Showing posts with label KTB Dan Msinc. Show all posts
Showing posts with label KTB Dan Msinc. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Warga Telok Bakong Menempa Sejarah Dengan Penubuhan Pusat Terapi Medan Elektrik





            Warga Telok Bakong, Supian Bin Kiman telah menubuhkan sebuah Pusat Rawatan berasaskan Kaedah Terapi Medan Elektrik di No 8,Taman Indera Barat Titi Gantong Bota Perak.Pusat Rawatan tersebut mempunyai 2 mesin iaitu Al Jabbar dan Alpha One.Selain menjalankan rawatan terapi medan elektrik ini,beliau juga turut menjual produk produk kesihatan.Pusat ini mula dibuka pada  8.00am hingga 12.00 malam.Setiap sessi rawatan akan berlangsung selama setengah jam dan ianya dikenakan bayaran RM2.00.Bayaran ini dianggap berpatutan kerana ramai warga emas yang berkunjung  untuk mendapatkan rawatan.Menurut Encik Supian,beliau mengenakan bayaran yang rendah untuk membolehkan semua orang mendapat faedah dari mesin tersebut,kerana kos untuk membeli mesin tersebut adalah mahal.Beliau pada awal nya telah membeli sebuah mesin Alpha One adalah untuk kegunaan persendirian,kerana beliau sendiri menghidap penyakit jantung,tetapi memikirkan bahawa mesin itu boleh bermanfaat kepada orang ramai,beliau telah mengambil inisiatif membuka sebuah pusat rawatan yang juga bersebelahan dengan kedai runcitnya.Beliau kemudiannya,telah membeli mesin Al Jabbar sebagai tambahan,berikutan sambutan yang mengalakkan dari masyarakat setempat
Berikut adalah kebaikan-kebaikan rawatan Terapi Medan Elektrik ini.
1.Untuk merangsang arilan bioelektrik di dalam badan dengan mengunakan input aliran elektrik dari luar tubuh untuk mengalakkan pemulihan sel sel yang telah rosak.
2.Membaiki tisu-tisu yang telah rosak dan memulihkan fungsi fungsi sistem saraf
3.Menyeimbangkan nilai PH darah.
4.Membantu meningkatkan sistem pertahanan  tubuh dan keupayaan penyembuhan semulajadi.
5.Terbukti berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kronik lain seperti Diabetis,Insomnia,Gout,Angin Ahmar,Rheumatism,Artiritis,Lemah jantung,masalah buah pinggang,Resdung,Kolestrol tinggi,Lemah tenaga batin,Gangguan Kitaran Haid,Asma dan masalah hati tanpa perlu mengambil sebarang ubat-ubatan.
6.Kaedah Rawatan Terapi Elektrik ini adalah alternatif  yang selamat tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Untuk keterangan lanjut,bolehlah berhubungi sendiri dengan Encik Supian di talian 012-531 9804.
                Msinc-Diharapkan orang ramai mengunakan kesempatan ini untuk mencapai taraf kesihatan yang baik supaya kita dapat sama sama menumbangkan kerajaan Barang Naik ini.(tiap kali ngisi minyak jer…darah aku musti nyerappp…)

Jaiswings : Dapat ker free nry dah promo ni hehehe

Sunday, October 31, 2010

Jom Ngundi Kome!!

      KTB dan Msinc akan mengundi hari ini di PKR Cabang Parit.Apa keme nak undi yek.Reropenye sama keme nak undi haha.Tahniah buat Zahid Ibrahim dan Chegu Bard kerana keme akan ngundi kome berdua.Keme ngundi deme berdua kerana deme ni Double Trouble.Rock skit bro.Wawasan deme jauh kehadapan.Yang jawatan lain tgk mane sedap hati perut kang.

      Takyah lelobi...lepas ngundi balik ler keme nak melayan lain2 hal.Selamat mengundi semua.Hati2 di jalanraya.Lepas selesai harap semua penyokong masing2 akan berpadu tenaga melawan musuh kita BN!!!

Saturday, October 9, 2010

Akhirnya Jalak Lenteng Ke Umno jua!!

Bekas Ketua AMK Parit Pejai Jalak Lenteng Berbaju Merah muncul di Parit.Takyah tulis apa2 kome pepaham2 jer ler spesis orang macam gini.Harap AMK Parit  teruskan perjuangan...

