Thursday, October 14, 2010

PAS Pusat Dan Negeri Kena Pantau PAS Bota!!!

Ceghite daghi Paghit : Ceghite 3 http://jantantuya.blogspot.com/

Teman mintak maaf sebab lambat nyambung ceghite. Ceghite daghi Paghit. Ade bebeghape ghespon yang teman teghime lanjutan daghi ceghite 1 dan ceghite 2. Ghespon melalui email dan dalam labun2 kedei kopi. Ghespon tu bio dulu. Kalo ghajin, teman tulih dalam ceghite 4 pulak. Kalo ghajinle ...

Ceghite 3

Teman teghai belabun dengan oghang PKR. Teman cube selongko daghi ketua cabang. Tapi ketua cabang PKR Paghit tak beghape nak bagitahu. Dia cume kate, PKR tetap betanding di Bote. Itu keputusan negeghi katenye.

Oleh keghane teman boleh begaui dengan deme, dapatle juge teman dengo sikit2 hei deme. Kekadang deme tesasui nyebut akan hei politik PR di Bote. Menughut deme sejak Usaili menang di DUN Bote dalam PRU 1999, oghang2 kuat PAS belah Bote mule mencembughuinye. Oghang2 PAS tak lagi beghia2 nak mantu Usaili menang dalam PRU selepaih itu. Bahkan Usaili kalah teghuk.

Dalam PRU lalu ade oghang2 PAS Bote bekempen macam ini. Palimen bagi pade PAS dan DUN bagi pade ameno. Ini bebeze dengan kempen deme di Belanje, palimen dan DUN bagi pade PAS. Lebih menaghik lagi apabila duit PKR deme ambik. Deme bejanji duit itu akan dibagi pade PACA dan kendeghaan PKR/PAS yang mawak pengundi. Tapi apabila PACA dan petugas PKR mintak, deme kata PKR tak bagi satu senpun duit pade deme. Baguih punye oghang kuat PAS ini. Untuk makluman, ade juge oghang PAS yang bagitahu yang si anu ini peghonah ilangkan duit PAS dalam bonet keghetenye. Selamba je dia kate udah ilang ... tak beghape lame lepaih itu, dia tuko keghete baghu. Kalo salah tolongle betuikan. Teman dengo je ... betui idak teman tak tahu.

Apabila PR menubuhkan keghajaan di Peghak, PAS mahu menguasai majoghiti ketua kampung di Bote. Udahle PAS yang jadi ketua kampung, jkkk demepun semua dapat pade PAS. Oghang2 PKR tak puaih hati. Tapi Usaili kate udahle. Usaili ni lehe mengalah je kate di deme.

Apabila Keghajaan Peghak dighampaih, Usaili dipesalahkan lagi oleh PAS. Usailile yang mawak masuk Nasaruddin dalam PKR. Usaili telibat same menumbangkan keghajaan. Usaili memang nak bagi ameno menang. Sejak penamaan calon lagi Usaili sengaja buat silap dengan mawak pencadang daghi DUN lain. Adeke mawak Cikgu Hassan daghi DUN Belanje? Nyarih sempat diganti. Itupun udah laghi balik ke ameno.

Semase Usaili jadi Penyelia DUN Bote, jenuh dia ngajak PAS untuk bebincang pasei pusat khidmat. YDP PAS bagi nama, tapi tak peghonahnye deme datang mesyuarat walaupun udah dijemput bekali2. Memang PAS Bote juai mahai. Ketua kampung deme ndak. Bila panggei bincang, tak disio deme datang.

Sekaghang dalam ceghamah dan aktiviti PAS di Bote, Usaili tidak lagi dipanggei. Usaili tidak lagi dihoghmati oleh PAS. PAS lebih selese manggei DAP daghi PKR. Seolah2 PKR tak wujud di Paghit. Baghu2 ini PAS manggei Speaker Sivakumar dan Siti Aishah Serikandi PKR beceghamah di Seghapoh. Dipahamkan Usailipun tak tahu yang Siti Aishah dijemput oleh PAS. Kebiasaannye ketua cabang mesti tahu akan setiap peghoghem PR dalam cabangnye, tetambah yang melibatkan tokoh2 penting dalam PKR.

Apabila teman jumpe Usaili dan ajukan hei ini, dia jawab mudah je. Itule politik. Kalo betui ceghite mike ini, maknenye PAS tak gheti ape itu seni politik ...

Haaa ... seni politik?

