
Rela bersama rakyat tentang kezaliman
Rela bersama rakyat tegakkan keadilan

Kami rela
Sanggup berkorban
Kami rela
Tegakkan keadilan
Kami rela
Bersama pakatan
Kami rela
Tumbangkan Barisan

RELA!!
RELA!!
RELA!

Vesri video HD akan menyusul!!

Wednesday, March 9, 2011

Umno Penyelamat Melayu ?



Pada minggu lalu, 3hb March 2011,telah berlangsung Ceramah Perdana di Kampong Telok Bedayong Lambor Kanan dengan penceramah utamanya Che Gu Bard,YB Idham Lim dan Dr Najihah.Penceramah yang pertama ialah Dr Najihah yang merupakan ketua Dewan Muslimat Pas Parit,Sessi ceramah telah bermula dari pukul 9.30 malam.Para penyokong dari serata daerah telah berkunjung ke Markas Pas yang baru dibuka itu.Dengan adanya markas Pas di Kampong Telok Bedayong ini,adalah merupakan suatu momentum besar kearah pengembangan Parti Pas dikawasan ini.Tahniah kepada tuan rumah yang membenarkan tempat tersebut dijadikan sebagai markas.

Chegu Bard sebagai penceramah kedua telah banyak mengupas isu isu semasa yang sedang berlaku di negara Malaysia.Beliau menegaskan bahawa kerajaan Umno yang memerintah sekarang gagal menjalankan tangungjawabnya dengan baik,Kesan kenaikan harga minyak telah menyebabkan rakyat hidup dalam kesusahan.Sepatutnya kerajaan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat hasil dari keuntungan yang berlipat ganda.Kontrak sosial antara pemerintah ( kerajaan Tun Abd Razak ) pada masa itu,mestilah ditunaikan.Ini bermakna rakyat menyerahkan hak mereka keatas hasil petrolium kepada kerajaan,kerajaan pula bertanggungjawab untuk mengagihkan keuntungan kembali kepada rakyat melalui bayaran royalti. Suatu perkara yang tidak dilakukan oleh kerajaan Umno sekarang.

Segala kekayaan negara telah dibolot semua oleh kroni Umno,suatu perkara yang sama diamalkan oleh mana kerajaan yang korap.Beliau juga telah menyentuh tentang penyusutan yang melampau terhadap keluasan tanah rezab Melayu.Mengikut undang-undang persekutuan Setiap tanah rezab Melayu yang diambil oleh kerajaan,ianya hendaklah diganti dengan kawasan yang lain dengan jumlah keluasan yang sama.Statistik menunjukkan dari 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia sewaktu British meninggalkan Malaya,ianya berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

Mengapakah tanah ini tidak diganti.Ini menunjukkan bahawa Umno yang memerintah lah yang telah merampas dan merompak tanah orang Melayu.Suatu hakikat yang berlawanan dengan motto Umno untuk memartabatkan bangsa Melayu,sebaliknya mereka menjadi api didalam sekam,musuh didalam lipatan dan runcing didalam pepat diluar kepada bangsa Melayu.Satu persoalan lagi sekiranya ada bahagian yang digantikan,dimanakah ianya diletakkan.Satu kajian yang telah dibuat,kebanyakan tanah gantian Rezab Melayu ini telah diletakkan dikawasan yang tidak ada nilai ekonomi seperti dikawasan Banjaran Titiwangsa,dalam Tasek Banding dan Tasik Chini serta kawasan hakisan sungai dan pantai.

Tanah Melayu yang bernilai telah diambil oleh Umno melalui Kerajaan yang memerintah atas dasar pembangunan(sebenarnya untuk mereka sahaja..)Kesimpulannya orang Melayu mengalami kerugian yang besar akibat dari pengambilan Tanah Rezab Melayu ini.

Penceramah ,berikutnya telah disampaikan oleh Y.B Idham Lim.Topik utama ucapan beliau ialah tentang kepincangan yang berlaku dalam perjuangan Umno yang berlandaskan kaum melayu yang dilihatnya sebagai satu perjuangan yang sempit dan menyeleweng dari semangat demokrasi.YB Idham Lim menegaskan bahawa orang Melayu,orang Cina dan orang India tidak akan selamat dibawah semangat melayu itu.Pemberian hak kepada melayu bukan bermakna keadilan telah dicapai,terdapat kes dimana penyerahan tanah diberikan kepada orang melayu tetapi diberi kepada keluarga sendiri.Kes Ini dapat dilihat dengan apa yang terjadi di Felda Malau.Ini menjelaskan bahawa Umno sememangnya mengunakan kuasa untuk kepentingan sendiri dan kroni.Kepimpinan dibawah Umno jelas akan menindas dan menekan orang Melayu.