Sunday, September 19, 2010

Pemilihan Peringkat Cabang Parit

Sekitar Pemilihan Cabang Parit dalam proses pengundian yang di jalan di rumah Hj. Usaili Alias yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Parit bagi sesi pemilihan kali ini.




Semua jawatan yang di pertandingkan telah dimenangi tanpa tandingan kecuali jawatan Timbalan Ketua Cabang yang di menangi Tuan Hj.Mohd Hassan Ibrahim menewaskan En. Zul Hassan dengan 47 berbalas 10.Tahniah diucapankan dari kami di TBO Saluran Keme Untuk Kome.

Buat AMK Cabang Parit tahniah buat En.Hussin Yeop Mohamad kerana menang tanpa bertanding.Semoga semangat kental bangkit dari kebobrokkan bekas ketua yang di PECAT Si Jalak Lenteng!!

Inilah sistem pemilihan parti yang melibatkan akar umbi setelusnya yang PKR menjadi perintisnya.Tahniah kepada ahli parti Cabang Parit yang datang mengundi dgn kehadiran yang membanggakan.Mesyuarat ini di rasmikan oleh Setiausaha Perhubungan Negeri PKR En.Anuar Zakaria.Bukan orang mane pun Kg.Pendiat jer.

Buat Ketua Cabang Parit yang juga tuan rumah terima kasih diatas jamuan di yang sediakan.

"LAWAN TETAP LAWAN"
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"

Aku Takkan Bising!!!


Pemergianmu tidak ku tangisi.Hadirmu tidak ku pinta.Begitulah resam perjuangan berlandaskan nafsu serakah.Ketika didalam perjuangan tiada sumbangan,seperti di jangka oleh krew -krew TBO ini.Berdasarkan tutur kata dan ucapan berapi-api,pedas dan bersemangat tetapi rupa rupanya kokok berderai derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.Pakaian mengalahkan mat belia,mat bagus tetapi topeng semuanya,pura-pura,hipokrit dan dusta semata mata.

Jikalau anda perasan pihak TBO tiada memberi liputan yg terlalu menonjol AMK Parit di bawah kepimpinan Faizal Jalak Lenteng ini.Mungkin pihak yang melihat ucapan beliau akan terpegun.Tapi ini adalah seperti Ezam Al Kataki jua.Dari sumber sumber TBO, Lenteng ini juga telah menjalan usaha usaha untuk mempengaruhi ahli-ahli AMK Parit untuk keluar PKR bersama dengan beliau.Tetapi hasil usahanya gagal,Semua AMK Parit menolak cadangan beliau itu.Tiada seorang pun yang mengikuti langkah yang tidak bermaruah itu.Dihati setiap AMK telah tertanam suatu tekad biar hidup susah dan merana mempertahankan prinsip dan kebenaran daripada hidup dalam kemewahan tetapi dalam pembohongan dan kepura-puraan.

Tiada aktiviti yang mendekati masyarakat dilakukan oleh AMK Parit selama ni pun. Adalah tidak logik tindakkan keluar setelah di pecat oleh parti.Tiada kejutan kerana ura-ura tindakkan ini telah dihidu beberapa bulan lalu.Setelah tiada pengaruh dan jawatan barulah nampak tembelang sebenar.Tiada untung disimpan dan tiada rugi dipecat.Seperti melukut ditepi gantang,Itik tak sudu,ayam tak patuk.Sebenarnya 'pemblahan'beliau amat disyukuri oleh AMK,kerana tidak guna untuk menyimpan pemimpin seperti ini.
Adalah lebih baik buah yang buruk digugurkan daripada tandan yang elok kerana dikhuatiri jika berterusan buah yang tidak elok bersama sama buah yang baik,ianya akan berjangkit.Ayam yang sakit musti diasingkan daripada ayam yang sihat.Ayam yang sakit pergilah kereban ayam yang sakit,berkokok lah disana.Tapi ingat lah reban ayam yang sakit disana takkan terpengaruh dengan kokokan mu itu,apalagi hendak memberi penghormatan.Engkau akan terasing direban baru mu itu.

Esok (19hb September 2010) adalah tarikh pemilihan dan mesyuarat PKR Cabang Parit.Ahli ahli akan turun untuk memilih pemimpin.Semoga dalam pemilihan PKR Cabang Parit akan memperhalusi calon - calon yang bakal bertanding.Pilih lah pemimpin yang amanah,jujur,berperinsip dan bijak sana atau sifat sifat yang tiada pada ayam sakit diatas...