TBO:Masalah ini sudah lama menjadi wabak di PR Bota.Harap PAS dan PKR Bota dapat mencari titik pertemuan.Peringkat Pusat dan Negeri kena memulihkan situasi ini.PAS dan PKR Bota harus akur dengan arahan dari peringkat negeri.

Sunday, October 10, 2010

Kumpulan Libanglibu - Pakatan Kita

Loga PR ini hakcipta terpelihara : Bob Manjoi





PAKATAN KITA

INILAH PAKATAN RAKYAT
YANG IKHLAS BERJUANG,
SIAP SEDIA BEKORBAN
MENEGAKKAN KEADILAN,

SEBELUM KITA BERJAYA
JANGAN HARAP KAMI PULANG,
INILAH SUMPAH PENDEKAR KITA…
MENUJU MEDAN BAKTI.

ANDAIKATA KAMI GUGUR BERJUANG!
SATU PERGI SERIBU KAN DATANG!
KAMI MOHON DOA! PAKATAN BERJAYA!
PAKATAN SUDAH SEDIA MENAWAN PUTRAJAYA!

PUTRA JAYA…… KITA MARA!
PUTRA JAYA…… KITA MARA!

HANCUR-HANCUR HANCUR BN!
HANCUR-HANCUR HANCUR BN!

TAWAN-TAWAN PUTRAJAYA!
TAWAN-TAWAN SATU MALAYSIA!

LIRIK:BOB MANJOI.

Buat Semua Penyokong Pakatan Rakyat.Membujur Lalu Melintang Patah.Lawan Tetap Lawan.Reformasi!!! Takbir!!

Saturday, October 9, 2010

Akhirnya Jalak Lenteng Ke Umno jua!!

Bekas Ketua AMK Parit Pejai Jalak Lenteng Berbaju Merah muncul di Parit.Takyah tulis apa2 kome pepaham2 jer ler spesis orang macam gini.Harap AMK Parit  teruskan perjuangan...

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Aidilfiri Pakatan Rakyat Maju Rapat Gopeng









Pakatan Rakyat Maju Rapat Gopeng telah mengadakan Jamuan Aidilfitri sebentar tadi.Selain dapat mengeratkan sillaturahim dengan masyarakat setempat pengisian program dengan tazkirah oleh Ir. Ustaz Radzi Zainon amat menarik perhatian hadirin.
Ikutilah tazkirah dari Calon PR pada pilihanraya lalu.Diharapkan PR dapat mencalonkan beliau di dalam PRU 13 kelak setelah tinjauan dari masyarakat setempat yang amat menyenangi keprihatinan beliau.

Part 1


Part 2

Sunday, October 3, 2010

Tak Rocklah Sokong Umno BN Bro!!!


Logo Yang Di Cadangkan Untuk Pakatan Rakyat



Logo PR lau ada penaja leh buat t shirt.
Logo ni Ciptaan Saudara Azahar Bin Jamaluddin or panggilan manjenye Bro Bob.Rockers dan Reformasi dr Manjoy Ipoh.

PRU ke 13 pastikan anak muda pengundi baru bersama perjuangan PR.Undi mereka amat berharga.PR harus berjaya menarik golongan ini dengan sebaik mungkin.Seruan semua blogger yang ada bakat buat lagu Pro PR bebanyak dan jual masa ceramah ceramah PR .Dapat jugak cover mayor duit streamyx.Mun kita bukannya macam bloggers Umno berbayor.

Begini ler nasib bloggers PR.Ngarapkan modal kulu keyor cari bahan dari PKR dan PAS...deme pun mandang berduit.Ayor liyor deme ade ler.Tapi kita ikhlas demi KUASA RAKYAT.

Lagu ini dah lama keluar di buatkan khas untuk semua bloggers pro PR agar terus bersemangat.Lawan tetap lawan.



"Tak Rocklah Sokong Umno BN Bro"

Sunday, September 19, 2010

Pemilihan Peringkat Cabang Parit

Sekitar Pemilihan Cabang Parit dalam proses pengundian yang di jalan di rumah Hj. Usaili Alias yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Parit bagi sesi pemilihan kali ini.




Semua jawatan yang di pertandingkan telah dimenangi tanpa tandingan kecuali jawatan Timbalan Ketua Cabang yang di menangi Tuan Hj.Mohd Hassan Ibrahim menewaskan En. Zul Hassan dengan 47 berbalas 10.Tahniah diucapankan dari kami di TBO Saluran Keme Untuk Kome.