Adalah selamat sekiranya bernaung dibawah panji panji Islam.Islam akan menjamin keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.Kefahaman kebangsaan akan menjurus kepada semangat taksub dan bangga kepada bangsa yang lebih mirip kepada Zionism atau Fasism. Bermegah megah dan bangga kepada bangsa ini dikenali sebagai assabiah ini adalah dilarang didalam Islam. Fahaman assabiah ini menjadi punca kejatuhan pemerintahan Khalifah Othmaniah di Turki.Kebangkitan rakyat di Turnisia dan di Mesir adalah luahan hati rakyat yang bencikan ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah secara berleluasa.Rakyat yang perihatin akan sentiasa mengambil berat akan kehendak masyarakat sekeliling dan bukannya hanya mementingkan kepentingan persendirian sahaja.

Msinc-fikir-fikir kan lah..bukannya fikirkan boleh… ( untuk rompak harta rakyat ).

Thursday, February 10, 2011

Warga Telok Bakong Menempa Sejarah Dengan Penubuhan Pusat Terapi Medan Elektrik





            Warga Telok Bakong, Supian Bin Kiman telah menubuhkan sebuah Pusat Rawatan berasaskan Kaedah Terapi Medan Elektrik di No 8,Taman Indera Barat Titi Gantong Bota Perak.Pusat Rawatan tersebut mempunyai 2 mesin iaitu Al Jabbar dan Alpha One.Selain menjalankan rawatan terapi medan elektrik ini,beliau juga turut menjual produk produk kesihatan.Pusat ini mula dibuka pada  8.00am hingga 12.00 malam.Setiap sessi rawatan akan berlangsung selama setengah jam dan ianya dikenakan bayaran RM2.00.Bayaran ini dianggap berpatutan kerana ramai warga emas yang berkunjung  untuk mendapatkan rawatan.Menurut Encik Supian,beliau mengenakan bayaran yang rendah untuk membolehkan semua orang mendapat faedah dari mesin tersebut,kerana kos untuk membeli mesin tersebut adalah mahal.Beliau pada awal nya telah membeli sebuah mesin Alpha One adalah untuk kegunaan persendirian,kerana beliau sendiri menghidap penyakit jantung,tetapi memikirkan bahawa mesin itu boleh bermanfaat kepada orang ramai,beliau telah mengambil inisiatif membuka sebuah pusat rawatan yang juga bersebelahan dengan kedai runcitnya.Beliau kemudiannya,telah membeli mesin Al Jabbar sebagai tambahan,berikutan sambutan yang mengalakkan dari masyarakat setempat
Berikut adalah kebaikan-kebaikan rawatan Terapi Medan Elektrik ini.
1.Untuk merangsang arilan bioelektrik di dalam badan dengan mengunakan input aliran elektrik dari luar tubuh untuk mengalakkan pemulihan sel sel yang telah rosak.
2.Membaiki tisu-tisu yang telah rosak dan memulihkan fungsi fungsi sistem saraf
3.Menyeimbangkan nilai PH darah.
4.Membantu meningkatkan sistem pertahanan  tubuh dan keupayaan penyembuhan semulajadi.
5.Terbukti berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kronik lain seperti Diabetis,Insomnia,Gout,Angin Ahmar,Rheumatism,Artiritis,Lemah jantung,masalah buah pinggang,Resdung,Kolestrol tinggi,Lemah tenaga batin,Gangguan Kitaran Haid,Asma dan masalah hati tanpa perlu mengambil sebarang ubat-ubatan.
6.Kaedah Rawatan Terapi Elektrik ini adalah alternatif  yang selamat tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Untuk keterangan lanjut,bolehlah berhubungi sendiri dengan Encik Supian di talian 012-531 9804.
                Msinc-Diharapkan orang ramai mengunakan kesempatan ini untuk mencapai taraf kesihatan yang baik supaya kita dapat sama sama menumbangkan kerajaan Barang Naik ini.(tiap kali ngisi minyak jer…darah aku musti nyerappp…)

Jaiswings : Dapat ker free nry dah promo ni hehehe

Linkwithin