Pihak TBO mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitr kepada semua..maaf zahir dan batin,jikalau TBO ada tersilap perbuatan,terkasar bahasa,terkata dan sebagainya.

Saturday, January 23, 2010

Gegar Di Chenderong Balai Bersama DSAI





Syukur ke hadrat Illahi dengan restunya Program Gegar Bersma DSAi di Chenderong Balai berjalan lancar.Jutaan terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga lalu lintas di sepanjang jalan utama.

Dianggarkan hampir 10 ribu masyarakat pelbagai lapisan membanjiri lokasi ceramah di Dewan Serbaguna Pekan Chenderong Balai.Seramai 71 orang bekas ahli Umno telah meninggalkan parti hampeh itu menyertai PKR.Borang pencalonan di serah kepada DSAI sendiri.Pihak TBO akan memuat naikkan visual ceramah DSAI sedikit masa lagi agar lebih mudah dan jelas buat pengunjung TBO.

Gegor Kome!!!!

Saturday, January 31, 2009

UMNO Parit Bakal Ditalkinkan..11 Cawangan Umno Bungkus...Nyirap Darah Umno Parit!!

Bekas Pengerusi Kelab Veteran Umno Parit Encik Yeop Khalid Menubuhkan Cawangan Parti Keadilan Rakyat Padang Marhum,Telok Bakong.

by KTB & Msinc

Ceramah Khas Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Januari 2009.Dianggarkan seramai 10000 orang penyokong Pakatan Rakyat telah beramai ramai memenuhi segenap pelusuk stadium.Ianya dianggap telah memecah rekod kehadiran stadium itu sendiri.Penyokong yang sebegini ramai adalah kerana ianya dihadiri oleh ramai pengikut UMNO yang sudah tidak yakin kepada corak pemerintahan parti tersebut.

Kehadiran dari pemimpin Pakatan Rakyat juga adalah cukup luar biasa.Majlis ini telah dihadiri oleh Y.B Zainudin,YB Kasavan,YB Lim Boon Chai serta Saudara Tuan Haji Osman dan Mustafa Kamil Ayob.Turut serta ialah penyokong – penyokong Y.B Nasarudin Hashim yang turut sama meraikan penghijrahan ketua mereka kepada Parti Keadilan Rakyat.

Ucapan didahului oleh Ketua Bahgian PKR Parit Tn. Hj Usaili Alias di susuli Y.B Zainudin, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak Tn. Haji Osman,Mustapa Kamil Ayub .Ucapan seterusnya di sampaikan oleh Y.B Nasarudin Hashim disambut dengan hangat oleh pada penyokong.Didalam ucapannya beliau menyatakan bahawa penghijrahan beliau kedalam PKR bukanlah kerana disogok atau dirasuah,sebagai mana yang ditohmahan oleh UMNO.Beliau menegaskan penghijrahan beliau adalah kerana beliau sudah hilang keyakinan UMNO mampu memperjuangkan kepentingan rakyat.Beliau juga amat berharap para pengikut pengikutnya dan penyokong Pakatan Rakyat dapat memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

Upacara diteruskan dengan majlis penyerahan borang keahlian dari wakil wakil Veteran Umno oleh Encik Yeop Khalid bin Itam Mat Amin wakil dari Kampong Padang Marhom.Turut serta Kg Ekor Bota ,Kg Lambor Kiri,Kg Suak Padi yang mewakili kaum orang asli, Kg Kubang Chandong (Oleh bekas Ketua Umno Cawangan,Padang Changkat dan dijangkakan banyak lagi cawangan yang akan menyusul.Melihatkan situasi ini Umno Parit sedang menuju kemusnahan dan kehancuran yang hakiki.Umno Parit dibawah pimpinan Dato Zaim akan hanyut ditelan arus reformasi dan tsunami politik semasa.Oleh itu rakan Umno,terimalah kebenaran yang terbentang luas didepan mata,jegilkan mata bukalah hati, untuk kebenaran dan tolakkan lah kepalsuan yang menghitamkan hati.

Majlis bertambah rancak dengan ucapan dari Datok Seri Anwar Ibrahim.Beliau telah menafikan sekeras kerasnya,bahawa PKR telah merasuah atau menawarkan jawatan kepada Y.B Nasaruddin dengan pangkat atau wang.Beliau juga turut mengupas isu-isu semasa didalam dan luar negara .Perubahan pengundi melayu dari BN kepada Pakatan Rakyat semakin ketara didalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini.