Buat AMK Cabang Parit tahniah buat En.Hussin Yeop Mohamad kerana menang tanpa bertanding.Semoga semangat kental bangkit dari kebobrokkan bekas ketua yang di PECAT Si Jalak Lenteng!!

Inilah sistem pemilihan parti yang melibatkan akar umbi setelusnya yang PKR menjadi perintisnya.Tahniah kepada ahli parti Cabang Parit yang datang mengundi dgn kehadiran yang membanggakan.Mesyuarat ini di rasmikan oleh Setiausaha Perhubungan Negeri PKR En.Anuar Zakaria.Bukan orang mane pun Kg.Pendiat jer.

Buat Ketua Cabang Parit yang juga tuan rumah terima kasih diatas jamuan di yang sediakan.

"LAWAN TETAP LAWAN"
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"

Timbalan Presiden PKR: MSK mendahului !!!!Gempor kome!!


Selamat Reraye Abang Mat.Amboi gi makan umah Srikandi haram ngajak hehehe!!!Maaf Zahir Batin buat semua bloggers network perak...dari TBO.nak tulis banyak sgt.Umum aje ler..Tajuk diatas propaganda saja macam biasa utusan buat hehehe....jgn percaya tau ...

Aku Takkan Bising!!!


Pemergianmu tidak ku tangisi.Hadirmu tidak ku pinta.Begitulah resam perjuangan berlandaskan nafsu serakah.Ketika didalam perjuangan tiada sumbangan,seperti di jangka oleh krew -krew TBO ini.Berdasarkan tutur kata dan ucapan berapi-api,pedas dan bersemangat tetapi rupa rupanya kokok berderai derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.Pakaian mengalahkan mat belia,mat bagus tetapi topeng semuanya,pura-pura,hipokrit dan dusta semata mata.

Jikalau anda perasan pihak TBO tiada memberi liputan yg terlalu menonjol AMK Parit di bawah kepimpinan Faizal Jalak Lenteng ini.Mungkin pihak yang melihat ucapan beliau akan terpegun.Tapi ini adalah seperti Ezam Al Kataki jua.Dari sumber sumber TBO, Lenteng ini juga telah menjalan usaha usaha untuk mempengaruhi ahli-ahli AMK Parit untuk keluar PKR bersama dengan beliau.Tetapi hasil usahanya gagal,Semua AMK Parit menolak cadangan beliau itu.Tiada seorang pun yang mengikuti langkah yang tidak bermaruah itu.Dihati setiap AMK telah tertanam suatu tekad biar hidup susah dan merana mempertahankan prinsip dan kebenaran daripada hidup dalam kemewahan tetapi dalam pembohongan dan kepura-puraan.

Tiada aktiviti yang mendekati masyarakat dilakukan oleh AMK Parit selama ni pun. Adalah tidak logik tindakkan keluar setelah di pecat oleh parti.Tiada kejutan kerana ura-ura tindakkan ini telah dihidu beberapa bulan lalu.Setelah tiada pengaruh dan jawatan barulah nampak tembelang sebenar.Tiada untung disimpan dan tiada rugi dipecat.Seperti melukut ditepi gantang,Itik tak sudu,ayam tak patuk.Sebenarnya 'pemblahan'beliau amat disyukuri oleh AMK,kerana tidak guna untuk menyimpan pemimpin seperti ini.
Adalah lebih baik buah yang buruk digugurkan daripada tandan yang elok kerana dikhuatiri jika berterusan buah yang tidak elok bersama sama buah yang baik,ianya akan berjangkit.Ayam yang sakit musti diasingkan daripada ayam yang sihat.Ayam yang sakit pergilah kereban ayam yang sakit,berkokok lah disana.Tapi ingat lah reban ayam yang sakit disana takkan terpengaruh dengan kokokan mu itu,apalagi hendak memberi penghormatan.Engkau akan terasing direban baru mu itu.

Esok (19hb September 2010) adalah tarikh pemilihan dan mesyuarat PKR Cabang Parit.Ahli ahli akan turun untuk memilih pemimpin.Semoga dalam pemilihan PKR Cabang Parit akan memperhalusi calon - calon yang bakal bertanding.Pilih lah pemimpin yang amanah,jujur,berperinsip dan bijak sana atau sifat sifat yang tiada pada ayam sakit diatas...

Pihak TBO mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitr kepada semua..maaf zahir dan batin,jikalau TBO ada tersilap perbuatan,terkasar bahasa,terkata dan sebagainya.

Linkwithin