Langkah terdesak Umno Parit memasang kain rentang ‘Nasarudin Pengkhianat’ terbukti tidak memberikan apa-apa kesan dengan melihat sokongan penduduk tempatan yang amat sesak di dalam dan luar stadium.Rata-rata penduduk DUN Bota amat berbesar hati dengan perkembangan ini.Menurut seorang pemuda En. Halimi Mansor yang ditemui diluar perkarangan stadium berkata ‘Kalau macam ini tumpo ler Umno’ ujarnya dengan penuh semangat.

Bagi pihak TBO kami telah merasai hasil penat lelah kami selama ini berbalas.Inilah yang kami impikan,bukannya ganjaran seperti Perak Bangkit, dan spesis-spesis bloggers upahan Umno yang mengharapkan balasan bagi setiap titis peluh mereka menabur fitnah.Senario politik di Telok Bakong akan berubah landskap dengan ketara (Orang Umno udah tak lalu ngangkat muke di Kedai Kopi…weeehh ). Tunggukan episod yang lebih menyayat hati bagi pihak Umno selepas ini. Sila Layari TVTB untuk edisi penuh ceramah tersebut

KTB dan Msinc : Jeng..jeng..jeng…tuawww..tuawww..tuawww..

Wednesday, January 28, 2009

Pakatan Rakyat Bertambah Kukuh di Perak Tengah





Pada pukul 4.00 petang telah berlangsung pertemuan pucuk pimpinan Keadilan Parit yang di ketuai oleh Saudara Usaili Alias Penyelia DUN Bota dengan masyarakat Kg Telok Bakong dan sekitarnya menerangkan isu kemasukkan YB Datuk Nasaruddin Hashim ke PKR seterusnya menambah kerusi ADUN untuk Pakatan Rakyat bagi negeri Perak.

Turut serta adalah Ketua Bahagian PKR Telok Bakong Saudara Zainal Aznam Mat Ganti sebagai penganjur majlis,Ketua AMK PKR Perak Saudara Anuar dan Timbalannya Saudara Faizal Effendi serta Setiausaha AMK Parit Saudara Hussin.

Bersama menyerikan majlis Ketua Kampung dari Pakatan Rakyat bagi kampong Telok Bakong turut hadir.Sambutan penduduk amatlah menggalakkan terutama kaum wanita dan kelihatan ahli Umno juga bersama-sama menghadirkan diri.


Dalam ucapannya oleh Saudara Usaili turut membangkitkan kebobrokkan Umno untuk menawan kerajaan negeri Perak menjelang 31.1.2009.Satu lagi agenda impian Tajol Rosli.Mengenai kemasukkan YB Datuk Nasaruddin pelbagai usaha yang di terajui oleh Saudara Usaili sendiri terpaksa dilakukan dengan teliti dan halangan dari pihak Umno sendiri berjaya di atasi dengan restu Allah s.w.t.

Seorang makcik yang ingin namanya dirahsiakan telah mengadu kepada TBO sendiri mencurahkan kekecewaannya mengenai pimpinan UMNO Cawangan Telok Bakong yang sanggup menikam ahli sendiri semata-mata inginkan kemenangan di pihak mereka semasa pemilihan cawangan yang baru berlalu.Ini baru peringkat cawangan sudah memfitnah calon lawannya mengelapkan wang pilihanraya umum yang lalu.Kebenaran akhirnya terbukti dakwaan itu adalah tohmahan belaka.Lanjutan peristiwa itu makcik tersebut berserta rakan-rakan telah menyertai PKR.Bagaimana dengan pendirian pengundi dan penyokong kuat YB Nasaruddin di Telok Bakong khususnya dan DUN Bota amnya.

Mengikut hasil siasatan TBO penduduk di KG Lambor Kiri,Bota Kiri ,Titi Gantung dan Felcra Nasaruddin sudah beramai-ramai menyertai PKR kerana mereka adalah penyokong setia YB Nasaruddin.Ini mengakibatkan Umno di kawasan tersebut lumpuh sama sekali!!Cubalah Umno Parit menafikannya..turun padang lihatlah sendiri.Media perdana telah menipu hidup-hidup pemimpin Umno yang cetek pemikirannya.Kemasukkan Y.B Nasaruddin adalah kerana desakan dari rakyat yang sudah muak ,jelak , getik.,meluat dan geli geleman dengan kerenah kepimpinan Umno yang tidak memperdulikan kehendak dan keperluan rakyat.

Linkwithin